Undi seperti ini biasanya diamalkan di negara-negara republik yang tidak mempunyai Raja/Sultan tetapi melantik Presiden. Itupun kalau sekiranya pertandingan tersebut ditujukan kepada jawatan presiden sahaja. Jadi, sesiapa yang ingin menjawat jawatan tersebut akan berkempen secara individu. Apabila dilantik sebagai Presiden maka beliau berhak melantik kabinetnya walaupun parti yang diwakilinya tidak mempunyai majoriti kerusi di Parlimen. Sekiranya keadaan ini berlaku maka segala perancangan dan cadangannya akan bergantung kepada persetujuan wakil-wakil parti yang ada di dalam dewan tersebut. Di sinilah berlakunya lobi melobi untuk meluluskan sesuatu rang (bil) atau peruntukan undang-undang yang dicadangkan.
Kalau nak ikutkan undi populis macam-macam versi boleh digunakan seperti di bawah ini:
1. Undi populis Individu = Undi tertinggi
Klik imej untuk paparan jelas |
PM dari kalangan orang Islam? CHE ROSLI BIN CHE MAT - PAS - Kapar, Selangor
Najib pula di tempat yang ke 17. Di mana pula Anwar Ibrahim?
2. Undi Populis Individu = Majoriti Tertinggi
Klik imej untuk paparan jelas |
PM dari kalangan orang Islam? Sudah pastilah Najib walaupun berkedudukan tempat ke 9!
(Anwar Ibrahim nombor berapa ek?)
3. Undi Populis Individu = Peratus Tertinggi
Klik imej untuk paparan jelas |
Nak gunapakai peratus tertinggi? Lu pikir laaa sendiri! hehehe
(oppssss... Najib nombor 25. Di mana kedudukan Anwar Ibrahim?)
Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat lebih merupakan gabungan dan persefahaman parti yang bertanding untuk mengelakkan berlakunya pertindihan pencalunan di sesuatu tempat. Dengan cara ini, kemenangan akan lebih mudah dicapai untuk sesuatu parti kerana saingan yang berkurangan. Dengan cara ini, pembahagian kerusi akan lebih mudah dilakukan untuk parti-parti di dalam sesuatu gabungan.
Perbezaan di antara kedua gabungan ini ialah, Barisan Nasional adalah satu gabungan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang sementara Pakatan Rakyat pula merupakan gabungan yang TIDAK SAH, cuma pakat-pakat saja. Dalam pakat-pakat pun tak sepakat juga. Ada yang bertembung sesama sendiri menggunakan lambang parti masing-masing tidak termasuk yang menggunakan lambang BEBAS.
Namun begitu, yang bertanding sebenarnya ialah PARTI dan CALUN parti kerana pengundi akan memilih agenda, prinsip dan teras perjuangan seseorang calun dan/atau parti yang bertanding. Sekirannya undi populis ditujukan kepada parti yang bertanding, maka UMNO masih mendahului parti-parti lain walaupun setelah ditolak undi calun-calun parti komponen di dalam Barisan Nasional termasuk Datuk Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket BN tapi mewakili BEBAS.
4. Undi Populis Parti = Parti
Klik imej untuk paparan jelas |
Bila aku tengok analisis dari beberapa blog, senyum gak aku. korang bacalah sendiri ya. hehehehe
TETAPI,
yang paling menarik sekali ialah analisis dari blog Angin Perubahan seperti di bawah ini. Peningkatan kerusi Ahli Parlimen Islam terutama dalam BN meningkat sedangkan dalam Pakatan Rakyat merosok menjadi puak minoriti. Ahli Parlimen Islam dalam PR puak minoriti?
Walaupun peningkatan 3 kerusi secara keseluruhannya agak kecil tetapi penguasaan Ahli Parlimen Islam di Malaysia (yang kebanyakannya daripada BN) pada PRU13 masih membanggakan. Sekiranya dua mantan MB yang bertanding Parlimen (Johor dan Melaka) menang, keputusannya menjadi lebih menarik bukan?
PRU12 | Islam | Bukan Islam | Beza | PRU13 | Islam | Bukan Islam | Beza | |
Barisan Nasional | 90 | 50 | 40 | Barisan Nasional | 101 | 32 | 69 | |
Pembangkang | 44 | 38 | 6 | Pembangkang | 36 | 53 | -17 | |
Jumlah | 134 | 88 | Jumlah | 137 | 85 |
Sama ada pemimpin Islam ini diterima Nabi atau tak nak diakui umat baginda tu bukan kerja aku. Kah kah kah!
Blog & Entri Berkaitan:
- Macam Di KK - Undi Popular VS Jumlah Kerusi Mana Penentu Kuasa Parlimen
- Dr MIM - Terkini! Rahsia Besar 'Undi Popular' Yang Tidak Didedahkan Oleh Anwar, Guan Eng & Pembangkang
- Angin Perubahan - Realiti Politik Umat Islam Malaysia : Jumlah Kerusi Ahli Parlimen Islam Dan Bukan Islam
- Zulkifli Nordin - Mitos Undi Popular
1 comment:
widget siap sedia dipasang,bro mohon paut blog disini...blog bro dh siap sedia dipautkan!!tq
Post a Comment