Macam biasalah geng. Sebelum cerita isu semasa, aku nak bagi satu kisah untuk perbandingan.
Pada satu ketika tiga ekor mangkuk ayun dituduh merogol. Yang seko tu tak ngaku kerana katanya dipaksa melakukan perbuatan tersebut. Yang lagi dua ekor tu pun tak ngaku kerana kata mereka, mereka hanya duduk ditepi pintu saja. Apalah balanya bila yang seko tu sedap menujah, yang dua ekor lagi asik menghantuk pintu sampai senak. Silap-silap, mahu pecah. Akhirnya ketiga-tiga digantung sampai hari ini.
Gambar telor kat atas tu bukan gambar sebenar. Gambar sebenar lebih merupakan kerandut kecut. Cuma geli lak aku nak letak kat blog ni. hihihihi...
Berbalik kepada isu semasa, aku tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Abu Zahrain dalam Utusan Malaysia keluaran hari ni. Baca DI SINI.
Apalah badigolnya bekas menteri (pun malas aku nak sebut nama) ni? Kalau dah sendiri mengaku bagi rasuah pada pengundi, jangan la pula tukar statement bila kena siasat dengan SPRM. Tiba-tiba pula kata bukan dia yang bagi tapi duit tu diberikan kepada macai-macai dia untuk diberikan kepada pengundi. hehehe...
Aku sokong keyataan Datuk Seri Abu Zahrain supaya kenyataan itu disiasat dan sekiranya benar berlaku, apa kata SPR mengisytiharkan kemenangan beliau pada ketika itu TIDAK SAH dan semua kemudahan pencen ahli parlimen beliau ditarikbalik.
Tapi, kalau dia kata duit itu disampaikan melalui macai-macai dia maka aku yakin duit tu tak sampai pun pada pengundi. Kah kah kah....... Bak kata YB Zul, mana nak cekau RM52.7juta (Baca DISINI)? Parlimen lain tak nak ungkit ke? 52.7 juta boleh bina lebih banyak masjid untuk ganti surau dan gelanggang futsal dalam sesuatu kawasan parlimen, bro. Banyak pak lebai dan orang muda boleh sokong calun kalau macam tu. Orang yang terima tapi tak mengundi calun pula macam mana? ish ish ish.........
Agak-agak laaa sikit. Kalau dah penghujung jalan tu, janganlah nak cari penyakit lagi. Kalau kerandut dah lisut tapi masih nak menghantuk pintu, nanti orang lain yang sedap awak pula yang kena burut (hernia). Tau burut kan? Macam Angin Pasang laaaa....
Tendang Terajang
Yang aku lalui, aku pandang, aku dengar dan aku fikirkan. Semoga ianya dapat memberikan munafaat bersama. (Wallahualam)
| ||
|
Tuesday, February 28, 2012
18sx = Janganlah bodoh macam telor
| Reaksi Anda: |
Monday, February 27, 2012
18sx = Bini orang tu Ostad!
Agak-agaklah kalau nak tolong orang, bro. Niatnya mungkin baik tapi caranya? hehehe
Sebelum aku huraikan kisah semasa, lebih dulu aku nak sorot kembali KISAH BENAR yang terjadi dalam diriku yang ada persamaannya malah lebih hebat kot.
Masa bujang dulu aku adala kenal satu awek ni kat HKL. Dia dirawat kerana telah ubat tido 10 biji tapi sempat disedut keluar 7 biji oleh doktor. Hubungan tak panjang sebab emak dia tak restu. (masakan tidak. masa tu rambut aku dah ler kerinting, panjang pulak melepasi bahu. London Look tu bro. kih kihkih). Pendekkan cerita, dia pun kawin dengan kawan sepejabat (yang emak dia RESTU). Lepas kawin baru tahu yang laki dia ni jenis panas baran dan suka TENDANG TERAJANG (macam nama blog aku lak) bini.
Lepas 10 tahun (aku dah kawin dah) dia cari aku balik sebab tak tahan dengan perangai laki dia. Adalah tiga empat kali aku jumpa laki dia berborak-borak sambil bagi nasihat sebab mak (bapanya dah meninggal) dan adik beradik dia tak mahu campur hal rumahtangga.
Satu malam, dia lari dari rumah dan cari aku. Kerana dah tak ada pilihan, akupun bawak dia balik ke rumah dan bagitau bini aku. Lepas tu aku terus talipon laki dia untuk bagitau kat mana bininya. Mulanya laki dia nak datang ambik kerana (katanya) takut menyusahkan aku. Aku nasihatkan supaya biarkan bini dia di rumah aku dalam dua tiga hari untuk tenangkan keadaan. Kalau laki dia berkeras nak datang juga malam tu, malam tu juga aku bawak bini dia pergi repot polis. Kang kecoh kat rumah kang, habis sema jiran tetangga tau. Aku lak yang malu. Masa tu umo aku BARU dalam awal 30an. Muda lagi kan? (Sekarang ni hati tetap MUDA. hihihi). Kalau umur camtu pun boleh berfikir secara rasional, bagaimana seorang pemimpin bertaraf OSTAD tak dapat membuat pertimbangan.
Selepas beberapa kali kena syarah ngan aku (TAZKIRAH? perghhh.... hebat tuuuu....) sekarang ni awek lama aku tu dah bahagia dengan keluarga dia. Dah ada rumah sendiri dah sedangkan dulu asik kena pindah rumah sewa (tuanrumah tak tahan komplen jiran sebab mereka selalu bergaduh di rumah macam nak perang).
Berbalik kisah OSTAD yang tengah kecoh sekarang ni (tak yah sebut nama laa ye? buat semak jer kat blog aku ni..) sebaik-baiknya langkah-langkah berikut diambil:
Aku tak nak burok sangka apa yang berlaku kat hotel atau apa tujuan dia nak tolong kerana niatnya MUNGKIN baik. Agak-agaklaaa... Bini orang tu, OSTAD! (kalau janda atau anak dara tak pa. Quota belum penuh lagi....) kah kah kah

- Nasihatkan perempuan tersebut membuat lapuran polis dulu sebelum jumpa dengannya sebab nak bawak balik rumah jauh ketika itu. Hotel pun hotel lah.
- Kalau perempuan tu tak sempat atau takut nak pegi report, temankan dia ke balai polis untuk buat lapuran ketika dia sampai ke hotel. Kalau ada nombor talipong Jabatan Agama tempatan, talipong laa. Minta dia orang datang ke Balai Polis. Dia orang bertugas 24 jam gak. Bukannya orang politik jer.
- Lepas tu baru carikan bilik hotel (sebaiknya hotel lain yang berhampiran). Kalau bawak bini masa tu, biarkan dia kongsi bilik dengan bini awak (tu sebabnya pergi memana lebih baik bawak bini. bukan bujang di luar). Awak tido laa kat lobby ker (nak EK tolong orang kenalah korban sikit. Kan lagi gempak bila cerita dalam ceramah. hihihi)
Aku tak nak burok sangka apa yang berlaku kat hotel atau apa tujuan dia nak tolong kerana niatnya MUNGKIN baik. Agak-agaklaaa... Bini orang tu, OSTAD! (kalau janda atau anak dara tak pa. Quota belum penuh lagi....) kah kah kah
| Reaksi Anda: |
Sunday, February 19, 2012
10SX: Best juga kalau hidup dengan kapir kan?
Tak ada pantang larang? Lagi best kalau dapat tibai bini orang? Agaknya sebab itulah ramai yang suka menyewa di penempatan bukan Melayu/Islam terutama di kawasan orang-orang Cina (Dolls?). hehehehe.........
Dah lama gak aku tak update blog ni. Tetiba lak sibuk nak sambung renovate rumah yang dah setahun terbengkalai. Nak buat camna kalau bertukang sendiri dan sorang-sorang. Daripada bagi duit kat Indon yang akan alirkan balik ke negara mereka, lebih baik duit itu aku beli barang lain. Bukannya aku ni pandai bertukang kerana 20 tahun kerja pegang pen sebatang dan menyain Delivery Order sepanjang hari (jaga setor laaa) tapi pepatah MELAYU kan ada "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih"...
Dua hari sudah sempat juga aku tengok cerita The Bridges Of Madison County. Best jugak ceritanya. Aku ringkaskan jer kat bawah ni.
Kisah seorang jurugambar yang datang ke kawasan pendalaman untuk mengambil gambar beberapa jambatan lama di situ. Bermula dengan bertanya arah tuju dengan seorang perempuan, mereka menjalinkan hubungan. Perempuan tersebut pula adalah isteri orang yang ditinggalkan suami kerana bertugas di tempat lain. Mungkin kerana dah lama kehausan, perempuan tersebut mudah berubah hati dan hanyut oleh godaan syaitan.
Baguskan kisah dia? Lagi hebat apabila si perempuan menulis kisah hubungan terlarang tersebut dan dibaca oleh anak-anaknya. Sebab itu aku letak kisah ini dalam kategori 10SX kerana umur akhil baligh lebih kurang masa tulah kan? hih hih hih.....
Mungkin ada di antara jantan-jantan yang menonton kisah ini terasa betapa bertuahnya jadi lelaki dalam kisah ini. Pergi mana pun boleh dapat Sex secara PERCUMA. Ayat je power-power.
Tetapi pernah ke korang terfikir kalau korang yang jadi suami kepada perempuan tersebut? Mau korang bunuh dua-duanya sekali kan? Sebab itu kalau dalam Islam hukumannya rejam sampai mati supaya si suami tidak menjadi seorang pembunuh. Lain kali, bila menonton cerita jangan selalu bayangkan diri korang tu jadi hero. Bayangkan juga kalau korang yang jadi mangsa.
Moral of the story:
- Jangan tinggalkan isteri tu lama-lama
- Berikan didikan agama kepada isteri sebaik-baiknya. Jangan asyik pergi ceramah atau ikut orang pergi cerama tapi isteri dan anak-anak sendiri tak diceramahkan.
- Jangan asyik dengan ubat kuat saja sampai tak terlayan nafsu sendiri. Kalau bini baru sorang je dah sibuk dengan ubat kuat, buat malu je. Orang lain bebini lebih sorang pun tak heran dengan ubat kuat.
- Jangan dok ingat/niat nak tunjuk hebat kat bini orang jer nanti berbalik pada diri sendiri. Bini awak lak nak tau hebat belalai jantan lain.
Lepas ini, mungkin ada yang menyalahkan pihak-pihak tertentu meluluskan tayangannya di Malaysia. Tengok je lah dah jadikan iktibar pada diri kita.
Rasanya masa muda dulu aku ni hensem juga macam hero antik ni. Memang zaman tu mesti pakai jambul supaya mata tu terlindung sikit dari matahari. Kah kah kah!
| Reaksi Anda: |
Saturday, December 10, 2011
Korang rasa LGE cakap betul atau menipu lagi?
Heran gak aku. Mengikut lojik akal ku yang bingai ni setiap yang terapung itu tidak akan menyelam kerana kalau dah menyelam akan terus tenggelam.
Semalam LGE "test-tour" dengan kapalselam TLDM. Betul ke kapalselam tu menyelam? Selama ini kita dok tengok kapalselam tu terapung je kat jeti atau tengah laut macam gambar di bawah ni:
Kalau setakat masuk dalam kapalselam tu dan tengok monitor, TLDM mungkin boleh letak video jer kat monitor tu. Macam mana dia pasti yang kapalselam itu menyelam sedangkan dia berada di dalam? Mungkin kapal tu belayar jer.
Jadi untuk memastikan kapalselam itu menyelam, LGE sepatutnya menyelam di luar kapalselam tersebut. Baru boleh tengok betul atau pun tidak kapalselam tu menyelam. Untuk memastikan yang dia tidak dikaburi oleh ilusi, lagi baik kalau dia dan pengiringnya mengikat badan di luar kapalselam tersebut. Baru PASTI!.... kahkahkah

Gambar dikutip oleh Blog Bumiyang

Friday, December 9, 2011
Yang macam ini pun ada meronda kat Malaysia?
Kalau macam ini, memang ramai yang sengaja rosakkan kereta kat lebuhraya!
Tak kisahlah samada korang selalu guna atau tak selalu guna lebuhraya kerana peristiwa ini berlaku di mana-mana. Jadi sebelum benda ini berlaku kat korang lebih baik berhati-hati. Untuk kisah selanjutnya baca kat sini:
MPP Online
Petua:

- Ambil nombor/gambar tow-truck
- Ambil gambar kereta korang
- Ambil gambar korang dengan pemandu tow-truck (kata nak buat kenang-kenangan. hehehe)
| Reaksi Anda: |
Tuesday, December 6, 2011
TPM kena serang?
Korang jangan setakat baca artikel ni tapi baca sekali komen-komen yang diberikan dibawah artikel ni. Pergi ke SINI (tengah promote blog orang nih... hehehehe)
| Reaksi Anda: |
Saturday, December 3, 2011
NFC: Pecah Amanah atau Perbelanjaan Berhemah?
Hehehehehe.... Marilah kejap. Kejap je. Bukannya lama sangat. Sebenarnya apa yang nak aku perkatakan di sini telah diperkatakan oleh House PK. Cuma apa ingin aku cadangkan ialah kalau nak buat projek penternakan untuk rakyat jelata tu biarlah yang sihat. Jangan ternak yang menyimpan dan mengumpul segala macam penyakit sehingga umat-umat sebelum Nabi Muhammad SAW sendiripun mengharamkannya.
Contohnya kalau nak ternak kerbau tu biarlah gemok dan tinggi. Jangan ternak yang GEMOK dan PENDEK. Kerbau Pendek? Macam biasa dengar jer.. kah kah kah....
Nak baca ulasan terbaik (buat masa inilah) yang telah aku baca, korang pergilah baca di SINI!

Thursday, November 17, 2011
Harakah: Bekas Pengarah Pelajaran hina pelajar sekolah!???
Bekas Pengarah Pelajaran Perak, Dato' Adnan Ibrahim menyamakan pelajar-pelajar dengan "kambing sekandang" atau "lembu feedlot" dalam Harakah Bil 1691, 18-20 November 2011. Tak pecaya? Tengok bawah ni:
Kalau marahkan kerajaan BN sekalipun janganlah menghina anak-anak kami (mungkin anak dia belajar di luarnegeri) dengan menyamakan mereka dengan kambing atau lembu! Memang la bela kambing atau lembu sekandang lebih mudah dari mengawasi murid-murid sebab kambing dan lembu tu bingai! Anak murid tu ada otak dan boleh didik. Sebab itulah gaji guru-guru lebih tinggi dari gaji gembala lembu!
Secara tak langsung, beliau juga menyamakan guru-guru sekarang bagaikan gembala lembu bergaji tinggi?
Tolonglah, Dato'. Guru sekarang pun bukan macam dulu. Guru dulu kalau pelajar tak datang sekolah dua hari dah tentu datang ke rumah sambil mengayoh basikal untuk bertanya kabar. Selain itu mereka mengadakan kelas-kelas tambahan secara percuma samada di sekolah, di rumah atau di balairaya. Itu tak termasuk mengadakan kelas untuk orang dewasa atau aktif dengan pertubuhan setempat. Sebab itulah guru-guru dulu lebih dihormati dalam masyarakat dan menjadi golongan TERPANDANG. Mungkin perkataan pelajar perlu ditukar semula kepada perkataan ANAK MURID supaya guru-guru lebih merasakan mereka mendidik anak-anak mereka.
Guru-guru sekarang, kalau nak buat kelas tambahan kena hulur sikit. Maklumlah. Nak datang sekolah pun pakai kenderaan. Minyak nak isi juga. Yang ini, ibu bapa faham. Bagi yang aku pernah tengok pagi-pagi buka boot kereta jual kain atau barangan direct-selling pun kami tak nak komplen sebab itu rezeki mereka. Cuma aku heran ada guru-guru yang pernah aku lihat ambil kerja parttime kat Restoran Keluarga dan Klinik-Klinik terutamanya shift malam. Bila masanya mereka rehat? Bolehpun kerja lebih masa?
Yang kerajaan suruh kerja 9 jam sehari tu memang sepatutnya dalam masa kerja mereka. 45 jam seminggu sama dengan penjawat-penjawat awam yang lain. Cuti tu toksah kiralah kerana memang mereka lebih kerana anak-anak murid bukannya pekerja. Cuti penggal mereka cutilah guru-guru. Ditambah pula dengan cuti hari kantin, cuti jualan amal, cuti hari sukan dan segala macam cuti lagi. Tolak cuti umum, cuti sakit, cuti hospital, cuti bersalin (bagi guru-guru perempuan), cuti belas ihsan, cuti bencana alam, cuti kursus dan entah apa lagi cuti.
Jadi, Sekali lagi aku mintak pada Dato'.
Jangan samakan babi dengan rusa!
Jangan samakan arak dengan air telaga!
Janganlah pukul anak sindir Pak Mertua!
Jangan samakan binatang dengan anak manusia!

Sunday, November 13, 2011
DS Najib belum HAJI lagi!!!!????
Pergi dengan kenderaan mewah?
Duduk di hotel mewah?
Siap ada pengawal lagi?
Sah ke haji?
meh dengar ceramah ni. dah habis dengar baru baca komen aku seterusnya di bawah video:
Bagi mereka yang suka mengumpat pasal orang pegi haji sila ikuti panduan di bawah ini:
Terima kasih Empayar Pemuda dengan penampilan video ini di blog anda! Sambungan video ni ada kat SINI

- Yang belum haji lagi tu kumpul dulu duit, lepas tu pegi haji
- Yang dah pegi haji tu kumpul duit dan hajikan orang-orang tersayang yang telah meninggal tetapi tak sempat menunaikan haji
- Kumpul duit dan sponsor anak-anak yatim dari mahad tahfiz menunaikan haji
Terima kasih Empayar Pemuda dengan penampilan video ini di blog anda! Sambungan video ni ada kat SINI
| Reaksi Anda: |
Thursday, November 10, 2011
Isabella: Karya terhebat melebihi karya Seniman Agung!
Memang hebat! Kalau tak hebat tak kan diambil oleh negara jiran dengan "music arragement" yang begitu lain dari yang lain. Tidak cukup dengan mengekalkan gaya Rock pada gitar utama ditambah pula dengan corak Reggae dan dibawa pula dengan rentak DangDut!
Tetapi yang paling hebat ialah lirik lagunya tidak diubah langsung. Begitulah hebatnya kisah Isabella yang digarap oleh penulis lirik terkenal Bob Lokman. Cuma, sayang. Hanya inilah satu-satunya lirik lagu terhebat yang diinspirasikan olehnya. Tak tahulah aku lirik lagu yang lain (ada ke?) kerana aku bukannya tahu sangat pasal lagu-lagu Rock ni.
Di awal populariti lagu ini terdengar juga desas-desus bahawa lirik lagu ini adalah sajak seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di luarnegara ketika itu dan kononnya pelajar tersebut gagal membuktikannya. Yang aku dengar Bob Lokman masih menerima royalti untuk lirik lagu tersebut. Alhamdulillah. Sahlah lirik tersebut adalah hasil titik peluh kerja keras beliau.
Dan apabila melihat persembahan artis di dalam video ini ternyata begitu "universal" kisah cinta Isabella. Dengan berbaju ketat dan berseluar pendek, si artis memberi kerahmatan kepada penonton dengan memberi salam. Liok lentuk badannya begitu menghayati irama lagu seolah-olah dialah Isabella tersebut. (Bob tak dapat royalti tambahan ke dari Indonesia?)
Jom layan video ini yang aku jumpa di Empayar Pemuda (hehehehehe):

Subscribe to:
Posts (Atom)
- Bingai @ Bangang
- Aku hanyalah seorang insan yang telah melewati setengah abad sedangkan setiap detik dan ketika adalah saat terakhir dalam hidup kita. Jangan diukur umur dengan angka tetapi ukurlah umur dengan waspada! Kalau diukur berapa banyak amal dan ibadat yang telah kita kumpulkan, mampukan mengimbangi dosa dan maksiat yang telah kita lakukan?