Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Tuesday, May 11, 2010

Halalkanlah romen aku tadi! (18SX)


"Awe!"

Lelaki itu menoleh. Memandang. Tersengih.

"Marilah sini. Kita minum dulu!"

Lelaki yang kupanggil Awe tadi melangkah mendekati aku. Dia menarik kerusi bersebelahan denganku dan duduk.

"Mu takde ghumah, Ngai? tiak male kat sini?"

"Aku tampa kang! Kan aku dah beli warung ni? buat apa nak duduk kat rumah. Bini aku pun ada kat dapur tu." Aku mengherdiknya .

Awe tersengih. Dia memberikan pesanan kepada pekerja aku yang muncul tiba-tiba. "Kopi-o sa! Toke belanje."

Giliran aku pula yang tesengih. Aku memandang ke arah pekerja aku dan mengganggukkan kepala. Dia berlalu.

"Ghapo mu pangge aku?"

Aku menoleh keliling kemudian menoleh ke arahnya. "Semalam kamu ikut JakPau gi mane?"

"Ooooo.... Mu nak tau crito tu la?" Awe tersenyum.

Sememangnya aku berminat bila ada sesuatu yang bersangkutan dengan kawan kami yang kaki perempuan itu. Sudah tentu Awe mempunyai cerita yang lebih lanjut lagi untuk dikongsi bersama.

"Tu yang aku nak tau tu. Aku dengar semalam ko tak balik rumah. Aku tanya bini kau. Dia kata kau ikut JakPau ke Klang. Berubat" Aku mula mengorek cerita.

"Bukan Kelae tapi Ulu Kelae. Dekat je. Memang berubat pon." Awe menerangkan.

"Apa sakit si JakPau?" Aku bertanya sambil menyambut cawan kopi yang dihantar oleh pekerja aku. Cawan kopi itu aku letakan di depan Awe.

"Sakit budok," katanya sambil mengacau kopi yang masih berasap itu.

"Budak mane pulak yang sakit. Anak dia kan dan bujang?"

Awe meneguk air kopi dan meletakkan semula cawan itu ke atas meja. "Budok dia laa.. Budok dia asik nak keghaih."

"Ptuii!!!" Aku terludah.

"Betui. Kereta dio ghosak. Dio mintak tolong aku anta."

"Yang kau pun sampai tak balik, apa cerita?"

"Gini ceghita." Awe meneguk lagi air kopi tadi. Kali ini lebih beberapa teguk sebelum dia meletakan semula kopi tersebut.

Aku semakin berminat.

"Memula kami pegi tempat kerja pompuan tu."

"Pompuan tu kerja kat mana?"

"Kelab dangdut." Awe tersengih.

"Waaa.. Kamu masuk kelab dangdut laa semalam?"

"Dak. Aku tunggu dalam kegheta. Sekejap je." Giliran Awe pula memandang keliling sebelum menyambung ceritanya. "JakPau bawak dua pompuan."

Aku menumpukan perhatian.

"Kami hanta pompuan tu balik ghumah dia di Ulu Klang."

"Dia duduk bujang ke?"

"Tak. Dengan mak dia."

"Laaaa... Potong stim betul."

"Mu denga la nie." Awe mencuit peha aku. "Lepah mak dia buka pintu, mak dia teghus masuk bilik. Tak keluar-keluar. JakPau dengan pompuan dia naik bilik atas."

"Kau masuk bilik mana?"

"Aku dengan soghe lagi tu tengok tv kat bawah je. Tak de bilik lagi," Awe tersengih.

"Lepaslah peluang ko?"

"He he he.... Tak jugok" Awe perlahankan suaranya. "Tau tau je pagi tadi aku denge pompuan lagi soghe tu tido selimut alas meja."

"Dapat?"

"Mestilah dapat!" Awe tersengih.

"Fuyooo.... Buat dosa betul ko malam tadi."

"Nak buat gi mano? Budok aku pon keghaih gak."

Kami ketawa terbahak-bahak.

Awe menahan ketawa dia sebelum menyambung cerita. "Pagi tadi pompuan tu tanya aku. Nak buak gimano ni. Kita dah terlanjur dah."

"Ko jawab apa?" Muka ku semakin merah kerana ketawa.

"Nak buak ghapo? Aku dah nikah dah. Yang semale tu kigho halal je la. Tak kan nak baya. Bukan aku yang orda," jawab si Awe dengan muka selamba

"Kau dah mandi junub ke tadi?"

"Mesti. Ari ni ke ari Jumaak."

"Dengar kutbah kat mana tadi?"

"Dekak Ole-Ole Seksyen lapanbelah."

"Binawe betul ko nie Awe." Aku menyambung ketawaku.

"Dah ikut setan, Jadi setan la aku."

Kami terus ketawa tanpa memperdulikan orang lain.

4 comments:

Bingai @ Bangang said...
This comment has been removed by the author.
Admin CCZ said...

Best jugak cerita ni..juga blog nie..Tak malu ngaku buat dosa..Bertaubat bukan tau buat...

Bingai @ Bangang said...

CCZ,
Terimakasih kerana datang ke blog ini.

Kisah yang tersebut di atas sebenarnya kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku. Lihatlah betapa munafiknya manusia bila cuba memperlihatkan kehebatanya mereka.

ISAC said...

Nasib baik Awe tu bukan saksi kes Anwar, kalau tidak dah tentu2 kena gugur...

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun