"Apo yang kau dok monong yo ni, Ngai? Mano si Busung ngan si Paroh?"
Aku mendiamkan diri. Adakalanya kita tidak perlu berterus-terang pada sesuatu perkara yang kita rasa perlu dirahsiakan.
"Mak ai. Sonyap yo. Nyombong ko?" Suara itu masih menggangu cuping telingaku.
"Dia orang pegi mancing la." Jawabku pendek
"Abih tu ekau tak poie samo ko? Cam oghang meragam yo ari nih." Suara itu masih mendesakku. Aku rasa semakin rimas.
Sibuk betullah mangkuk ayun ni. Aku menyumpah dalam hati.
"Ekau gaduh ko dengan dio orang tu?" Tanyanya sambil duduk di kerusi bertentangan denganku.
Aku tersentak. Selagi aku tak jawab pasti macam-macam telahan akan dibuat oleh si Bedal ni. aku menyandarkan badanku di kerusi pelastik pecah tepi gerai kegemaranku. Kehebatan gerai ini hanyalah pada air teh pekat yang melekat. Boleh jadi buwasir kalau minum banyak.
Aku melepaskan keluhanku perlahan-lahan. "Bukan gaduh, Dal. Cuma malas nak ikut."
Si Bedal mengerutkan dahinya. "Abih tu yang ekau monyok yo apo hal lak?"
Mataku liar memandang keliling sebentar. "Aku sakit hati dengan bini aku ni." Aku luahkan perasaan aku pada si Bedal dengan suara yang perlahan.
"Laaa... " Itu sahaja yang terpancut dari mulut si Bedal.
"Mana aku tak sakit hati. Aku dah kata yang kecik cukupla. Dia mintak beli yang besar. 12 kilo lak tu."
"Apo bondo ee?"
"Mesen basuh."
"Elok la tu." Bedal tersenyum.
"Elok apa ke benda? Kalau yang kecik dia basuh baju 2 kali seminggu. Yang besar 2 minggu sekali. Kalau camtu lagi baik beli yang kecik je. Tak payah keluar banyak duit." Aku mengeluarkan hujahku.
Bedal masih tersenyum. "Kalau yang bosa tu buleh yo cuci toto skali."
"Setakat dua bulan sekali tu baik anta kat kedai. Tak payah membazir beli yang besar dan mahal."
"Tu lah ekau silap. Bini kau lagi pandai mengiro. Samo macam kerajaan buek Menaro Bekomba Petronas tu."
Aku mengerutkan dahiku. "Macam mana pulak tu?"
"Kerajaan buek menaro bekomba sodangkan maso tu dio tau yang takdo orang mampu sewo tompek tu dulu."
Aku memberikan perhatianku pada penjelasan si Bedal.
"Kalau dulu buek sepuluh tingkek, sekarang buek lagi sepuluh tingkek dan lopeh 10 taun buek lagi sepuloh tingkek pun buleh kan?"
Aku mengangguk. "Haah. Camtu lagi jimatkan? Buat mengikut permintaan dan keperluan."
"Jimek kepalo atuk kau?" Bedal tersengih. "Argo barang nak buek 10 tingkek sekarang lagi mahal dari 10 taun sudah. 10 taun akan datang lagi mampuih argo ee....."
Aku menggaru kepala aku.
"Tu pasal lah kerajaan buek sekali yo. Dio dah agak dah berapo ramai orang nak sewo pejabat tu taun ke setaun."
"Abis tu apa kene mengena dengan mesin basuh bini aku tu?"
"Sekarang ni memang tak banyak membasuh. Tapi 5 taun akan datang mano ekau tau? ekau tau nak buek anak yo. Tolong bini maleh. Dudok kek kodai ni rajinlah."
Hampeh betul si Bedal ni. Sempat juga dia menempelak aku.
"Mano banyak pakai air, letrik dan maso? yang kocik ko yang bosa?"
Aku menggaru kepalaku semula.
"Tontulah yang kocik kan? Kono buek selalu. Kalau yang bosa tu buek sekali samo dongan 4 kali yang kocik kan lagi jimek? Banyak maso ekau buleh gentel bini ekau tu, Bingai. hehehe" Bedal tersengih-sengih.
"Eleh. Banyak masa pun bukan selalu dapat gak."
"Apo hal la pulak?"
"Banyak masa dia pegi poco-poco dengan mak datin celup. Balik penat terus berdengkor."
Bedal tersengih memandang aku. "Melopeh yo kau? He he he he."
No comments:
Post a Comment