Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Friday, May 31, 2013

Politik MCA - Orang Tak Sudi Bo Layan!

Cukup-cukuplah tu....

Berapa lama lagi nak susukan kera di hutan kalau mereka tak tau mengenang budi. Kita bukannya hendak budi dibalas tetapi sedikit sokongan untuk mempunyai kuasa supaya usaha-usaha yang dijalankan selama ini akan dapat ditambahbaikkan lagi.

Bila susah terhegeh-hegeh datang jumpa tapi bila pilih wakil/ketua, pilih pula orang lain.

Aku bukan nak tujukan kepada orang Cina dan MCA sahaja dalam perkara macam ini tetapi aku tujukan kepada semua pemimpin-pemimpin parti. Agak-agaklah kalau nak buat baik sekalipun. Nanti bukan dipuji tetapi difitnah dan dikeji lagi. Dikatakan pula "Hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong."

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh MCA Bahagian Gelang Patah, aku memang sokong sepenuh-penuhnya tindakan mereka. Cuma yang aku tak sokong ialah tindakan mereka memulaukan jawatan kerajaan di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN kerana ianya seperti menidakkan perasaan rakyat setempat.

Kalau memang bukan anda yang menjadi Wakil Rakyat di tempat tersebut maka sememangnya bukan tugas anda untuk melayan kerenah rakyat. Itu tanggungjawab wakil rakyat yang dipilih. Tanggungjawab anda kini ialah memastikan ahli parti dan ahli parti komponen mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kalau ada rakyat yang bukan ahli datang meminta bantuan kerana gagal mendapatkan bantuan dari wakil rakyat yang TERPILIH, suruh sahaja mereka mendaftar sebagai ahli. Pastikan mereka bukan ahli parti lawan dahulu supaya tidak berlaku keahlian bertindih. Kalau mereka adalah ahli parti lain, pastikan pula mereka menghantar NOTIS KELUAR PARTI kepada parti asal sebelum menerima keahlian mereka.

Yang penting, setiap kali mereka datang untuk meminta bantuan, PASTIKAN dahulu mereka adalah ahli parti atau parti KOMPONEN.

Ini bukan isu merajuk tetapi isu prinsip. Tanggungjawab parti ialah menjaga kebajikan AHLI parti. Tanggungjawab wakil rakyat ialah menjaga kebajikan RAKYAT tanpa mengira dari parti mana! Jangan nak terhegeh-hegeh menunjuk-nunjuk kebaikan seolah-olah dah tak ada orang lain lebih hebat.

Kalau ikutkan aku, Pusat Khidmad Masyarakat perlu DITUTUP terus dan digantikan dengan PUSAT KHIDMAT AHLI sahaja. Bila dilantik menjadi wakil rakyat barulah Pusat Khidmat Masyarakat/Rakyat dibuka semula.

No comments:

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun