Walaupun maklumat itu tidak lengkap atau hebat tetapi sekurang-kurangnya ia mungkin dapat memberikan sedikit kesan kepada pengguna seperti yang Azli Shukri lakukan. Oleh itu ada beberapa perkara yang ingin aku timbulkan di sini:
Pertama:
Sikap orang Melayu yang "bila berhutang di kedai Melayu tetapi membeli tunai di kedai lain" hendaklah dihentikan dengan SEGERA. Hilangkan dulu rasa malu kerana tidak membayar hutang lama kerana walaupun sebatang rokok atau sebiji gula-gula sekalipun yang kita beli di sesuatu kedai tetap mendatangkan keuntungan di kedai tersebut. Untung Berkat.!
Kedua:
Cukup-cukuplah bersantai di restoran-restoran ternama tapi TIADA TANDA HALAL.
- Hanya kerana ada wi-fi percuma atau pendingin udara? Rasanya banyak juga restoran Mamak Muslim yang ada kemudahan seperti itu.
- Masakan Barat? Aku rasa Windmill yang ada logo HALAL juga tidak kurang hebat masakan Western nya berbanding dengan yang ini memang tak ada logo Halal. Bezanya, restoran halal tak jual air kencing setan.
- Masakan Cina? Helo, brader. Dah bersepah kedai masakan Cina Muslim dah. Bukannya susah lagi nak cari makanan macam Dimsum, Pau, Wantan dsd.
- White Coffee? Mocha? Kapuchino? Produk macam ini mana perlu logo Halal, kan? Tapi kalau restoran tu tak dapat logo Halal bermakna samada dia masak barang lain dengan bahan tidak halal seperti arak atau minyak babi, macam mana pula JAKIM nak berikan sijil Halal tersebut? Atau memang mangkuk Bak Kut Teh memang tak mohon sijil Halal pun. Yang guna dispenser pun dah bersepah dah.
Kalau setakat nak kawin orang kafir untuk berlagak hero dapat membuat mereka memeluk agama Islam sedangkan keIslaman sendiri pun masih rabun dan tak cukup untuk diri sendiri, baik pilih orang yang sedia Islam. Tahu tak apa natijahnya bila si rabun nak pimpin si celik:
- Pasangan memperkotak-katikan hukum kerana dah terbiasa dengan agama sebelum
- Pasangan menjadi murtad dalam diam semasa masih dalam ikatan perkahwinan
- Pasangan menjadi murtad selepas bercerai
- Pasangan gagal mendidik anak-anak menjadi seorang muslim yang sebenar
- Pasangan mempengaruhi anak-anak untuk menerima cara hidup sebelum pasangan itu menjadi seorang muslim, dan berbagai-bagai lagi.
Ramai lagi yang sedia Islam yang mata sepet berkulit kuning langsat macam Jepun/Korea/Cina, mata galak kening lebat macam Hindustan atau kulit merah berbadan mantap dari timur tengah yang macam Mat/Minah Salleh tu. Dapat peluk juga.Kebanyakan mereka ini dah pandai mengaji dan sembahyang pun.
Keempat:
Cina boikot produk Orang Melayu/Islam seperti yang dikatakan oleh Shah Alam Rebels? Nak boikot perniagaan Cina macam yang dilaporkan oleh Penghuni Gua? Kalau setakat nak boikot kedai bukan Islam pun tak ada maknanya kalau tak ada kedai orang Islam yang berdekatan atau kedai orang Islam yang ada pun tak mempunyai bekalan yang cukup atau diperlukan. Seperti dalam perkara Pertama di atas, kalau dah berhutang kat kedai Melayu tapi beli tunai kat kedai lain, mana nak dicekau modal lagi untuk tambah bahan? Patutlah ramai yang buncit dengan masaalah kesihatan.
Jadi, seperti yang disyorkan oleh Azli Shukri dan beberapa ramai lagi rakan bloggers, mulalah membiasakan diri membeli Produk Bumiputra atau Produk Orang Islam sama ada di kedai orang Islam atau bukan Islam. Kalau produk tersebut tiada, tanyakan dulu pada peniaga sebelum menggunakan produk lain. Lebih ramai yang bertanya sesuatu produk orang Islam maka peniaga akan berusaha mendapatkannya. Dengan cara ini barulah perusahaan Bumiputra akan berkembang maju. Jangan diperolokkan produk orang Islam dengan mengaitkannya dengan Syiah, Taliban, Yahudi dan sebagainya.
Jangan asik nak menyalak kepada kerajaan supaya menyediakan kemudahan mendapatkan barang mentah melalui perusahaan orang Islam. Lebih maju produk Orang Islam maka lebih banyak produk yang perlu dikeluarkan. Dengan secara tak langsung akan membuka peluang kepada Orang Islam lain untuk menceburkan diri mereka dalam perniagaan membekal atau menghasilkan bahan mentah atau alat ganti.
Untuk memudahkan kerja, aku berusaha untuk mengumpulkan maklumat produk-produk Orang Islam yang boleh dikongsi untuk semua. Kalau korang boleh bantu, dapatkan lagi maklumat seperti berikut:
- Jenama Produk
- Syarikat Pengeluar
- Lamanweb Syarikat
Nak skrip dia? hehehe.... boleeeehhhh.... nanti aku usahakan tompang kat server kawan sebab kat server percuma nun aku tak yakin sangat.
P/S
Ok, Bro. aku dah upload skrip tu. Sesiapa yang nak kongsi imej sahaja atau kesemuanya boleh berbuat demikian. Tak perlu nak upload skrip baru setiap kali aku kemaskini!
2 comments:
ok done...widget kempen barangan islam
Tuan,
Saya ada membuat website iaitu produkmuslim.info untuk senarai produk muslim.
Kepada yang berminat membantu dengan memasukkan produk muslim yang anda tahu atau produk anda sendiri amat dialu-alukan.
Harap dapat sebarkan website ini kepada kenalan masing2.
Sekian
Terima Kasih
Post a Comment