- Tidak ada sesiapa yang bekerja (termasuk kakitangan SPR)
- Tidak ada sesiapa yang pergi berceramah politik
- Tidak ada sesiapa yang menyambut hari ulangtahun kelahiran
- Tidak ada sesiapa yang menyambut hari ulangtahun perkahwinan
- dan macam-macam lagi ALASAN laaaaaa....
Sekarang ni timbul pula orang yang bekerja pada hari Ahad. Katanya kalau hari Sabtu lebih sesuai. Dia tahu ke berapa ramai yang bekerja pada hari Sabtu di sektor swasta? Dia tahu ke yang cuti hari Ahad tu lagi ramai dari yang cuti hari Sabtu. Lepas tu timbul pula isu tak boleh buat siang pula? Kena buat malam?
Aku dah pernah mengundi di tengah-tengah minggu semasa bekerja. Masa tu aku rasa dia masih pakai pampers kot?
Alasan lain yang memang mementingkan diri ialah masaalah mereka yang terpaksa pulang jauh untuk mengundi. Inilah sikap yang paling aku menyampah. Kalau dah tau kampung tu jauh, tukar sajalah tempat mengundi tu. Bakal calun tak nak komplen ke kerana terpaksa bertanding jauh dari rumah mereka? (bila menang nanti rakyat nak jumpa pun susah).
Tu belum cerita nak tuntut duit transportlah, duit makanlah, duit hotel (eh? balik kampung sendiri pun kena tidur kat hotel ke?). Yang ini nanti aku cerita dalam entri akan datang.
No comments:
Post a Comment