Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Wednesday, April 10, 2013

PRU13 - Najib Pasang Perangkap Atau Cari Nahas?

Bila cerita pasal PRU13 ini ada beberapa perkara menarik yang dilakukan oleh DS Najib:
  1. Menunggu sehingga Parlimen sampai ke penghujung tempohnya sehingga DUN Negeri Sembilan terbubar sendiri.

    Yang ini kira oklah sebab DS Najib mengambil alih pentadbiran dari Pak Lah setahun selepas BN menang PRU12. Tentulah dia perlukan masa untuk melaksanakan perancangannya disamping untuk membuktikan kemampuannya untuk mentadbir negara. Ini bermakna, dia hanya punya masa empat tahun sahaja berbanding lima tahun yang diperuntukkan di dalam satu-satu tempoh mandat.
  2. Pengenalan Manifesto (Akujanji) berasingan di antara Akujanji Kerajaan Pusat dan Akujanji Kerajaan Negeri.

    Aku rasa ini perkara yang baik kerana setiap negeri mempunyai kemampuannya yang tersendiri. Keperluan rakyatnya juga berbeza. Dengan cara ini, rakyat sesuatu negeri itu akan dapat menilai kemampuan sesebuah pentadbiran negeri. Selama ini mereka tidak kisah kerana mereka sendiri tidak tahu samada sesuatu program pembangunan negeri itu disokong oleh bantuan Kerajaan Pusat ataupun dari kemampuan negeri itu sendiri.
  3. Pengistiharan calun BN tujuh hari sebelum hari mengundi. Yang ini aku nak cerita panjang dan lebar sedikit:
Sememangnya amalan sebelum ini, nama calun BN akan diisytiharkan hampir dengan hari penamaan calun. Mungkin kerana ramai calun baru yang ingin diketengahkan membuatkan calun-calun tersebut tidak mempunyai masa yang cukup untuk memperkenalkan diri. Dan, sekiranya calun tersebut merupakan calun yang tidak mendapat sokongan dari pengundi setempat atau mempunyai masaalah yang boleh membatalkan pencalunannya maka masa menjadi begitu suntuk untuk membuat pertukaran.

Mengisytiharkan nama bakal calun lebih awal sememangnya satu langkah yang baik tetapi BERISIKO!

Kenapa aku cakap macam itu?

Mendedahkan nama bakal calun lebih awal bukan sahaja mendedahkan mereka kepada pengundi-pengundi tetapi mendedahkan juga mereka kepada mereka yang bertujuan membeli atau merasuah calun-calun itu sendiri samada calun muka baru mahupun muka lama. Masih banyak masa untuk melakukan tawar-menawar.

Membeli bakal calun bukan setakat memujuk mereka untuk melompat parti selepas dicalunkan tetapi mensabotaj pencalunan mereka sendiri. Pelik? hehehe

Cuba kita buat percaturan begini. Bayangkan sekiranya di satu-satu kawasan itu akan berlaku bertembungan dua penjuru dan calun BN tersebut merosakkan pencalunannya sendiri (contoh: salah maklumat di dalam borang pencalunan). Apabila tempoh pencalunan ditutup dan pencalunannya dibatalkan, calun dari parti lawan akan diisytiharkan MENANG TANPA BERTANDING!

Aku berharap setiap bakal calun yang dipilih oleh parti akan berlaku jujur dan tidak gelap mata. DS Najib perlu memastikan bahawa pencadang dan penyokong yang dibawa bersama ketika mendaftarkan pencalunan juga seorang yang berpengalaman dalam mengisi borang tersebut supaya dapat membantu.

Atau sememangnya DS Najib MEMASANG PERANGKAP dan telah bersedia dengan PLAN "B"?

No comments:

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun