- Raja/Sultan adalah PEMERINTAH setiap negeri.
- YDP Agung adalah Wakil PEMERINTAH (Majlis Raja-Raja) setiap negeri yang bermakna Kerajaan Malaysia.
- Yang Di Pertua adalah wakil YDP Agung untuk negeri-negeri tanpa raja/sultan yang bermakna negeri-negeri tanpa Raja/Sultan diperintah oleh Kerajaan Malaysia (Majlis Raja-Raja)
- Parlimen adalah Penentu Dasar Kerajaan Malaysia (Majlis Raja-Raja) dan Dewan Undangan (DUN) adalah Penentu Dasar Kerajaan Negeri (Raja/Sultan).
- Menteri adalah PENTADBIR Kerajaan yang dilantik oleh YDP Agung untuk Negara dan EXCO pula adalah PENTADBIR Kerajaan Negeri yang dilantik oleh Sultan/Raja.
- Wakil Rakyat(ADUN)/Ahli Parlimen(MP) dipilih oleh rakyat untuk dicadangkan kepada YDP Agung/Raja/Sultan untuk dilantik sebagai PENTADBIR untuk sesuatu tempoh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan.
- Apabila Parlimen/DUN terbubar maka secara otomatik kedudukan ADUN/MP itu terbubar dan tidak sah TETAPI jawatan Menteri/EXCO TIDAK TERBATAL kerana mereka bukan dilantik oleh rakyat. Nama-nama mereka dicadangkan oleh Kumpulan ADUN/MP. Ini bermakna ADUN/MP bebas tanpa parti juga boleh mencadangkan perlantikan Menteri/EXCO sekiranya mereka bersetuju dan bersumpah untuk membentuk kumpulan majoriti yang dipersetujui oleh YDP/Raja/Sultan.
- Parti hanyalah satu kumpulan yang mencadangkan seseorang itu untuk menjadi calun bagi mengelakkan terlalu banyak pertandingan di sesuatu kawasan dan mencerahkan peluang kemenangan. Parti juga boleh membentuk satu kumpulan yang lebih besar dengan kerjasama parti-parti lain.
- Tidak semestinya seorang Menteri/EXCO itu adalah ADUN/MP. Mereka juga boleh dicadangkan kepada YDP Agung/Sultan/Raja untuk menjawat jawatan tersebut dengan perlantikan sebagai Senator oleh Kumpulan majoriti ADUN/MP.
- Jawatan Menteri/EXCO hanya akan terbatal sekiranya mereka diPECAT oleh YDP Agung/Raja/Sultan atau apabila berlaku PERLANTIKAN BARU oleh YDP/Raja/Sultan (yang dicadangkan oleh Kumpulan majoriti ADUN/MP yang sah ketika itu).
- Ini bermakna PENTADBIR itu bersifat sementara dan KERAJAAN (Majlis Raja-Raja) bersifat kekal.
- Raja/Sultan memberi peluang kepada rakyat memilih wakil/kumpulan wakil mereka untuk dilantik menjadi pentadbir BAGI PIHAK Raja/Sultan di sesuatu negeri untuk sesuatu tempoh berbanding dengan amalan terdahulu di mana Raja/Sultan memilih dan melantik sendiri pentadbir untuk satu tempoh yang ditentukan oleh baginda.
- Kerajaan (Majlis Raja-Raja) memberi peluang kepada rakyat memilih wakil/kumpulan wakil mereka untuk dilantik menjadi pentadbir BAGI PIHAK Kerajaan (Majlis Raja-Raja) untuk mencadangkan dasar Negara.
Kalau kita merujuk kepada kejadian di Lahad Datu baru-baru ini, Pengganas Sulu didakwa melancarkan keganasan terhadap YANG DI PERTUAN AGUNG dan Kerajaan Malaysia (Majlis Raja-Raja), bukannya terhadap BN atau Perdana Menteri. Begitu juga dengan beberapa peristiwa yang lain.
1 comment:
BERMAKNA DIORANG YG MENDERHAKA PD RAJA2 MMG PTUT KNE GANTUNG SAMPI MAMPOS HUHUHU
Post a Comment