Selama bertahun-tahun beliau mencanangkan kehadiran pengundi hantu di kawasan tersebut tetapi tidak menunjukkan bukti seperti yang diminta oleh SPR. Dan akhirnya bukti tersebut dijelaskan selepas penamaan calun? Apakah tujuannya untuk menyalahkan SPR sekiranya beliau kalah?
Sekiranya kefahaman BEKAS PUTERI REFORMASI itu, beliau seharusnya memperjelaskan lebih awal kepada SPR supaya siasatan boleh dilakukan lebih awal. Sekiranya nama tersebut perlu dibuang dari daftar, maka SPR wajib berbuat demikian.
Tetapi sekarang telah terlambat! SPR tidak perlu lagi membuat sebarang penyesuaian malah tidak perlu membuat penjelasanan. Pengundi yang dianggap sebagai "Pengundi Hantu" itu sendiri telah bangkit dari persemadian mereka dan membuat penjelasan bagi pihak SPR.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
No comments:
Post a Comment