"Apabila kita mengaku kita ini beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat."
Nak tahu sapa yang cakap? Pergi ke SINI
Aku teringat kata-kata Ustaz Yazid satu masa dahulu di Markas PAS, Kampung Bharu, Kuala Lumpur di awal-awal tahun 80an dahulu:
"Orang bandar akhil baligh ketika berumur 55 tahun."
Maksudnya bila dah pencenlah. Kalau ikut sekarang maknanya umur 60 tahun kot sebab had umur persaraan dan dinaikkan.
Ni bukan akhil baligh namanya tapi AKHIR BALIGH. hehehehe
Jadi kepada semua yang BARU akil baligh tu belajarlah dahulu untuk menambah ilmu. Beribadahlah dahulu untuk menguatkan keimanan. Bagi yang mempunyai zuriat, didiklah anak-anak sebaik-baiknya. Jangan nanti sampai menyalahkan orang lain bila anak-anak pun ikut jejak langkah anda. Akhil baligh selepas menjanda.
Terutama yang perempuan tu. Jangan buka lebih banyak pintu neraka dengan menDEDAHkan diri kepada umum walaupun bertudung. Dan yang baru menjanda itu pasrah dan muhasabah diri mengapa Allah memberi dugaan sebegitu. Jangan rasa diri itu hebat kerana baru 2-3 bulan bertudung sedangkan berpuluh tahun bergelumang dosa dan tiba-tiba ingin mengajar orang lain insaf. Niatnya mungkin betul tetapi caranya saja yang perlu diperbetulkan.
Jangan nanti anda menjadi IDOLA songsang kepada orang lain. Macam mana pula tu?
Bila orang lain ikut perangai anda semasa muda dan bertaubat masa dah menjanda! hehehehehe
Bakat bukan datang dari keturunan atau sejak dilahirkan tetapi dari hasil usaha. Yang lawa, yang ayu, yang manja, yang seksi pun kena berusaha untuk mencapai bakat. Begitu juga yang bertudung perlu berusaha dan belajar seperti artis ini:
Gambar Hiasan
No comments:
Post a Comment