Dalam dok baca kisah politik ni aku buat congak-congak bangang gak. Nampaknya rebutan kawasan meletakkan calun pilihanraya tidak sepanas jawatan Perdana Menteri. Pilihanraya belum tentu lagi bila (kalau qiamat tak datang sehari dua ni laa..) Kenapa? hehehe
Kerana Perdana Menteri berhak mencadangkan nama Timbalannya dan Menteri-menteri kabinetnya. Selain daripada itu PM berhak mewujudkan atau menghapuskan atau menggabungkan kementerian-kementeriannya. Besar kuasa dan tanggungjawab tu kan?
Dan bila melihat hebatnya kempen-kempen yang dijalankan walaupun SPR belum mengisytiharkan PRU13 maka ternyata masing-masing merasa yakin dengan kekuatan masing-masing untuk memenangi PRU13. Bagi BN rasanya tidak ada masaalah untuk menubuhkan pentadbiran sekiranya diberi peluang sekali lagi. Yang aku dok congak ni kalau PR ditakdirkan ALLAH SWT menang. Macam mana agaknya? PKR, PAS atau DAP?
Kalau ikut kehendak PAS, mereka mahu Presidennya menjadi PM. Bagi aku memang sesuailah sebab lazimnya PM tu orang Islam/Melayu kerana memimpin majoriti rakyat yang beragama Islam dan dari keturunan Melayu di samping mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana Agama Islam adalah AGAMA RASMInya. Siapa pula akan jadi Timbalan?
Kalau ikut amalan dalam BN, PM dan TPM tu lazimnya datang dari UMNO kerana TPM adalah orang yang akan mengambil alih jawatan PM apabila tiba masanya (kalau tak kena tendang lebih awal laa..). Apakah PR akan mengikut formula yang sama? Kalau sama maka siapakah Timbalannya? Timbalan Presiden PAS atau salah seorang Naib Presidennya?
Atau mungkinkah PR akan menggunakan formula perkongsian kuasa bersyarat? PM dari PAS dan timbalannya dari PKR? Kalau dari PKR sudah tentu bukannya Penasihat Parti atau Presidennya. Penasihat Parti tak kan nak duduk nombor dua? Presidennya pula tak mungkin pegang kerana tidak layak menjadi calun untuk PRU13 selepas melepaskan jawatan Ahli Parlimen sebelum ini. Jadi, siapa? Timbalannya? Atau Naib Presidennya yang beragama Islam? Apakah DAP tidak mempunyai calun-calun yang sesuai di kalangan orang Islam di dalam parti tersebut?
Atau mungkinkah akan diadakan Timbalan Perdana Menteri yang Kedua? oppppsss.... Macam mana pula parti dari Malaysia Timur? Timbalan Perdana Menteri yang Ketiga? Ke empat?
Memanglah aku Bingai @ Bangang.
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
No comments:
Post a Comment