Kan dan cembeng muka dia.
Apalah korang ni. Benda kecik macam tu pun korang nak songlap. Nak tipu. Tak baik tau! Mentang-mentanglah dia tak mintak salinan slip gaji atau salinan borang "J", korang suka-suka jer letak gaji korang ye?
Dalam borang tu kan dah sebut terang-terang "Berpendapatan RM3000 sebulan dan ke bawah"?
Korang tak sayangke kalau Allah SWT ambik balik rezeki orang yang semakin melimpah ruah? Kalau dia ambik pun tak apa jugak sebab kalau korang dah sedar, korang akan berusaha semula untuk mendapat pendapatan yang lebih. TAPI,
Bagaimana kalau sebab duit lebih yang korang tak akui tu korang dan anak-anak orang makan dan jadi penyakit. Buncitke, cacing kerawit ke, lembab otak ke? Paling teruk kalau kena barah usus atau eksiden sampai hilang penglihatan, tangan atau kaki? Kan haru tu. Jangan katakan artis, peminta sedekah pun tak selera nanti. Tapi korang selamba jer sain kat borang tu, kan?
Dari maklumat yang aku terima (dari isteri akulah) ramai kawan sepejabat dia yang berpendapat lebih RM3000 malah ada yang mencapai RM8000 yang isi borang tu. TERMASUKlah mereka-mereka yang mengutuk BN dan DSN. Alasannya ada dua:
- Yang dok kat atas tu lagi besar dia punya makan
- Kalau orang lain boleh buat, aku pun boleh buat.
Ingat-ingatlah sikit. KTMB pun ada Badan Amal dan Kebajikan. Kalau korang bagi untung kat KTMB tu boleh jugalah mereka buat lebih SIKIT kerja amal. Kalau subsidi kerajaan tu kurang digunakan, adalah SIKIT duit tambahan untuk orang-orang tua dan anak-anak yatim. Mana tau korang dapat sikit saham dalam amal tu. Wallahualam.
Bab orang lain makan besar tu lantak dialah. Kalau kena potong taliperut tu, taliperut dia. Bukannya kita.
Jadi, fikir fikirlah sikit kalau nak menipu pun. Jangan nanti salahkan kerajaan sebab tak kawal makanan korang bila sakit. Dapat duduk kelas dua nanti korang komplen lagi sebab tak dapat layanan macam orang besau-besau. Pikir balik berapa yang korang untung dengan diskaun 50% berbanding dengan bala yang mungkin korang akan terima? Tu belum cerita lagi bila nombor KP korang disemak di Jabatan Hasil Dalam Negeri lagi. TIGA TAHUN MAKAN FREE! hehehehehe......
No comments:
Post a Comment