Penyakit penindasan pendidikan yang bermula di IKYS kini menular ke Kedah. Kerajaan yang sepatutnya menyediakan lebih banyak kemudahan pendidikan untuk anak negeri semakin menekan institusi pendidikan itu sendiri.
Setelah penutupan IKYS yang dikatakan tidak memberi keuntungan kepada kerajaan negeri, pengurangan pelajar yang menuntut di UNISEL mungkin kerana pentadbiran yang masih mencari rentak, kini UUM pula menjadi mangsa.
Penubuhan UUM di Kedah adalah dari tawaran kerajaan negeri ketika itu yang ingin melihat pembangunan insan di samping merancakkan kemajuan pembangunan sekitar. Dengan nilai harga tanah yang rendah di samping tawaran rebat cukai tanah yang menarik membolehkan UUM memiliki tanah yang begitu luas untuk perancangan jangka panjang. Ini adalah perkara biasa bagi sesebuah kerajaan negeri apabila memberikan tawaran pelaburan termasuk kepada syarikat-syarikat swasta. Pengecualian cukai, rebat cukai, kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan jalanraya adalah diantara tawaran untuk menarik minat pelaburan.
MB Kedah sepatutnya tidak membuat perbandingan dengan cukai tanah yang dikenakan di USM Pulau Pinang (RM2.50/kaki persegi) kerana nilai tanah di sana berbeza dengan negeri Kedah. Begitu juga dengan UITM Shah Alam (RM0.50/kaki persegi) kerana ketika UITM bermula sebagai ITM, kawasan tersebut adalah belantara tempat jin bertendang. Kerajaan Negeri Selangor berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur sehingga menjadikan Shah Alam sebagai bandaraya dengan kehadiran ITM sebagai peneroka asal. Kerana itu, walaupun nilai tanah di Shah Alam tidak jauh berbeza daripada Pulau Pinang (mungkin lebih tinggi dari Pulau Pinang) maka cukainya masih lebih rendah di antara keduanya.
Pengurangan rebat cukai tanah boleh dilakukan dengan cara berperingkat-peringkat. Ianya bukan bermakna kerajaan negeri menaikkan cukai tanah tetapi mengurangkan rebat. Mungkin UUM masih mampu menampung tambahan RM50,000.00 setiap tahun. Ini kerana pembangunan UUM masih lagi belum menyeluruh. Lebih banyak tanah yang sedia ada masih lagi belum digunakan untuk pembangunan insan. Dengan cara ini UUM akan berusaha lebih kuat untuk mendapatkan lebih ramai pelajar dan menambah dana. Di samping tidak membebankan ianya juga mampu memajukan kawasan sekitar seiring dengan peningkatan UUM itu sendiri. Sekiranya rebat ini tidak diberikan maka kemungkinan yuran pengajian terpaksa dinaikkan bagi menampung keperluan yang masih belum dimaksimakan. Dan bebanan ini akan ditanggung oleh sekumpulan mahasiswa yang masih dalam satu kelompok kecil berbanding dengan keluasan UUM itu sendiri.
Mungkin contoh jadual di bawah ini boleh dijadikan cadangan.
Tahun | Cukai Setahun | Pertambahan |
sebelum | RM150,000.00 | - |
1 | RM200,000.00 | RM50,000.00 |
2 | RM250,000.00 | RM50,000.00 |
3 | RM300,000.00 | RM100,000.00 |
4 | RM400,000.00 | RM100,000,00 |
5 | RM500,000.00 | RM100,000.00 |
6 | RM700,000.00 | RM200,000.00 |
7 | RM900,000.00 | RM200,000.00 |
8 | RM1,100,000.00 | RM200,000.00 |
9 | RM1,300,000.00 | RM200,000.00 |
10 | RM1,500,000.00 | RM200,000.00 |
11 | RM200,000.00 |
Dan selepas 11 tahun atau 15 tahun, nilai tanah tersebut akan meningkat dan membolehkan kerajaan negeri mengenakan cukai tanah yang lebih tinggi. Bukan lagi 20 sen/kaki persegi.
Perlu dingat bahawa di dalam sistem asas perakaunan, pengurangan rugi adalah satu keuntungan. Memandangkan kerugian yang diterangkan oleh kerajaan negeri bukannya kerugian modal tetapi kerugian pendapatan, ternyata kerajaan negeri tidak rugi secara dasarnya tetapi rugi secara teknikal. Sekiranya UUM tidak diujudkan disitu, tanah tersebut (mungkin) masih belum dimajukan. Sekiranya ini berlaku bermakna kerajaan negeri langsung tidak mendapat sebarang pendapatan termasuk RM150,000.00 setahun dari UUM dan kecairan ringgit di kawasan tersebut. Ini bermakna kerugian tersebut lebih merujuk kepada rugi keuntungan dari aset yang sedia ada tidak mendatangkan hasil sebelum ini.
Kenyataan MB Kedah yang mengatakan bahawa kerajaan negeri akan kerugian RM1.6 juta setahun mengesahkan ketidakupayaan kerajaan negeri mencari sumber pendapatan yang lain sehingga sanggup mengikis dari duit rakyat yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya. Apakah sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan memberikan keuntungan tunai segera setiap tahun sedangkan yuran yang semakin kurang ditambah pula dengan bantuan buku teks. Ini tidak termasuk bantuan makan dan minuman sihat. Biasiswa-biasiswa yang tidak dibayar balik.
Semasa dan selepas zaman dharurat, kerajaan ketika itu terpaksa memindahkan atau menyediakan kem-kem askar di kawasan-kawasan yang ingin dibangunkan. Dengan cara ini, rakyat tidak berasa takut dengan ancaman kominis dan kawasan tersebut semakin membangun. Sebagai contoh, Sg Buloh yang satu ketika dulu adalah kawasan rimba kini menjadi begitu maju.
Zaman sekarang, terdapat tiga cara mudah untuk memajukan sesuatu kawasan
Pertama dengan menjadikan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan industri seperti di Senawang dan banyak lagi tempat lain.
Kedua dengan menjadikannya sebagai pusat pengajian tinggi seperti di Sri Iskandar, Perak
Ketiga ialah dengan menggabungkan kedua-duanya sekali seperti di SHAH ALAM.
Kalau dilihat secara SYAK WASANGKA, tindakan kerajaan negeri Kedah boleh menimbulkan persepsi songsang rakyat. Ini ditambah pula dengan ugutan seperti sekiranya UUM gagal maka denda sebanyak RM90,000.00 akan dikenakan. Bagaimana sekiranya UUM masih gagal? Apakah tanah tersebut akan dirampas semula?
Beberapa persoalan mungkin akan timbul seperti:
- Apakah kerajaan negeri ingin mencari keuntungan mudah dengan menindas rakyat?
- Apakah kerajaan negeri sengaja menindas UUM supaya UUM akan gulung tikar dan kerajaan negeri boleh menjadikannya sebagai kawasan BEBAS CUKAI dengan keuntungan berlipat kali ganda?
- Apakah kerajaan negeri sedia ada tidak yakin untuk terus memerintah dan mencari jalan pintas mencari keuntungan sebelum mereka terpaksa menyerahkan kuasa?
1 comment:
Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan.
Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!Ini bermakna, UUM telah diberi rebat sebanyak (RM0.10) 33.3% oleh kerajaan Kedah. Apakah negeri-negeri yang diterajui oleh BN melakukan perkara yang sama seperti Kedah?. Jika ada, lu tolong senaraikan dan gua akan tarik komen gua nih.
Begitu juga sekolah-sekolah yang ada di Malaysia patut diberi rebat sama seperti UUM kerana sekolah-sekolah yang ada di Malaysia lagi bukan berasaskan keuntungan.Tetapi kerajan tetap membayar sebanyak RM0.55 satu meter persegi. Lu tak payah mengambil kira di P.Pinang atau Selangor tetapi ambil contoh di Perlis iaitu Universiti Malaysia Perlis yang dikenakan sebanyak (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi.
Lu jangan jadi ‘double standard’ kerana lu tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN.Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan
Tak kan lu tak faham, kerajaan Kedah pun memerlukan dana untuk menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air. Lainlah jika lu dengan puak-puak lu nak tolong bayarkan hutang Kedah dizaman BN.
Alasan yang lu bagi amat dangkal jika UUM tidak wujub disitu maka kerajaan langsung tidak mendapat hasil, benarkah pemikiran lu? Sedangkan syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan sentiasa mencari tanah untuk diusahakan. Bukan sahaja di Kedah malah diseluruh negara dan jika tanah tersebut diberi kepada syarikat swasta, kerajan akan mendapat pungutan hasil lebih tinggi. Ini hakikatnya kerana tanah sentiasa dicari oleh semua pihak, mungkin lu dengan puak-puak lu saje yang tak nak tanah. Gua boleh jamin jika kerajaan menawarkan tanah untuk dimajukan, pasti lu dan puak-puak lu yang pertama merebutnya.
Ini dah cukup untuk menjawab tiga soalan yang lu ajukan diatas. Hujah lawan hujah, yang benar tetap benar walau siapa pun yang memerintah sesebuah negeri.
Post a Comment