Semalam aku berada di salah sebuah hospital swasta di Kajang, Selangor. Sambil-sambil menunggu isteriku yang dirawat di situ aku melawat blog kawan-kawan dengan menggunakan Wi-Fi yang disediakan disitu. Aktiviti aku diinternet agak berkurangan semenjak dua minggu sudah kerana bercuti seminggu di Hongkong kemudian pulangnya ke rahmatullah ibumertua aku ketika penghujung percutian aku.
Apa yang mengherankan aku, dalam banyak-banyak blog yang aku layari, aku gagal memasuki blog GAP! Blog lain seperti PapaGomo, Gerakan Timur dan blog-blog lain tidak disekat kecuali paparan Youtube sahaja tidak dapat digunakan kerana tapisan.
Hebat sangatkah blog GAP sehingga disekat sebegitu? Atau kerana nama penuhnya yang mengandungi perkataan PKR? hehehehe
Selamat berblog GAP!!!!!
1 comment:
yeke disekat?
Serius hot! WFTXO@#$%&*!
Post a Comment