Seperti entri Papagomo di ! Akupun tak setuju RON95 dinaikkan. Mengurangkan subsidi RON97 untuk menampung RON95 akan menyebabkan harga RON97 melambung dan pemilik kereta-kereta seperti di bawah ini juga akan melambung dan mula menghasut rakyat.
Mungkin cadangan aku dibawah ini menjadi cemuhan terutama dari Papagomo (berdasarkan dari gambar logo di bawah ini. hehehe).
Sebelum aku bercuti di Hongkong 2 minggu sudah, aku cuba membeli sekotak (carton) rokok di kedai Bebas Cukai KLIA untuk dibawa ke sana. Aku dinasihatkan oleh pekerja kaunter (terima kasih kepada beliau) di kedai tersebut. Katanya kalau masuk Hongkong dengan sekotak rokok tersebut berkemungkinan aku dikenakan cukai sebanyak HK$2000.00 yang bersamaan dengan lebih kurang RM800.00. Pelawat hanya dibenarkan membawa sekotak rokok yang telah dibuka penutupnya dengan maksima 19 batang sahaja. Sememangnya semasa balikpun kotak rokok aku diperiksa yang memastikan kandungannya kurang dari 20 batang.
Terkejut dengan maklumat tersebut aku membatalkan niat aku.
Ketika berada di sana aku dapati bahawa harga sepeket rokok 20 batang bernilai HK$50.00 (RM39.00)! Bayangkan berapa banyak cukai yang boleh dikutip oleh kerajaan untuk menampung kenaikan RON95. Mungkin cukai arak juga boleh membantu. Walaupun aku bukan seorang yang minum arak tetapi aku juga seorang perokok tegar. (kat hongkong kena slo slo sikit hisap rokok tu... hehehe)
psst psst.... bila pesalah trafik yang mabuk arak akan dihukum mati ek? sebelum lebih banyak yang mati oleh mereka dan menggunakan alasan mabuk untuk mendapat hukuman ringan?
4 comments:
mmg la harga myk malaysia masih murah berbanding negara2 asean yg lain sbb m'sia PENGELUAR MYK. yg lain2 kebanyakkannya IMPORT MYK. so, sbg pengeluar, suppose kita tak menanggung bebannya. bla myk naik, kita sepatutnya lg kaya sbb kita jual myk. mn ada org menjual tp pembeli pulak yg kaya??
p-k2 kn la
Serius hot! WFTXO@#$%&*!
satu cadangan yg masuk akal. aku pun sokong!
kepada aniesandyou,
kalau nak bnding hrg minyak dgn ngara pengeluar dan bilangan penduduknya, malaysia yg paling sakit menanggung subsidi utk rakyat.
ambik cth arab saudi, keluaran myk shari kira2 10juta tong tp pnddk cuma kira2 27juta. jd keuntungn jualan miyk terlalu berlebihn jika diberikn subsidi kpd rakytnya.(cuba ko kira hasil jualan 10juta tong kmudian bahagikn kpd jum pnddk.Byk kan yg boleh diberikn)
TAPI Malaysia, keluaran myk cuma skitar 0.6juta tong(tak smpai 1juta) sedangkan jumlah pnduduk lebh ramai ie kira2 29juta! kalau nak guna keuntgan jualan minyak utk bagi subsidi tidakkah kita lihat kjaan mmg agak 'sakit'. Tapi kjaan tetap juga bagi walaupun kesakitn.
lanjut go to http://novandri.blogspot.com/2011/05/panas-kenyataan-anwar-ibrahim-yang.html
As-salam tuan, membalas kunjungan tuan ke blog kawan sebentar tadi.
Jom kita sama-sama linkkan blog kita.
http://up4u2c.blogspot.com/
Post a Comment