mutiara, April 29, 2011 2:44 PM hukum apa dalam dalam islam yang menyuruh sumpah laknat? tolong bagi rujukan hamba x paham Ayat apa? surah apa? ataupun ada hadis nabi tolong bagi tau.... yang hamba tau kalau tuduh zina kne ada 4 org saksi. Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik (Surah An-Nur : 4) Tlng bagi tau hamba ttng sumpah laknat? ayat mana surah mana |
Selepas itu dijawab:
Anonymous, April 29, 2011 5:10 PM (Surah 24 ayat 6 ) Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar (Surah 24 ayat 7 ) Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. (Surah 24 ayat 8 ) Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta (Surah 24 ayat 9 ) Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (Surah 24 ayat 10 ) Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi). |
takkan baca sekerat jer yang menguntungkan pihak sendiri. tu belum lagi yang diriwayatkan dari contoh-contoh yang berlaku di zaman Rasullullah.
Dan aku ingin memaparkan entri oleh Gerakan Timur di sini untuk renungan kita bersama:
Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat . Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau keburukan orang melalui lidah. Hukumnya adalah berdosa. Namun ianya harus pada enam keadaan iaitu : 1. Mengadu keburukan atau kejahatan seseorang kepada hakim supaya diadilinya. 2. Mendedahkan keburukan seseorang supaya dia berhenti daripada melakukan perbuatan jahatnya (selepas nasihat tidak berhasil) 3. Meminta fatwa daripada ulama tentang perbuatan keji seseorang 4. Menakutkan atau menghindarkan seseorang atau orang ramai daripada bersahabat dengan orang fasiq kerana bimbang terpengaruh dengan kefasiqannya (lebih-lebih lagi perbuatan fasiqnya itu boleh mengancam kedudukan agama dan negara) 5. Hendak memberi tahu nama seseorang dari satu golongan yang ramai mempunyai nama yang sama. Justeru disebutlah keaiban atau kecacatan pada dirinya. 6. Menyebut kejahatan orang yang masyhur dengan perbuatannya kerana dia tidak akan memarahinya bahkan berbangga dengan gelaran tersebut. Persoalannya bagaimana pula sebaran keaiban dengan kaedah video klip ? Jawabannya samalah seperti mengumpat iaitu dosa besar kecuali bertepatan dengan salah satu daripada 6 keadaan yang diharuskan tersebut. Rujukan : Kitab Hidayah al-Salikin , muka surat 172, Bab menjauhi maksiat zahir Kesimpulan. Renung - renungkan. |
No comments:
Post a Comment