Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Thursday, March 3, 2011

Bob Lokman - Lawak yang menghina ibubapa?

Aku tak suka nak letak video yang dah diedit oleh puak UMNO jadi biar aku letak video yang diedarkan oleh puak PAS tanpa suntingan. Korang lihat dan dengar sendiri lepas tu baca komen aku kat bawah nanti.
 
Cakap siang pandang-pandang.
Cakap malam dengar-dengar.
Cakap depan video tapis-tapis.
aku ni bukanla pandai sangat terutama bab membesarkan anak. memang bingai tahap gaban (stail bebudak sekarang cakap.. hehehe). Anak akupun bingai macam aku gak tapi tang tahap tertib tu memang aku puji anak lelaki aku walaupun iq dia lembab.

Berkawan pun aku tak larang dengan sesiapa termasuk yang jenis bergelandangan. Manja ya amat walau dah berbulu atas bawah. Sembahyang tak payah suruh. Lebih dia dari aku. Puasa tak ponteng. Kalau tak larat pun bagi tau kat mak dia atau aku dulu sebelum batalkan puasa. Kawan-kawan diapun panggil aku "papa" gak supaya senang aku nak tegur perangai dia orang.

Sebab tu aku selalu cakap tanggungjawab mendidik anak-anak dari segi moral adalah seperti berikut:
  1. 50% Ibubapa
  2. 35% Guru-guru
  3. 15% Masyarakat
Sementara tangggungjawab mendidik anak-anak dari segi ilmu pula adalah seperti berikut:
  1. 50% Guru-guru
  2. 35% Ibubapa
  3. 15% Masyarakat
Ini bermakna semua lapisan mempunyai tanggungjawab. Oleh itu mengapa disalahkan sistem pendidikan sekiranya tahap moral anak-anak berada di tingkat bawah? Apakah anak mufti-mufti yang mendapat didikan di sekolah kerajaan juga begitu? Apakah IMAM-IMAM muda sekarang yang belajar di sekolah-sekolah kerajaan juga mengecewakan?

Bob Lokman mengakui semasa muda beliau tak sedar (atau terlupa diri?) tetapi bila sudah ada anak baru tahu akan tanggungjawabnya. Sudah ada anak atau apabila anak sudah menjadi buloh yang tidak boleh dilentur lagi? Di sini pun Bob sendiri mengakui kegagalan beliau secara tak langsung tetapi mengapa sistem pembelajaran yang telah melahirkan ramai ilmuwan termasuk ilmuwan Islam sendiri yang dipersalahkan?

Jangan bila anak disaman kita pergi bayar dengan senyuman selepas itu salahkan polis tidak tau bertolak ansur.
Jangan bila anak dipenjara kerana dadah kita pergi ikat jamin dengan rela kemudian menyalahkan kastam tak reti jaga sempadan.
Jangan bila anak buntingkan anak orang kita berbangga kerana kejantanan anak kita dan mencemik ibubapa lain kerana gagal mendidik anak mereka menghindarkan diri dari penyetanan anak kita.
Jangan bila anak sendiri bunting kita berikan segala sokongan dan menyalahkan orang lain yang tak reti mengikat alat sulit anak jantan mereka.

Aku sama-sama terpanggil dengan penukaran imej Bob untuk berubah ke arah lebih keagamaan kerana tidak jauh bezanya umur aku dengan dia tetapi aku rasa lebih baik kita mengaji balik supaya dapat kita mengajar anak kita cara membaca doa makan dan AL-FATIHAH dengan lebih sempurna daripada meninggalkan anak isteri kita dan merapu depan orang ramai seperti video di bawah ini:

Apa yang ko merepek ni?
Cukup-cukuplah lawak yang kita buat dalam kehidupan kita selama ini. Berlawaklah dengan anak isteri supaya kemesraan dan rasa hormat menghormati di dalam keluarga kita akan menjadi lebih ampuh. Bukan semua dosa yang kita lakukan akan dikira di hari qiamat. Ada di antaranya terpaksa dibayar secara CASH ADVANCE di dunia ini dan selebihnya di selesaikan kemudian.
Bukan salah ibu mengandung TETAPI bersalahkah ayah yang membuatnya?
Jangan salahkan mendung kalau malam tiada berbintang
Jangan salahkan ribut kalau durian tercabut akar
Jangan salahkan ayam kalau terpijak tahi di jalanan
Jangan salahkan malaikat kalau syaitan bermaharaja lela.
Jangan salahkan KARIPAP MEREKAH kalau PIPIT sendiri tak pergi sekolah
JANGAN SALAHKAN ALLAH BILA ADAM TERGODA DENGAN BUJUKAN HAWA SEHINGGA KITA DILAHIRKAN DI DUNIA YANG FANA INI!!!!!

4 comments:

CCZ said...

Pertamanya CCZ nak gelak sat tengok tikus angkat berat...

Kedua, CCZ salute dengan cara B@B didik anak..

Ketiga, senyum simpul pada Bob lokman...

Nur Misnan said...

masing2 ada hak utk memilih
sape yang lebih layak..

i like bob lokman.. honest der

pacat said...

tabik der... yang pasti mendidik anak tidak semudah tukar PARTI atau PAKAI KOPIAH di kepala......

Anonymous said...

apa yg nko merepek tu bob oi??? siap menyanyi2 lagi!

habisla imej kealiman pnceramah2 pas dgn hadirnya bob raja lawak & penghibur pentas politik...

tersepak akar salahkan tunggul,
tersadung bendul salahkan pintu,
tercekik tulang salahkan ikan,
tersedak makan salahkan tukang masak,
err...
tersilap didik anak salahkan sistem?
tersilap pilih salahkan SPR?
udah kalah,
ternaik darah salahkan BN??????

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun