Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Monday, March 7, 2011

PRK Kerdau & Merlimau = Kemenangan yang mengguris hati

Gambar & Sumber dari Utusan Malaysia Online & Offline
Memang majorit bertambah. Menang semua saluran TETAPI PAS masih belum tewas. Sokongan kepada parti tersebut belum luntur. Ini bermakna pengaruh PAS sebenarnya semakin berkembang dan menular dalam tempo yang perlahan tetapi mencengkam.

Buktinya? Lihat statistik di bawah ini:
N28-KerdauN27-Merlimau
TahunBNPASBeza
2008413525201615
2011506023362724
Beza0925-1841109
TahunBNPASBeza
2008498128272154
2011596223193643
Beza0981-5081489
Apakah penyusutan 184 undi di Kerdau dan 508 undi di Merlimau boleh dianggap sebagai penyusutan pengaruh PAS di kedua-dua tempat tersebut? Sudahkah diambil kira beberapa faktor di bawah ini:
  1. Penyusutan jumlah penyokong PAS yang keluar mengundi dalam PRK berbanding PRU?
  2. Penyusutan jumlah penyokong PAS yang PULANG mengundi dalam PRK berbanding PRU?
  3. Kehadiran begitu ramai Jeneral-jeneral dan jentera BN dari luar yang seharusnya mampu memperolehi lebih banyak undi?
Tidak dinafikan BN meraih majoriti yang lebih besar berbanding dengan PRU 2008 tetapi dari statistik di atas dapat aku gambarkan kelebihan tersebut banyak dipengaruhi oleh pengundi baru.

Sekarang tibalah masanya untuk kedua-dua ADUN yang baru dipilih memperhebatkan usaha menarik bukan sahaja lebih ramai pengundi baru tetapi mempengaruhi penyokong-penyokong PAS kerana di dalam PRU akan datang, Jeneral-jeneral dan jentera-jentera BN yang lain terPAKSA menumpukan perhatian terhadap kawasan masing-masing. Ini bermakna anda berdua dan penyokong-penyokong anda akan BERSENDIRIAN di dalam PRU 13.

Untuk memudahkan tugas dalam merancang strategi, penumpuan perlu diberikan kepada saluran-saluran tertentu seperti di bawah ini:

N27 Merlimau:

Kawasan Saluran BN PAS DiTolak Beza Jumlah %Sasaran
Merlimau Utara 1 328 110 10 218 448 24.55
Merlimau Pasir 1 217 79 6 138 302 26.16

2 334 159 5 175 498 31.93

3 327 138 2 189 467 29.55

4 340 115 3 225 458 25.11
Air Merbau 1 200 68 7 132 275 24.73

2 298 109 1 189 408 26.72
Chinchin 1 204 49 17 155 270 18.15

2 349 123 9 226 481 25.57

3 291 135 9 156 435 31.03

4 291 127 5 164 423 30.02
Jasin Lalang 1 196 35 10 161 241 14.52

2 256 48 3 208 307 15.64
Permatang Serai 1 189 85 1 104 275 30.91

2 339 140 6 199 485 28.87

3 305 126 5 179 436 28.90

4 313 112 2 201 427 26.23
Pengkalan Samak 1 204 70 6 134 280 25.00

2 314 177 6 137 497 35.61

3 283 185 6 98 474 39.03

4 338 127 2 211 467 27.19

N28-Kerdau

Kawasan Saluran BN PAS DiTolak Beza Jumlah %Sasaran
Kg Seri Tanjung 1 146 55 4 91 205 26.83
SK Kerdau 1 152 103 4 49 259 39.77

2 155 144 3 11 302 47.68
SK Jengka 22 1 182 94 5 88 281 33.45

2 224 94 2 130 320 29.38

3 183 94 2 89 279 33.69
SK Paya Taram 1 184 83 9 101 276 30.07

2 244 133 4 111 381 34.91
SK Teluk Sentang 1 297 226 5 71 528 42.80
SK Kuala Tekal 1 241 64 5 177 310 20.65
Rumpun Makmur 1 199 51 7 148 257 19.84

2 213 108 0 105 321 33.64
SK Jengka 25 1 307 43 1 264 351 12.25
SK Jengka 23 1 236 95 3 141 334 28.44

2 390 133 7 257 530 25.09

3 293 177 8 116 478 37.03
SK Pulau Pasir Mandi 1 144 108 2 36 254 42.52
Balai Raya Kerai 1 286 44 5 242 335 13.13
SK Lipat Kajang 1 243 99 4 144 346 28.61
SMK Kerdau 1 204 93 6 111 303 30.69

2 267 132 2 135 401 32.92

3 227 152 2 75 381 39.90
Berdasarkan kepada statistik di atas, terdapat beberapa saluran yang perlu diberikan perhatian serius seperti di Merlimau:
  1. Pengkalan Samak - Saluran 3 & 2
  2. Chinchin - Saluran 3 & 4
  3. Merlimau Pasir - Saluran 2 & 3
Sementara di Kerdau pula:
  1. Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi 
  2. Dan banyak saluran yang melebihi 30% sasaran yang perlu diambil perhatian
Sekiranya YB Syed Ibrahim yang berketrampilan dengan imej ilmuan Islam mampu menyedarkan dan mempengaruhi penyokong-penyokong PAS sehingga dapat mengurangkannya sehingga ke 20% maka pengaruh PAS pasti lumpuh dan penyatuan umat Islam khasnya serta rakyat Malaysia amnya akan menjadi kenyataan.

Mungkin di Pulau Pasir Mandi, Teluk Sentang dan SK Kerdau memerlukan pengorbanan yang lebih besar tetapi ianya tidak mustahil. Sekiranya perlu perubahan AJK di kawasan tersebut dilakukan maka ahli-ahli UMNO di situ harus menerima kenyataannya.

Secara umumnya kita melihat tugas yang digalas oleh YB Roslan Ahmad di Merlimau tidaklah sehebat YB Syed Ibrahim di Kerdau tetapi usah merendahkan kemampuan pembangkang. Pengurangan undi PAS sebanyak 508 undi bukan isyarat awal kepupusannya tetapi kejutan untuk mereka bingkas bangun dan meneliti kelemahan mereka. Ini akan membuatkan kempen-kempen penambahan ahli mereka akan menjadi lebih berbisa dengan cuba mencari lebih banyak kelemahan dan kesilapan BN di Merlimau. Kemampuan YB Roslan Ahmad untuk membawa kemajuan dan memberikan keselesaan kepada rakyat yang diwakili akan diTAGIH sehingga titisan peluh yang terakhir. Kerjasama semua pihak mampu membendung penularan pengaruh pembangkang yang boleh digunakan ditempat-tempat lain.

Kita pernah melihat betapa kerdilnya PAS pada satu masa di Greenwood, Gombak dan Selayang yang dibayangi oleh UMNO tetapi kekerdilan merekalah yang membantu PKR menguasai kawasan-kawasan tersebut. Begitu juga di Shah Alam dan banyak tempat lagi.

Harapan aku semoga UMNO semakin dan kembali kukuh supaya keamanan akan terus terpelihara dan memberikan kemakmuran kepada SEMUA KAUM. Wallahualam

No comments:

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun