Alhamdulillah,
Walaupun cerita bola dah habis 2-3 hari yang lalu, baru hari ni aku dapat update blog ni. Ntah macam mana teringin lak nak cerita pasal bola.
Apa yang membanggakan aku semenjak dua menjak ni adik-adik ipar aku yang lebih minat tengoh English Football sekarang dah beralih channel. Jersey MU pun dah duduk dalam bakul. Sana sini dok pakai jersi Malaysia. Aku pun rasa bangga.
Cuma yang menjadi dilema aku ialah apakah pisang akan berbuah berulang-kali? Bila pasukan negara mula menempah nama saja, adalah tangan-tangan gatal selok menyelok dalam kain FAM. Dan bertepek-tepek ler muka-muka tebal menunjukkan muka. Lepas tu, Jurulatih mulalah miang dibuatnya. Panas punggung. Baru cakap nak dapat lebih sikit kuasa dalam pasukan dan mula dikatakan NAIK TOCANG. Kesudahannya ada yang kotrak tak disambung atau ditamatkan sebelum tempohnya.
Yang aku ingat, Karathu dan Abdul Rahman pernah menjadi isu panas satu ketika dahulu. Lepas tu, mereka sendiri terbenam sebab mungkin dilihat sebagai jurulatih banyak demand. Ada pula yang bagi alasan perlu impot jurulatih luarnegara untuk meningkatkan prestasi pemain yang semakin hebat yang sebenarnya mula digilap oleh jurulatih tempatan. Kerana nak tinggikan status dan teknologi, tersingkir juga jurulatih tersebut.
Aku harap Tengku Abdullah yang pernah keluar dari FAM dapat melihat keadaan sebenar ketika berada di luar FAM dahulu. Kepulangan Tengku ke pangkuan FAM diharap memberi kesedaran baru kepada sesiapa yang gatal tangan dan tebal muka kat situ.
Jurulatih tempatan seperti K Rajagopal mempunyai ciri jurulatih tempatan. Jiwa tempatan. ANGAN-ANGAN tempatan yang sebenarnya menggunung. Dia juga ingin mencipta nama sebagai jurulatih yang mampu membawa pasukannya ke persada antarabangsa. Oleh itu, sudah pasti dia mempunyai perancangan jangka panjang yang tidak akan diberitahu kepada sesiapa supaya tak ada baghal-baghal yang nak tunjuk pandai tu mencuri idea dia. Bagilah dia peluang untuk membuktikan, anak tempatan juga mampu menjadi jurulatih bertaraf dunia seperti yang diidamkan oleh jurulatih-jurulatih tempatan yang tersekat sebelum ini.
Memang pada aku corak permainan Malaysia lebih kekampungan seperti zaman Arwah Supermokh tetapi kalau setakat ada gaya antarabangsa tapi gagal sepanjang masa pun buat apa. Bukan gaya yang jadi ukuran markah tetapi KEMENANGAN!
Salute dan tahniah kepada pemain-pemain negara dan SYABAS kepada K. Rajagopal!
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
9 comments:
SALAM,
SETUJU DENGAN N3 INI. HARAP PIHAK2 BERKAITAN MEMBACANYA
Biasalah B&B..Bila dah naik sikit mestilah org menhimpit...cuba jatuh kembali, semua lari..
LF,
Terimakasih kerana menjengah kat sini. Macam kita orang lama ni dah penah tengok bebenda cam ni. hehehe
CCZ,
Tak ada kebiasaan yang boleh tidak boleh diubah, kan? Yang tak biasa tu perlu dibiasakan.
(teringat lagu Indon = "Aku tak biasa") hehehehe
Kita mengharapkan bolasepak kita akan terus kekal dan semakin maju. Moga-moga bolasepak kembali menjadi suatu platform utk kita semua bersatu hati sekali lagi sepertimana dulu-dulu, katanya, spt zaman Soh Chin Aun, Santokh Singh dll.
Mungkin juga bolasepak akan mengubahkan sistem pendidikan sedikit sebanyak apabila ia menjadi suatu kegiatan sukan yang popular di sekolah-sekolah. Suatu sebab lagi utk bersekolah di sekolah kebangsaan di mana anak-anak kita bercampur gaul, bukannya terasing dan hanya semata-mata mengejar "A" dlm setiap matapelajaran.
FAM JGN LA MAIN TOLAK SANA TOLAK SINI PLAK. CUKUP2 LA BUAT PERANGAI. JASA JURULATIH TEMPATAN YANG DH NAIK KAN NAMA NEGARA PATUT DI BERI PENGHARGAAN..ADOIYAIII
Sesiapa saja yang meragam dan mahu menyepak coach Malaysia ketika ini seolah-olah mengundang padah. Apa salahnya coach yang membawa kejayaan kepada pasukan negara di berikan ruang yang lebih untuk membimbing anak buahnya ke tahap yang lebih baik. Bola sepak Malaysia telah tenggelam begitu lama di peringkat Asia Tenggara. Nasib baik ada squash dan badminton. Sekurang-kurang orang tahu di mana Kuala Lumpur atau Malaysia. Jika ada tangan tangan ghaib yang cuba menempek dengan pengorbanan coach rajagopal sila lah lupakan niat berkenaan supaya sukan ini lebih progresif. Mereka semua perlukan sokonhan pada dari semua pihak. Sebelim kita berjaya macam-macam komen negatif telah di lemparkan kepada coach berkenaan. Ada yang memberikan gambaran seoalah-olah coach tempatan itu tak standard macam orang puteh. Nah apabila terbukti lebih baik mereka senyap pulak. Yang penting sokong coach bola kita berikan dia peluang utk bangunkan bola sepak negara ketahap lebih baik, sebab dah lama kita merudum jatuh menjunam... Sekalung tahniah pada coach Raja dan anak buahi.
salam 1 malaysia...saya telah paut kan blog anda utk blog saya.kalau boleh paut kan blog saya utk followers..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..
http://badutrakyat.blogspot.com/
salam,
pasukan 1Malaysia, BN bagi cuti, PAS ucap tahniah bagi cuti, PKR ucap tahniah, DAP pandang sepi - tak ada tahniah drpd LKS atau LGE atau mana2 pemimpin DAP lansung, rasis!
SYAIR LUCAH KATA MEREKA
harap dapat di link blog hamba disini..Terima Kasih...
http://klboyzwangsa.blogspot.com
Post a Comment