Inilah akibatnya bila hidup dibesarkan tanpa adab kesetiaan dan menghargai pengorbanan orang lain. Yang penting dalam hidup mereka ialah kepentingan diri sendiri. Baca luahan hati Ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di Berita Harian:
Sultan/Raja sesuatu negeri adalah penyatu rakyat yang bercakaran pada satu masa dahulu. Kehadirannya menyebabkan negeri tersebut aman dan makmur sehingga kita pada hari ini menikmatinya. Baginda-baginda tuanku telah menjadi lambang perpaduan rakyat. Jadi, beginikah balasannya dengan mengikis KETUANAN MELAYU itu oleh orang Melayu itu sendiri? Jenis orang yang tidak mengenang budi inikah yang ingin kita jadikan pemimpin? Dan, apakah mereka akan mengenang budi kita menyanjung dan meletakkan mereka ditempat yang sewajarnya?
Bagi orang-orang Melayu di Pulau Pinang dan Melaka seharusnya merasa rendah diri kerana hidup tanpa payung negeri seperti negeri-negeri lain. Mungkin kerana dibesarkan tanpa Raja/Sultan membuatkan ADA DI KALANGAN mereka ini merasakan bahawa keadaan di tempat mereka telah selamat dan aman kerana selama ini mereka tidak pernah didedahkan kepada ADAB DAN KESOPANAN seorang rakyat yang bertuan. Mungkin ada yang merasakan bahawa merekalah tuan kepada diri mereka sedangkan sebuah kapal hanya perlukan seorang nakhoda.
Bagi orang-orang Melayu yang tidak ingin menjadi Melayu lagi adalah lebih baik memohon penarikan pengiktirafan mereka sebagai orang Melayu daripada hidup bagaikan musang berbulu ayam dan bolehlah berGAH dengan status NON-MALAY BUMIPUTRA daripada memalukan orang Melayu yang lain. Selepas itu tidak ada lagi keturunannya yang MALU menjadi orang Melayu yang munafik.
Sebab itu aku syorkan supaya ditabalkan semula raja/sultan di Melaka dan Pulau Pinang. Bagi Melaka boleh memohon keturunan dari Melaka yang berada di Negeri Perak untuk ditabalkan sementara untuk Pulau Pinang pula boleh memohon keturunan Sultan Kedah kerana sememangnya PP berasal dari Negeri Kedah sebelum terpaksa diserahkan kepada Francis Light.
Hanya luahan hati si Bingai
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
9 comments:
Dari mana orang Melayu belajar menjadi kurang adab?
Siapa tok gurunya?
Mestinya dari Melayu pengkhianat yang menjadi barua Yahudi.
Selagi mereka bergelar ahli politik maka apa saja yang keluar dari mulut mereka samaada mensyukuri atau mengkufuri nikmat adalah ok..mungkin bagi kita macam tu dah realitinya..
salam perkenalan...sy telah pun link kan blog anda di blog sy...dab sy harap anda dapt link kan blog sy pada blog anda...sama2 la kita berjuang...
http://malaydelima.blogspot.com/
terima kasih...
salam... melayu sekarang
tak melayu dahulu..
makin ramai yang terlebih sopan =(
terima kasih telah berbagi info
kunjungi saya di www.matematikaitah.blogspot.com untuk mendapatkan soal latihan matematika dan keunikan suku Dayak Kalimantan Tengah di www.borneoetnic.co.cc
terima kasih, salam kenal
terima kasih telah berbagi info
kunjungi saya di www.matematikaitah.blogspot.com untuk mendapatkan soal latihan matematika dan keunikan suku Dayak Kalimantan Tengah di www.borneoetnic.co.cc
terima kasih, salam kenal
blog saudara telah dilink ke http //anginria.blogspot.com. Jika tidak kelihatan klik show all. tulisan sdr sangat menarik mohon dilink dilaman sdr. TQ
salam
penulisan sdr menarik
dan saya tlh pon link kan blog sdr
di blog saya
http://suaralensa.blogspot.com/
Post a Comment