Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Wednesday, January 5, 2011

Politik: Apa yang ko merepek ni MB oiiii!!!


Kenyataan Akhbar Istana Selangor
(dipetik dari blog: Melayu Pasir Gudang)


     Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.
Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Pada Majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.
Selain daripada itu, pada Majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.
Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor.
Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.
Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.
Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.
Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.
Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.
(DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI)
Tarikh : 4 Januari 2011
Komen Bingai:
Memang Bingai (MB) mereka-mereka yang mengaku bijak dalam undang-undang. Ternyata Paduka Tuanku lebih bijaksana dalam melaksanakan tugas baginda. Sepatutnya MB yang menasihati Tuanku tetapi nampaknya sekarang Tuanku yang TERPAKSA bagi kelas tambahan pada MB dan ADUN. Aku rasa speaker dewan yang dia orang lantik lagi bijak dalam soal ni.

SIAPA SEBENARNYA YANG BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI?

Jangan jadi kaduk naik junjung. Jawatan yang dipegang tu untuk 5 tahun saja dan sepatutnya berbakti kepada Paduka Tuanku untuk kesejahteraan rakyat. SUK tu penjawat awam yang dibayar gaji. Walau kominis, sosialis, ulama, kukubesi atau sesesiapa sahaja yang dipilih untuk MENTADBIR negeri, SUK tetap akan ada di situ untuk melaksanakan tugas dan dasar PENTADBIR! Kalau bahasa kasar, penjawat awam ni macam mesin. Sapa ON suis maka kepada orang tersebutlah mereka berkhidmat. Jadi, apa masaalahnya?
Kepada mereka-mereka yang tak sesuai dengan cara pemerintahan Tuanku, bawa-bawalah diri ke tempat lain. Banyak lagi orang Cina, Melayu, India, Indon, Myamar, Pakistan, Bangla yang sedia taat setia di negeri bertuah ini.

3 comments:

Badut Rakyat said...

itulah PEMBANGKANG semuanya tak puas hati.kalau orang UMNO naik nak bising-bising.ada ker orang PAKATAN naik orang UMNO nak bising-bising ??? senang cita Khalid Gagap ni nak orang dia semua naik kat selangor,itu jer tujuan dia.lepas tu nak kuat kan orang dia menuju ke PUTRAJAYA...

Kenn said...

Kenapa perangai biadap dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan sehingga melarat sebegini lalu?

Kerajaan, terutama sekali KDN perlu bertanggungjawab dalam hal ini kerana membiarkankan perkara ini berlarutan dan menjadi sewenang-wenang begini rupa.

Jeffry said...

KLU PENDERHAKA MCM KHALID DAN SUHAIMI NI JGN DI SIMPAN LAMA2. ADE BAIKNYE DI BUANG NEGARA JEK...HARKK PTUIHHHH!!! KEHKEHKEH

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun