Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Friday, November 12, 2010

Zaid Kene Kencing Tikus?

Dah beberapa hari aku nak sempoa ahli PKR tapi takde masa. Ntah macam mana aku terbaca N3 Agenda Daily dan rasa ini memudahkan sedikit cerita yang nak aku sampaikan.

Bila dengar cerita Zaid nak buat parti baru kalau dipecat dari PKR aku rasa itu adalah satu tindakan yang terburu-buru (atau memang dia seorang yang terburu-buru) bagi seorang peguam terkemuka dan berpengalaman. Sekiranya beliau merasakan dirinya seorang pejuang politik yang berprinsip dan seorang peguam, beliau seharusnya menentang arus yang menghalang perjalanannya. Cuba nilai sendiri apa yang Agenda Daily huraikan:

Katanya mengikut laman web rasmi PKR jumlah undi pusingan minggu ketiga yakni hujung minggu lalu Azmin Ali dapat 6,467 undi,Datuk Zaid Ibrahim 3,988 manakala Mustafa Kamil Ayub 1,215.

Dia pun campur undi yang Azmin,Zaid dan Mustafa dapat.Jawabnya 11,600.

Setakat minggu ketiga baharu 87 cabang (atau kalau parti UMNO sebut bahagian) yang sudah buat pemilihan.
Maka dia pun kira lagi 11,600 undi bahagi 87 cabang….dapat 134.

Kata kawan tu jadi purata 134 orang sahaja di satu cabang PKR yang buang undi.

Yang buat kawan kita gelak tu katanya bukankah PKR dakwa ahlinya 400,000 dan beri kuasa satu orang satu undi untuk tunjuk parti itu cukup demokratik sekali.

Kalau ambil angka purata maka 400,000 ahli bahagi 222 cabang PKR di seluruh negara…dapat 1,800.

Jadi sepatutnya ikut purata 1,800 orang di setiap bahagian yang keluar mengundi.Ni 134 orang saja.

Juga sepatutnya 156,660 orang yang keluar undi di semua 87 cabang tu…bukannya ciput 11,600 orang saja.

“Patutnya paling koman sekalipun purata 500 ke 600 orang ke keluar undi di satu cabang PKR…boleh tahan juga le…ini 134 saja.First time aku tengok satu pemilihan parti yang carca marba dan karut marut macam ni,”katanya.

Sebenarnya apa yang kawan kita kira tu selari dengan pengakuan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bahawa takat ni hanya 8 peratus saja ahli PKR yang keluar undi untuk pemilihan jawatan utama parti.
 
Jom kita letakkan angka tersebut dalam bentuk Jadual
PeneranganJumlah CabangJumlah AhliPurata 1 Cabang%
Cabang222400,0001,800100%
Yang sudah mengundi (sepatutnya)87156,6001,800100%
Yang sudah mengundi (berdasarkan jumlah yang diterima oleh Zaid, Azmin dan Mustapha)8711,6001347.145%

Jikalau trend seperti ini berterusan adakah keputusan ini merupakan keputusan mutlak ahli? Apakah pemimpin yang dipilih mempunyai mandat? Dan dengan penarikan diri Zaid kemungkinan jumlah yang keluar mengundi akan semakin berkurangan. Pengundian yang tidak dijalankan serentak juga boleh mempengaruhi ahli dan jumlah ahli yang akan datang mengundi kerana perkembangan keputusan diketahui dari masa ke semasa. (Mungkin pihak pentadbiran perlu mengambil perhatian sekiranya ingin memperkemaskan sistem Satu Undi Satu Ahli.)

Zaid sebagai seorang peguam yang berpengalaman sudah pasti tahu apa yang dimahukan oleh Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society). Ahli Jawatankuasa Pusat (office bearer) seharusnya dipilih oleh sekurang-kurangnya 50% daripada ahli kerana perubahan baru tersebut melibatkan mandat mengubah perlembagaan pertubuhan itu sendiri. Apakah nanti, Pendaftar Pertubuhan akan bersemuka dengan pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai mandat? Kalau mengikut perkiraan aku yang Bingai @ Bangang ini, dalam keadaan apa sekali pun keputusan yang akan berlaku tetap TIDAK SAH!

Berbanding dengan kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Walaupun beliau menang dengan undi minoriti (jika dicampurkan undi KT dan MM melebihi undi yang diperolehi oleh KJ) tetapi jumlah perwakilan yang mengundi (jika dicampurkan undi KT, MM dan KJ) melebihi 50% jumlah perwakilan. Ini bermakna kemenangan KJ adalah SAH.

Apa yang aku nampak di sini, walaupun Zaid menang sekalipun, kemenangan beliau masih boleh dipertikaikan dan dibatalkan. Ini bermakna pemilihan semula TETAP AKAN DIADAKAN kecuali tiada bantahan yang dibuat ke Pendaftar Pertubuhan.

Dan sekiranya Zaid benar-benar ingin menubuhkan parti baru, beliau seharusnya membawa perkara ini ke Pendaftar Pertubuhan. Dengan cara ini kedudukan parti PKR mungkin akan digantung atau dibatalkan bagi membolehkan beliau memperolehi lebih ramai BAKAL BEKAS ahli untuk menyertai beliau. Satu strategi yang mudah tetapi KEJAM! (Mungkin Zaid boleh menjadikan peristiwa perpecahan UMNO/46 sebagai bahan rujukan.)

Hanya satu cadangan bodoh dari Si Bingai @ Bangang

5 comments:

Anonymous said...

Pandainya ilmu hisab kamu guna sempoa. Boleh kamu ajar 'hands-on' kat Saipudin Nasution tu? Selama ni, kita asyik tengok dia guna magic dan silap mata aka kelentong macam tuannya raja pembohong no 1 tu..kita ada number, 16 sept, itu ini, begitu, begini, di situ, di sini,....

Ashley Ahmed said...

Salam,

dorg syok berdemo je bukan serius pun... PRU lepas pun nasib je sbb kelmahan BN... sbb tu Tun M kata bukan pembangkang menang, tapi BN kalah. dalam maknanya tu...

arif omar said...

BINGAI

"kalau ikut kelaziman, pemilihan tersebut dikira terbatal dan tidak sah kerana AJK Pusat yang bakal dipilih tak cukup mandat."

TERIMA KASEH ATAS PANDANGAN DI ATAS. MEMANG TAK CUKUP MANDAT. PUAS AKU CARI AYAT NAK TULIS AYAT TU DI BLOG SAYA SEMALAM. TERIMA KASEH KERANA PANDANGAN TERSEBUT. DAH TUA LUPA.

MEMANG KENA KENCING TIKUS SI ZAID TU.
PKR SEMUANYA PUN KENA KENCING TIKUS. ITU YANG TAK PANDAI METEMATIK

Bingai @ Bangang said...

Anon 11:18PM,
Nak ajar Saipudin? Dia lagi pandai. Orang baling kerusi dikata orang UMNO punya hal. Undi berubah dia kata silap teknikal. Aku ni siapa? Bingai @ Bangang! kah kah kah.

Junah,
Dulu demo anti-kerajaan. Sekarang demo anti-orang sendiri. Dah dia didik ahli dia begitu. BERDEMO!
Tapi memang betul kata kau. Kata-kata Tun M dalam maknanya. Pasal tu orang Melayu sekarang ramai tak paham sebab semua sekolah PJJ (main facebook jer).

Penghuni Gua,
Ko satu-satunya yang berani panggil aku Bingai! Terharu Gitu! hehehehe.
Aku pun dah tua gak tapi hati masih muda remaja belia. syyyyysssssshhhhhhhh..... Orang rumah ada kat sebelah.

Kenn said...

hmm...

PKR bertabur, tapi nampaknya yang menang DAP juga...

Mana orang Melayu dan Bumiputera ni?

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun