Satu percaturan politik yang menyonsang prinsip. Kadangkala kita terpaksa akur kepada suara ramai tetapi sebagai seorang yang berprinsip maka pemimpin itu yang seharusnya memimpin pengikut. Bukannya pengikut yang memimpin pemimpin. Sekiranya ini berlaku maka bolehlah diibaratkan si buta memimpin si celik di hari yang terang benderang.
Aku melihat senario politik semasa semakin bercelaru. Pemimpin semakin hilang fungsi. Ahli pula terbiar membuat tindakan. Maka dalam keadaan seperti ini orang seperti Zaid Ibrahim muncul dengan model politik yang dikatakannya progresif yang ingin diperkenalkan.
Zaid sememangnya seorang yang berprinsip dalam kepimpinannya tetapi mampukan kita menjadi pemimpin tanpa pengikut? Sepertimana beliau meninggalkan UMNO kerana merasakan tidak diperlukan oleh ahli di bahagiannya sendiri dan menyertai PKR selepas merasakan telah membuat pertimbangan yang wajar.
Mungkin sebagai seorang peguam, Zaid seorang yang hebat menelah undang-undang tetapi di dalam politik Zaid kurang berhati-hati di dalam menelah ahli dan pertubuhan yang disertai. Bolehlah diibaratkan seperti Zaid berdansa di pentas ronggeng. Menari rumba dengan lagu joget. Walaupun geraklangkah cha-cha dan zapin boleh disatukan namun tempo dan lenggoknya berlainan.
Cuba kita lihat Pak Lah selepas berlakunya perpecahan UMNO dan tertubuhnya Semangat 46. Walaupun terpinggir tetapi prinsipnya sebagai seorang aktivis UMNO ternyata kukuh. Beliau bukan sahaja tidak menyertai Semangat 46 atau mana-mana parti politik lain malahan mengambil masa bertenang. Sedangkan sekiranya beliau mahu, beliau boleh menjadi ahli Gerakan untuk terus bersama dengan BN atau menyertai PAS untuk menjadi pembangkang. Apabila diterima semula, beliau mengukuhkan kedudukkannya dengan sokongan ahli-ahli sehingga berjaya ke jawatan Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri.
Apakah Tun M begitu dangkal untuk memilih Pak Lah sebagai pengganti? Pemilihan Pak Lah adalah berdasarkan sokongan yang diterimanya dari perwakilan walaupun ketika itu DSN dilihat lebih berpotensi. Ini menunjukkan Tun M membuat pertimbangan berdasar kepentingan parti ketika itu. (Pemecatan DSAI pula berdasarkan kegagalan beliau menjaga peribadi sehingga mampu diheret ke mahkamah). Dan apabila diasak oleh perwakilan dan ahli akar umbi, Pak Lah meletakkan jawatan sebagai seorang pemimpin yang bermaruah. Samada gaya kepimpinannya tidak dapat diterima atau kepincangan pentadbirannya, beliau akur kepada kehendak ahli kerana yang penting bagi beliau ialah memastikan perjuangan parti tidak tergugat kerana beliau. Bukankah ini satu pengorbanan prinsip seorang pemimpin?
Mari kita lihat pula arwah Tun Ghafar. Seorang veteran politik UMNO yang semakin dilupakan tetapi TERPAKSA mengharungi semula ranjau demi memenuhi permintaan Tun M untuk menyelamatkan UMNO dan Malaysia. Suatu tindakan yang mengejutkan oleh Tun M untuk mengambil seorang Ahli Majlis Tertinggi menjadi orang kanannya sedangkan ketika itu UMNO masih mempunyai 2 Naib Presiden yang dipilih dan 2 Naib Presiden yang dilantik. Ternyata Tun M ingin memberikan masa untuk ahli membuat penilaian semula terhadap ke empat-empat Naib Presiden ketika itu sebelum menyerahkan PENTADBIRAN negara yang tercinta ini. Dan akhirnya arwah Tun Ghafar kecundang dengan permainan politik DSAI dan kerabunan ahli ketika itu.
Mungkinkah kita dapat melihat lagi seorang menteri "recond" yang sentiasa taat dan setia terhadap UMNO? (Tertanya-tanya juga aku bagaimana dengan Mike Tyson?)
Mungkin Zaid boleh menggunakan Ku Li sebagai model perjuangannya. Seorang yang juga orang Kelantan, berdarah raja malahan layak menaiki singgahsana sekiranya dipilih oleh Majlis Perajaan Negeri tetapi terus berbakti kepada rakyat. Mungkin untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri bukan lagi motifnya tetapi menggunakan UMNO sebagai wadah perjuangan politiknya untuk membela nasib rakyat. Walaupun pernah berpatah arang berkerat rotan tetapi kadangkala kita perlu mengorbankan prinsip demi membela nasib rakyat. Bukankah itu tujuan kita menyertai politik? Aku tetap tabik kepada Ku Li dan rakan-rakan seperjuangannya seperti Musa Hitam, Shahrir Samad dan Rais Yatim. Walaupun aku tidak pernah berada di dalam Semangat 46 aku masih menghargai perjuangan yang tidak pernah mereka lalaikan demi menyatupadukan orang Melayu dan memberi kekuatan kepada negara tercinta ini supaya dapat melindungi rakyatnya yang berbilang kaum.
Oleh itu aku mengesyorkan supaya Zaid kembali kepada UMNO. Aku tidak rasa pintunya sudah tertutup. Sekiranya dia seorang pejuang yang ingin memperkenalkan politik progresif caranya masih boleh dilakukan di dalam UMNO tanpa perlu memegang jawatan penting. Jawatan hanyalah satu panggilan dan boleh hilang pada bila-bila masa tetapi semangat perjuangan boleh dikembangkan kepada generasi yang akan datang. Mungkin Zaid boleh mencontohi Lee Lam Thye!!!! Seorang aktivis masyarakat yang terus berjuang walaupun di luar politik.
Percayalah bahawa setiap orang hidup dengan prinsip termasuk mereka yang menggelarkan diri mereka tiada prinsip kerana HIDUP TANPA PRINSIP itulah prinsip hidup mereka.
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
6 comments:
I like what you said bro...
"...pemimpin itu yang seharusnya memimpin pengikut. Bukannya pengikut yang memimpin pemimpin..."
ha! ha!
Zaid patut kembali kepada UMNO? hmmmm...?? Biar betul bro?
Kenn,
Terimakasih kerana setia ke blog aku. hehehe.. kata-kata di atas pernah aku lemparkan pada ahli Kesatuan Sekerja masa aku jadi pemimpin. Masa tu dia orang selalu arahkan aku meminta benda-benda ngarut.
Tang Zaid kembali ke UMNO tu hanya cadangan jer untuk dia buat pilihan kedua. Jadi macam Lee Lam Thye. AKTIVIS BEBAS! Kau ingat dia nak jilat balik ludah dia? dia dah kaya. main politik pun dok ngabis kan duit dia je.
Salam bro.klu tengok gaya dr hasil nukilan bro ni aku rasa bro ni baik sgtlah.xusik org lansong.xp nengok kat blog rodong2 lain rupanya bro ni kaki belasah gak.mcmmne pun very good artikel.salam perkenalan dr oRang kAmpong yg minat sgt tompang sekaki.
w'salam orang kampung,
kat blog aku, aku cuba bawak kelainan sebab yang ganaz-ganaz dah berlambak. nak cuba cara satira lak tapi kalau bab belasah tu bukan dalam blog je, kat luar pun aku tak peduli. tak kiralah YB ker ketua cawangan malah ketua bahagian pun aku belasah kalau tak betul.
Nak takut apa kan? asalkan niat kita ikhlas diharap segala yang dibuat mendapat keberkatan Allah SWT.
Anyway selalu-selalu lah mai kat sini. Takde blog sendiri ke? kalau ada bleh aku senaraikan dalam bloglist aku.
zaid x payah ler masuk balik. kalau masukpun buat orang menyampah dengan umno..zaid orang yang tak ada pendirian.
Pak Lah was an opportunist. When he was removed as Minister, dia nangis pasal tak ada orang bawak bag dan cermin matanya.
He lay low because ENdon tak kasi dia keluar join S46. Maybe you are too young masa tu.
Post a Comment