Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Friday, October 22, 2010

Tips untuk KJ?

Selepas mendengar ucapan merapu-rapu dari persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, aku benar-benar terpegun mendengar cebisan ucapan DSN pada upacara perasmian (Baca di SINI). Sebagai seorang yang pernah melihat saat perih UMNO dan melihat DSN dipapah turun dari pentas di tengah-tengah ucapannya di Padang TPCA Kg Bharu dulu, aku melihat DSN telah benar-benar bersedia menerajui negara ini. Anggapan beberapa orang bahawa DSN masih ingusan lagi adalah tersasar.

Tetapi apa yang ingin aku sentuh di sini ialah tentang Pergerakan Pemuda. Sebagai sayap terkanan dan seharusnya menjadi harapan parti, Pergerakan Pemuda ternyata masih tercari-cari tapak untuk memulakan langkah.

Mungkin telinga tua ini tersilap mentafsir ucapan KJ dalam Persidangan Pemuda terutama merujuk kepada meminta tanggungjawab dan peranan yang lebih diberikan. Ucapan ini ternyata membuat beberapa orang memberikan komen yang negatif.

Meminjam kata YB Zul: "Baiklah kita berbaik sangka" aku rasa permohonan tersebut adalah wajar. Cuma terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh KJ.

Sebagai seorang ketua yang terpilih dari kelompok minoriti (kalau dikira undi kemenangannya berbanding dengan jumlah perwakilan pemuda ketika itu) KJ sebaik mengesyorkan beberapa nama kepada DSN untuk diberikan jawatan yang sesuai terutama mereka-mereka yang pernah menyokong Dtk Khir Toyo dan Dtk Mukhriz Mahathir. Mungkin terdapat beberapa orang dari kelompok tersebut yang benar-benar berkemampuan.

Bagaimana dengan KJ pula? Ada di kalangan perwakilan pemuda yang menginginkan beliau diberikan jawatan menteri atau timbalan tetapi bagi aku masih belum sesuai. Bukannya kerana beliau tidak layak tetapi seperti yang aku katakan sebelum ini, sebagai pemimpin dari kelompok minoriti adalah lebih baik KJ  berkerja keras menyatupadu dan memperkukuhkan Pergerakan Pemuda terlebih dahulu. Tidak bermakna tanpa menjadi Menteri atau Timbalan maka tidak boleh berjuang dengan efektif. Chua Soi Lek telah membuktikan dengan berusaha menyatukan MCA walaupun tidak berjawatan menteri.

Seperti ucapan beliau sendiri "Pemuda bukan jenis yang mahukan jawatan" maka sikap tidak mementingkan diri sendiri adalah satu tindakan yang terhormat. Aku yakin di dalam pemilihan tahun hadapan beliau akan memperolehi sokongan yang lebih baik untuk beliau jadikannya sebagai senjata memperkuatkan UMNO itu sendiri. Sekiranya beliau gagal bermakna masih belum cukup usaha yang telah beliau lakukan.

p/s: Aku bukannya dalam PEMUDA kerana dah terbabas umur. Ini hanyalah pandangan dari seorang yang semakin rabun mata dan mendoakan kebaikan untuk semua pihak.

4 comments:

Admin CCZ said...

Salam..tua-tua kelapa orang kata..KJ ni susah nak terima nasihat orang..sejarah PEMUDA dari berbunga indah jadi kusam masam..

Kenn said...

Saya rasa tidak perlu saya ulas pasal KJ ni. Ianya agak terang lagi bersuluh. Ringkasnya KJ tidak sepatutnya berada di mana dia berada sekarang di dalam parti UMNO.

Anyways, dari apa yg saya dengar dan baca sepintas lalu - ucapan DS Najib adalah memberangsangkan. Suatu kelainan mengenai dirinya sejak menjadi Presiden UMNO.

Cuma saya berharap agar isi ucapan tersebut tidak hanya semata-mata kerana berdepan dengan ahli-ahli di PAU sahaja. Harapnya isi ucapan tersebut juga dilaksanakan diluar PAU. Lagi menyakinkan kalau ucapan yang semirip itu diucapkan juga dalam perhimpunan ahli-ahli MCA terdahulunya.

Lihat NEM. Di depan Perkas - Kongress Ekonomi Bumiputera, nada ucapan NEM terus berlainan dari yang sering diucapkan. Apakah saranan-saranan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak itu (terutamanya Bumiputera & Melayu) telah diambilpakai untuk memperbaiki NEM? Atau NEM masih juga diteruskan mengikuti landasan asal yang dikritik hebat itu?

Kita tidak mahu ucapan tidak serupa bikin. Anyways, kita tunggu dan lihat.

Kenn said...

Salam sejahtera bro B&B,

Saya telah muatkan cadangan Sdr. mengenai "Pesakit Yang Tak Sakit" di sini:-

- Sketsa - History of Obe City (KaBel-in-My-Mind Part 2)

Ini juga bersempena dgn matapelajaran Sejarah yang mesti lulus.

Terima kasih heheheeh...

Ashley Ahmed said...

Salam,

Biar masa menentukan.

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun