Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Thursday, October 7, 2010

PRK DUN Galas - Siapa Menghina Siapa Terhina

Panas!

Aku pun tak paham kenapa bila ada yang cadangkan Yang Mulia Tengku Razaleigh jadi calun DUN Galas maka ada suara-suara sumbang yang mengSUMBANGkan cadangan tersebut. Hina sangatkah jawatan ADUN tu? Tak sedarkah bahawa ini satu penghinaan kepada ADUN-ADUN yang lain di samping menghina tekad dan keperihatinan seorang berdarah bangsawan yang ingin berbakti terus kepada rakyat!

Tak baca sejarah ke? Sultan Alaudin pernah menyamar sebagai penyamun untuk memberkas pahlawan hebat Majapahit yang cuba memporakperandakan negeri Melaka? Mengapa tidak Ku Li menyertai ADUN di DUN Kelantan untuk memantau? Tahukah bahawa dahulu beberapa anak raja telah dilantik menjaga kawasan-kawasan kecil untuk memudahkan rakyat menyampaikan permasaalahan mereka terutama bagi kawasan yang berada jauh dari istana?

Sebagai seorang anak raja tidak semestinya menaiki takhta. Aku lagi suka malah mengesyorkan semua anak-anak raja yang tidak berpeluang menaiki takhta supaya berkecimpung dalam arena politik supaya dapat memberikan perhatian terus kepada rakyat setempat seperti Ku Li dan Al-Marhum Tengku Abdul Rahman.

Sebagai seorang ahli politik yang telah bekecimpung begitu lama termasuk dalam kerajaan, beliau sanggup mencemar darjat hanya untuk berbakti kepada rakyat. Dan sebagai seorang rakyat seharusnya merasa beruntung sekiranya dipimpin oleh seseorang seperti Ku Li. Malahan aku rasa adalah satu penghinaan kepada Ku Li sekiranya ada sesiapa yang bercadang untuk menentang beliau. Sekiranya parti politik lain ingin meletakkan calun maka sepatutnya meletakkan seorang calun yang sama darjatnya dengan Ku Li. Mungkin mereka boleh memujuk kerabat-kerabat yang lain untuk menyertai parti mereka dan menentang Ku Li. Barulah seimbang. Bukannya orang kebanyakan yang akan mendabik dada sekiranya berjaya menewaskan Ku Li.


Lebih ramai anak-anak raja berkecimpung dalam politik, lebih banyak peranan yang dapat diberikan kepada mereka. Dengan cara ini, lebih kurang pandangan serong terhadap tugas dan peranan mereka dalam PEMERINTAHAN dan PENTADBIRAN negeri/negara. Ini akan lebih menguntungkan rakyat kerana selain daripada mendapat seorang pemimpin dalam politik, rakyat juga akan dapat lebih mendekati istana yang merupakan PAYUNG negeri.


Janganlah kerana KONONnya ingin menjaga kemuliaan darjat Ku Li maka ada di antara kita yang menghina dengan cara halus! Sekiranya ini berlaku aku menganggap mereka ini sebagai duri dalam daging. Tetapi kalau tanpa menyedari hakikat ini dan melakukannya secara tak sengaja maka aku menganggap mereka-mereka ini sama seperti aku. BINGAI!!!!!!

6 comments:

WakJ Zoner said...

Salam..

Sebenarnya Pas takut kalah, itu sahaja..Cakap yg lebih2 tu cuma nk bagi kasi syok sikit hati pencacai mereka. Tak kira berdarah apa sekalipun bila dah terlibat dalam arena politik, semuanya sama, mana x betul kasi hentam.klu takut dilanda tohmahan..usah cerita pasal perjuangan..

pacat said...

betul tu wak!! PAS dah ketandusan idea untuk meraih simpati masyarakat. Isu sebegini jadi taruhan tetapi mereka menyerlahkan sendiri ketaksuban mereka kepada PANGKAT DUNIAWI.. Biarpon kerabat sekalipon ini lah antara cara untuk berkhidmat untuk masyarakat! Beza antara manusia disisi Allah adalah KEIMANAN!!

YANG GAMBI said...

PAS amay gelabah bila disebut Ku Li yang dipilih pucuk pimpinan UMNO... selama ini PAS rasakan Ku Li sudah duduk dalam jubah mereka..... tapi tak kurang juga dari kalangan UMNO yang bimbangkan Ku Li, bimbang kehebatan Ku Li kembali menyerlah...habislah peluang mereka...

Ashley Ahmed said...

Salam All,

Setuju sangat dgn artikel Tuan. Puak2 pembangkang ni, pa saja yg tak kena dgn mereka semuaaaaaaaaaaaaaaaa salah.

Tidakkah lebih hina LGE dinobatkan Khalifah?

Sudir said...

Yang Gambi,

Aku rasa adalah lebih elok begitu sebab akan menjadikan UMNO lebih bersih.

LeeAneem said...

sokong kata Sudir tu....mungkin Ku Li saje dpt tlg bersihkan UMNO yg byk kotornye nih.....

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun