Istimewa untuk CCZ - Sanggul Melayu yang setia mengunjungi blog aku. Oleh kerana dalam posting sebelum ini terdapat dialek-dialek Negeri Sembilan dan Minangkabau yang sukar untuk anda fahami, penulis buat sekali lagi posting tersebut tanpa dialek daerah.
Aku meletakkkan gelas teo-o panas di atas meja. Kerusi plastik berwarna merah itu aku tarik. Punggung kulabuhkan.
"Elok sangatlah kau ke mari." Bongok menoleh ke arah aku.
"Apa pula halnya, Ngok?"
"Kau cakapkan pada si Bebal ni," Rungut si Bongok.
"Bedal. Bukan Bebal." Aku membetulkan.
"Sama saja. Kalau orang kami sebutnya Bebal."
Aku menoleh ke arah Bedal. "Apa halnya, Dal?"
"Malas aku nak cerita. Panas!" Bedal merenyuk.
"Kau sajalah yang cerita, Ngok. Bunyi cakap korang berdua lebih kurang sama gak."
"Budak ni gaduh dengan mertua. Pasal anak."
"Laa.. Kan anak dia duduk dengan mak mertua dia."
"Memang laa. Tapi aku nak bela anak aku juga. Bini baru aku suruh ambil." Bedal bersuara.
"Takkan mak mertua kau tak bagi? Apa masaalah?"
"Takut cucunya didera maktiri."
Aku mengelengkan kepala.
"Itulah. Aku dah katakan dulu. Mertua hendaklah dijaga macam ibu. Degil! Bila dah macam ini mana mertua nak percaya."
"Kau tak tuntut mahkamah ke?"
"Dah undang-undang mengatakan hak nenek sebelah emak. Aku nak buat macam mana?"
Aku mengelengkan kepala. "Kau dulu macam mana, Ngok?"
"Aku sama saja. Bercerai mati. Tapi lepas tu mertuo kawinkan dengan waris arwah bini."
"Untunglah kau."
"Iyalah. Tu pasal aku suruh Si Bebal ni elok perangai." Bongok memandang ke arah Bedal. "Mak mertua macam ibu sendiri. Sama saja dosa kalau derhaka. Bila dah menikah dengan anak dia, putus tanggungjawab si perempuan. Tanggungan mertua terletak di kepala kita."
Aku termenung. Aku sendiri sering lalai menjalankan tanggungjawabku kepada mertuaku.
"Tu pasa kalau dekat tempat aku, selalu ganti tikar."
"Ganti Tikar?" Dahiku berkerut.
"Menikah dengan adik ipar." Bongok menerangkan. "Bila bini meninggal, mertua nikahkan dengan adik dia. Sayang pula nanti menantu dapat pada orang lain. Harta dituntut orang. Anak tak terjaga. Tu pun kalau jadi menantu yang eloklah. Kalau nak menikah dua pun mertua tak marah. 'Memang handal menantu aku' kata nya."
"Kenapa kau tak kawin dengan adik ipar kau?"
"Nak menikah macam mana? Arwah bini aku dulu anak bongsu. Kakak dia dah lisut." Bongok menyeringai.
Aku ketawa. Si Bedal yang tengah bengang hanya tersengih.
"Apa kau dah buat dengan mertua kau, Dal? Takkan sampai begitu sekali marah dia sampai kau nak bela anak kau sendiri pun dia tak bagi."
"Takdo apa-apa pun. Tu yang aku marah ni."
"Memanglah. Takda dosa kau pada mertua tapi dosa pada arwah bini macam mana?" Bongok menyampuk.
"Dosa kat arwah bini kau?"
Bedal mendiamkan diri. Aku menoleh ke arah Bongok untuk mencari pengertian.
"Masa arwah tu hidup lagi si Bebal ni asik mengurat janda lama beranak empat. Rumah dia tak jauh dari rumah mertua."
"Laaaa.. Kalau nak menggatal pun carilah jauh sikit. Yang sekampung dengan arwah tu gak yang kau cari."
Bedal bersuara perlahan sambil menundukkan kepalanya. "Nak buat macam mana? Cinta lama tak boleh lupa."
"Kau tu yang bebal." Bongok mengutuk.
Aku hanya sengih. "Memanglah kau ni menantu hantu!"
Moral:
Ibu mertua adalah mahram bagi kita. Tidak batal air sembahyang. Jadi, jagalah ibu mertua kerana sebagaimana kita berdosa kepada ibu sendiri begitulah kita berdosa kepada ibu mertua. Semoga hidup kita ini diberkati Allah SWT.
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
3 comments:
jom tgk blog ikan keli....macam2 ada..semua cerita tentang ikan keli...jom....
Salam B&B..Hehehehe..Baru faham baca..Hari tu CCZ tak dapat tangkap langsung. Mungkin sebab permulaan cerita saja sudah ada dialek yang CCZ tak faham. Berkerut-kerut CCZ baca. Itu sebab CCZ tinggal mesej tu. Tq my fren..B&B memang banyak idealah dalam penulisan berbentuk masyarakat...Best. Lagi sekali tq..Jangan jadi menantu hantu sudah...hehehehehehe..
Salam ziarah..
Menarik jalan cerita, kelakar..Nasib tak di tambah lg 1 watak..iaitu si dunggu..pe pun syangi mertua masing2..slmt berpuasa
Post a Comment