Sebahagian daripada posting ini aku ambil semula daripada komen-komen yang aku berikan di blog House PK (Klik Di Sini). Terima kasih kepada House PK kerana menyiarkan komen aku. Oleh kerana komen itu dibuat dipentas terhad berkemungkinan berlaku salah faham. Oleh itu aku buat semula komen tersebut dalam posting yang ini dengan beberapa pembetulan.
Dinar emas yg dimaksudkan oleh Tun M dahulu sebenarnya bukanlah matawang baru untuk menggantikan ringgit tetapi nilai sandaran ringgit yang selama ini bersandarkan kepada Dollar Amerika. Sebab itu banyak negara tidak bersetuju kerana kebergantungan terhadap perdagangan dan pertukaran wang asing dengan Amerika.
Tun mengajak negara-negara lain terutama dari benua Arab/Timur Tengah untuk menjadikan Dinar Emas yang berasaskan harga emas di pasaran dunia sebagai nilai pertukaran matawang setiap negara. Ini disebabkan nilai emas tidak boleh dimanupulasi oleh penyangak ekonomi/matawang kerana naikturun nilai emas lebih kukuh berbanding Dolar, Euro ataupun Yen.
Apa yang Nik Aziz lakukan hanyalah menukar wajah matawang bukan nilai sandaran.
- Apakah dinar emas itu benar-benar diperbuat daripada emas tulin? Mungkin tidak atau menggunakan emas terpakai.
- Apakah penggunaan dinar emas/perak ini telah mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri?
- Apakah penggunaan dinar emas/perak ini telah mendapat perkenan Ke Bawah Duli Paduka Sultan Kelantan?
Dan seperti terdapat unsur-unsur penghinaan kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung yang memperkenankan penggunaan ringgit semenjak daripada almarhum DYMM Yang Di Pertuan Agung yang pertama.
Cuma aku tak faham bagaimana beliau memberikan nilai dinar emas/perak sedangkan setiap negara/negeri yang mempunyai matawang sendiri perlu mempunyai simpanan emas di Bank Dunia untuk menentukan nilainya. Sekiranya matawang tersebut hanya digunakan di dalam negeri maka Kelantan perlu mempunyai simpanan di BANK NEGARA untuk penentuan nilai berbanding ringgit. Sekiranya tiada maka dinar emas/perak yang diterima oleh kakitangan kerajaan sebagai gaji pun TIDAK BOLEH diperlakukan di negeri-negeri lain dalam Malaysia kerana matawang tersebut tidak diakui termasuk dari segi nilai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Adakah ADUN-ADUN di Negeri Kelantan juga dibayar elaun mereka menggunakan dinar termasuk Menteri Besar?
Ini macam ilmu buat duit pokok pisang zaman Jepun. Yang untung ialah:
- Syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana menggunakan duit rakyat untuk membuat dinar!
- Penggurup Wang tak bertauliah yang mungkin mengenakan caj berlebihan kerana mereka tidak dikawal oleh Bank Negara Malaysia
Aku pernah dengar sebuah syarikat yang pernah mencuba memperkenalkan e-Dinar di zaman Tun M tetapi ditolak oleh kerajaan. Ini disebabkan cadangan syarikat tersebut untuk menggunakan ringgit Malaysia dan ditukar ke dalam jongkong emas yang disimpan di dalam bank persisir pantai seperti di Kepulauan Carribean (yang berkemungkinan adalah bank penjenayah). Bukannnya di Bank Dunia. Sekiranya Kelantan menggunakan khidmat yang sama maka dapatkah dijamin keselamatan simpanan emas tersebut? (Atau adakah Negeri Kelantan telah dipengaruhi oleh syarikat yang sama?)
Apa yang aku risaukan ialah apabila pengeluaran dinar emas/perak ini tidak dibuat bersandarkan mana-mana simpanan maka pengeluarannya akan jadi berlebihan dan jatuh nilai. Di samping itu pihak kerajaan negeri boleh terus mengeluarkan matawang tersebut untuk membayar gaji kakitangan mereka walaupun matawang tersebut sudah susut nilai atau tidak laku kerana kemungkinan ketika itu pendapatan kerajaan negeri merosot.
Dapatkah anda bayangkan apakah nasib kakitangan kerajaan yang menerima gaji menggunakan dinar tetapi tidak boleh menggunakannya di negeri-negeri lain SELAIN dari KELANTAN sahaja? Dapatkah anda bayangkan nasib peniaga-peniaga yang menerima dinar tersebut dari urusan jualbeli tetapi tidak boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan atau bekalan perniagaan dari negeri-negeri lain?
Apakah anda yang menggunakan ringgit mahu mendapat tukaran dinar ketika berbelanja di Kelantan? Apa akan jadi dengan sektor perlancungan di sana? Bagaimana dengan orang Kelantan sendiri yang ingin mengirim wang perbelanjaan untuk anak-anak mereka yang belajar di luar Kelantan? Mahukan pejabat pos menerima sebagai kiriman wang? Mahukan Bank-Bank Perdagangan menerima untuk simpanan/pemindahan wang?
Sememangnya terdapat di negeri China yang mempunyai dua matawang. Satu matawang antarabangsa (Renminby) dan matawang dalam negeri (Yuan). Penggunaan dua matawang ini dilakukan untuk mengawal pengaliran keluar matawang negara. Tetapi kedua-dua matawang tersebut dikeluarkan dan dikawal oleh Bank of China. Nilai Yuan pula bersandar kepada matawang Renminby maka pertukarannya dengan Renminby adalah sah walaupun ianya tidak boleh ditukar dengan matawang antarabangsa yang lain.
Persoalan Pengurusan:
- Siapakah yang bertanggungjawab terhadap nilai dinar?
- Apakah negeri Kelantan mempunyai Bank Negeri sendiri yang mempunyai Gabenor?
- Bolehkah matawang tersebut ditukar kepada ringgit/matawang asing di luar Kelantan sekiranya Bank Negara tidak memperakuinya seperti ketika membeli bekalan di Thailand?
- Bolehkah dinar digunakan untuk membuat pembelian keperluan import?
- Bolehkah dinar digunakan untuk membayar bil-bil semasa seperti TNB, Air, Cukai Jalan, Cukai Pendapatan dan sebagainya?
- Bolehkah dinar digunakan untuk membeli minyak petrol/tiket kapalterbang ke umrah?
- Bolehkah dinar digunakan di kedai/syarikat franchise?
- Kakitangan kerajaan negeri
- Peniaga-peniaga yang memerlukan bahan yang tidak diperolehi dari dalam negeri.
- Petani-petani yang perlu membeli baja dan racun serangga.
- Rakyat jelata.
Ada 4 jenis kelemahan manusia dalam keilmuan:
1. Orang yang bodoh
2. Orang yang tak tahu
3. Orang yang tak mahu tahu
4. Orang yang leka.
TGNA bukanlah seorang pakar ekonomi lalu bolehlah kuanggap sebagai orang yang tak tahu. Bagi seorang pemimpin seperti ini dia sememangnya memerlukan 'ThinkTank'.
Dan terdapat dua jenis 'ThinkTank' yang perlu kita amati:
1. Berfikir untuk sejagat
2. Berfikir untuk diri sendiri.
Tun M juga pernah terleka dalam merealisasikan matawang dinar untuk dunia Islam. Kerana itu dia memerlukan 'ThinkTank' seperti Kakitangan Kementerian Kewangan, Penasihat Ekonomi dan Pasukan Bank Negara Malaysia untuk melakukan penyelidikan.
Jadi, sebagai rakyat yang perihatin terhadap masa depan rakyat DAN diri sendiri, sebaiknya anda cuba menjawab soalan bangang yang si Bingai ini utarakan di atas. Untuk mentafsirkan perkataan 'methodology' sendiri tak mampu aku huraikan. Persoalan yang lebih hebat bukan layak si Bingai ini untuk bertanya kerana terdapat pakar-pakar yang lain. Dari sudut perundangan adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk memberikan penerangan. Mungkin beberapa akta perlu dirujuk seperti:
- Akta pengubahan wang haram
- Akta sistem pembayaran
- Akta Pertukaran Wang
- Akta mesin cetak
- Pengiriman Wang
- Penerimaan Deposit
- Penerbitan/pengedaran wang palsu
Sekiranya kerajaan Kelantan mempunyai peruntukkan kewangan yang begitu banyak untuk dijadikan cagaran/sandaran terhadap dinar berbanding matawang asing, adalah lebih baik wang tersebut digunakan untuk membangunkan semula KOHILAL. Sebagai sebuah koperasi berdaftar (masih lagi berdaftarkah?) KOHILAL boleh menggunakannya sebagai modal untuk melaksanakan beberapa projek. Mungkin KOHILAL boleh dijadikan PEMBEKAL SETEMPAT untuk Negeri Kelantan dan mengeluarkan dinar seperti sistem baucer tunai (Cash Voucher). Dengan cara ini lebih mudah untuk kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada rakyat di samping membantu KOHILAL untuk mendapat keuntungan yang juga akan diagihkan kepada pelabur/ahli.
Rujuk:
- Another Brick in the Wall - Kelantan's Gold Dinar mere political hype
- The Blog of The Gold Dinar and Muamalat by Umar Vadillo - Statement On The Shariah Currency and Legal Tender
- Dinar Emas DotCom - Piawaian Persatuan Dinar Emas Sedunia
- The Unspinner - Dinar emas gimik sahaja...Ariffahmi ada share?
- Another Brick in wall - Umar Vadillo answers ABITW
- Another Brick in wall - Kelantan's Gold Dinar mere political hype
- On Da Street - Ringgit Malaysia vs Dinar & Dirham (Kelantan)?
- OutSyed The Box : Part 1 Dinar Kelantan: Dah Silap Kira, 'Bang'
- OutSyed The Box: Part 2 Dinar Kelantan: Dah Silap Kira 'Bang'
- OutSyed The Box: Part 3 Dinar Kelantan: No Guarantee By Nik Aziz To Buy Back The Dinar!
- House PK: Dinar Emas - Idea Siapakah Yang PAS Guna?
- Selangor Daily: Dinar dan Dirham Untuk Kepentingan Politik Husam
- Kijang Jantan: Dinar, Dirham - Pergeseran baru Kelantan dengan Pusat?
- Kijang Jantan: Nik Aziz Terpaksa 'Telan' Kata-Kata Dr. Mahathir
- Kijang Jantan: Kerajaan PAS Kelantan Akhirnya Akan Persalahkan Kerajaan Pusat
- Aspirasi Bangsa: "Pak Arab pun bagi respon Dinar Emas negeri Serambi Mekah!!!"
- Jutawan Emas: kenapa-dinar-emas-kelantan-susah-untuk-didapati
- Malaysia Today: DAP diminta jelaskan isu perdangan dinar emas Kelantan
- Wikipedia: Dinar Emas Kelantan
- Utusan Malaysia: Duit emas, perak Kelantan boleh dianggap memalsukan matawang?
24 comments:
Good post Bro!
Kita semua sudah maklum, kalau yang baik tu, bukannya nak bagi pernghargaan. Tapi kalau yang tak baik tu, akan habis-habisanlah mereka itu akan mengutuk.
Dalam hal ini, nampaknya Dinar Emas ini lebih bermotifkan politik. Perlaksanaan matawang ni adalah perkara rumit dan memerlukan banyak kajian dan pandangan ramai experts, bukan hasil hasil perbincangan ahli-ahli politik dan pihak-pihak yang mungkin ada kepentingan tersendiri.
Contohnya matawang Euro. Bukan senang utk meneribitkan sesuatu matawang itu.
salam tuan blogger...
aku agak tak paham sikit dengan isu dinar mas kelantan ni...
yang aku tahu ialah kerajaan negeri kelantan nak bayar gaji pekerja diorang guna dinar mas dan dirham kelantan...betul?...
kalo ikot kepada pemahaman aku yang bingai ni
kalo dinar mas kelantan ni menepati syarat2 dinar mas yang rasmi sbg contoh berat dan jenis mas maka rasanya tak apa la kot
sebab rasanya kalau macam tu dinar mas kelantan ni boleh laku dan mungkin kerajaan kelantan boleh buat pendapatan sampingan sebagai penjual dinar mas
tapi kalau nak banding kepada harga pasaran, macam x adil pula...walaupun harga emas kukuh...tapi tetap ada turun naiknya
katakanlah gaji pekerja tu sebulan 1 dinar,
takkan la gaji bulan ni nilainya rm2500
tetiba gaji bulan depan jadi rm2300 sebab harga emas turun?...
itu semua kalau betul la dinar mas kelantan tu boleh diperakui...
tolong betulkan pemahaman ak sebagai org yang tak tahu ini...
mengarut la kjaan klantan ni. politik hanyir semata2.
lagi pun ramai yg kena tipu meniaga emas konun secara MLM, puak2 pas juga. padan la muka korang.
puak2 PAS ni mcm2 yg diaorg kena tipu, kunun saham lembu la, swiss cash la, lintah la, semua gunakan islam nak dapat modal.
bila dah dapat duit,,....terus senyappp. berkat ajaran nik aziz. padan muka korang.
zek
Salam B@B..pinjamkan artikel ni ye...lagipun memang yang diutarakan B@B adalah perkara yang sama bermain di fikiran tapi belum datang dalam bentuk yang betul-betul kemas dan mantap macam artikel sdra...
Kalau aku nak bayar sebungkus tomyam ayam kat kedai di Kelantan tu, berapa wang dinar emas atau dirham aku kena bayar ni??? Takkan satu dirham kot, mahal tu... ada satu dirham sama nilai dengan RM4.50???
Nak beli burger pula, kena bayar satu dirham juga ke?? Langsung tak munasabah... pemikiran terbodoh siapa la ni???
Bro Kenn,
Memang dalam isu matawang melibatkan politik dan ekonomi tetapi yang pentingnya ialah praktikal atau tidak. Selepas zaman tukaran barang (barter trade), ketulan emas/perak digunakan sebagai matawang sebelum ditukar pula kepada kepingan kertas dan syiling yang lebih mudah. Asal dulu nilai matawang berdasarkan simpanan emas sesebuah negara di Bank Dunia sebelum ianya didagangkan di pasaran matawang. Yang menjadi persoalannya ialah pengiktirafan (sudut undang-undang adalah hak BNM yang jawab). Kalau Malaysia tidak mengiktirafkan maka duit tersebut hanya laku seperti pajak gadai (barter trade). Bolehkah rakyat menerima hakikat bila matawang tersebut haus, sumbing dan kurang berat apabila ditimbang disusut nilai? Dan kalau nak bawa dinar bernilai RM1000.00 maka perlukah kita menggunakan uncang seperti cerita cina?
EURO adalah satu cara EU mengawal matawang mereka dan mengambil masa bertahun untuk dilaksanakan. Ironinya negara yang mencadangkan matawang tersebut (England) sendiri enggan melupuskan POUND walaupun menggunakan EURO sebagai matawang alternatif.
Jepun telah mengesyorkan negara-negara Asia mempunyai satu matawang untuk memudahkan perdagangan. Kita lihat apa yang akan terjadi.
Tun M mengesyorkan dinar emas kepada negara Arab supaya Barat tidak memanupulasi harga minyak yang merupakan dagangan utama dunia tetapi gagal.
Anon August 17, 2010 1:57 PM
Aku pun bingai macam ko juga sebab tu dalam posting aku tu banyak persoalan. Tapi tang soalan ko tu rasanya aku boleh jawab kot? hehehe
Kalau diiktirafkan, nilai dinar dan dirham tidak turun atau naik untuk penggunaan dalam negara selagi ianya disokong oleh simpanan emas. Yang naik hanyalah harga barang (turunnya belum pasti. hehehe) Cuma yang jadi haru bila kerajaan negeri sendiri dah tak ada duit mereka akan terus mencetak duit untuk membayar gaji pekerja. Siapa yang kawal? Kalau masuk bank boleh guna ATM tak? Atau ATM baru macam mesin slot Jack Pot?
Anon August 17, 2010 2:08 PM
Bukan puak-puak PAS sahaja yang suka kena tipu tapi semua yang tamak mencari keuntungan cara mudah. Akhirnya kita akan dengar bahawa beli nombor ekor itu pun tidak haram kerana ianya adalah salah satu daripada USAHA.
CCZ
Besar hati ini bila CCZ nak pinjam. Ambil je terus. hehehe
Memang sebaik-baiknya diwar-warkan supaya rakyat lebih memahaminya.
shonzu
yang tu dari segi nilai. mungkin kerajaan negeri Kelantan akan keluarkan setengah dirham dan suku dirham. Kalau tak juga, kira halal sajalah yang lebih tu. Masa akad beli barang tu sebut "Keep the change!" dengan hati yang menyumpah. hehehe
Ulasan yang bernas dan tepat sekali. Memang tidak practical. Tetapi saya rasa biar dia orang teruskan.
Yang berguna terkeluar dari mulut mereka ialah "cabondioxide" untuk rumput2 benafas. Lain tu hampas..
lagu kayu ada macam-macam kayu kayu basah, kayu idup ,kayu mati emas juga sama ada emas sepuluh, emas paun, emas 916, EMAS ZHULIAN, EMAS MYDIN DAN FOOL'S GOLD.SO THE BIGGEST LOSER IS? THE KELANATANESE OF COURSE.
hehehe... Pas terpaksa pinjam idea Tun Maha"firaun" untuk secebis publisiti murahan. kekeringan isu...
Post yg mantap bro..
Salam, saya mohon untuk disalin artikel ini untuk blog saya.
Terima kasih juga kerana merujuk ke blog saya.
SELAMAT BERPUASA!
Satu pos yang menarik!!
Alangkah manisnya kalau kerajaan negeri Kelantan mengimplimentasikan pembayaran gaji/biasiswa/pinjaman kepada semua rakyat Kelantan yg bekerja/belajar di dlm atau di luar ng Kelantan dgn dirham dan dinar serta merta. Ramai rakyat Kelantan pun bukan kerja di Kelantan.
http://umarvadillo.wordpress.com/
http://www.dinar-emas.com/
Terimakasih Mohamad,
Link tersebut telah saya letakan bersama post ini.
Salam tuan,
Satu posting ilmiah yang baik. Teringat zaman belajar perihal dinar emas dulu. Berbuih prof menerangkan...heh.
Masalah dollar akan selesai jika ia kembali merujuk simpanan nilai emas/perak or a combination of the two before 1974. Tp sbb nixon nak selesaikan masalah gaji buruh us, maka since then usd floating ikut market demand.
Persoalannya, jika dinar/dirham Kelantan tdk bersandarkan kpd nilai rizab emas, adakah permintaan terhadap mawatang itu sgt tggi sehingga memungkinkan kerajaan negeri mengeluarkan matawang baru? Atau kerajaan Kelantan konon nak apung matawang dinar/dirham tu dan berharap nilainya akan naik?
Kadang2 kelakar memikirkan orang yang kononnya rasa diri terlebih pandai ni.
Di Kelantan banyak sgt simpanan emas ke? Tak tahu pun sebelum ni.
ak x tahu la niat TGNA buat dinar emas ni bermotifkan politik or x, sbb kite sbgai manusia xkan dapat tau niat org lain.. dinar emas ni sunnah nabi, so korg lau x setuju pun, jgn la pakat2 kutuk.. ni ak bg kat korg link sal islam n sistem kewangan antarabangsa, dgr semua 12 part, dgr dan selamat beramal..
http://www.youtube.com/watch?v=CWTe5yF2fk0&feature=related
Wahai semua orang-orang yang cerdik pandai. Tengok pada hujah masin-masin seperti boleh menjadi peminpin Negara. Cuba bagi satu edia yang baik bagaimana nak uruskan ekonomi Negara kita supaya sara hidup rakyat menjadi rendah. Tak usahlah kita komen berapi-api atas usaha orang lain yang nampaknya bukanlah jahat sangat tu, sedangkan diri kita sendiri tidak buat apa apa untuk kebaikan Neraga kita yang tercinta ini.
Kelemahan kelima manusia ialah mempunyai ilmu tapi menunjuk.
Sila rujuk untuk maklumat lanjut:
http://www.islamicmint.com/news_articles/articles/statement_castineria.html
Matlamat utama pengembalian dinar ialah menengembalikan semula nilai sebenar wang yg sebenar berbanding manipulasi wang kertas.
Mengembalikan semula zakat, dgn membayar dgn wang sebenar dan bukan kertas apatah lagi melalui sms.
Dan yg paling penting ialah menhapuskan riba yg berleluasa, danulama2 bank yg mengkomersialkan islam untuk matlamat peribadi dan bukan lagi ummah.
Dinar itu sendiri sgt ringan, lebih ringan dari RM1 yg skrg dah pun diganti dgn kertas, cuba lihat sendiri dinar itu sebelum membuat kesimpulan sendiri.
Emas diharamkan di US dan diganti dgn kertas yg tiada nilainya & boleh dinaik & turunkan nilainya sewenang2nya sehingga berlaku krisis matawang, bukan sekali bukan 2 kali tapi 3 kali & pasti bnyk yg menanti.
Dinar bukan legal tender kerana dinar itu sendiri legal/sah kerana nilainya sebagai emas yg tidak boleh dimanipulasi nilainya, walau selama mana disimpan, nilainya sentiasa sama & semakin naik.
Yg pasti jgn terperangkap dgn sistem kapitalisme sebaliknya, kembali kepada sistem yg sebenar iaitu Islam, yg tidak mengharamkan riba & penindasan (Dalam hal ini,penindasan terhadap bukan saja sistem kewangan, tapi ekonomi negara itu sendiri bila memilih IMF)
Dan kalau hanya melihat kelantan sahaja, sila lihat video ini & fahami kenapa kelantan buat begitu sebab bukan kelantan sahaja yg mulakan usaha mengembalikan dinar & dirham tapi juga di cilincing,Indonesia & beberapa lagi negara lain.
Kalau google alternative currency @ community currency, semakin bnyk negara di komuniti masing2 memperkenalkan alternatif kepada Dollar..hanya kerana nilainya yg sudah tidak lagi relevan kerana manipulasi matawang oleh orang2 seperti Soros, orang yg sama yg menjadi punca krisis matawang dunia.
Di US,Canada,UK,Europe, semakin banyak diperkenalkan, kenapa tidak Kelantan? Kenapa tidak Malaysia? Dinar ini bukan Dinar Iraq mahupun Dinar Arab Saudi yg dibuat dari kertas tapi Dinar yg dibuat dari EMAS, dgn berat 4.25g yg sama digunakan semasa zaman Rasulullah SAW.
Riba hari ini semakin berleluasa sepertimana zaman Rasulullah SAW kerana itu turun ayat Al Quran yg memerangi riba. Jadi mengambil iktibar dari keadaan itu, maka kita sebagai Ummah Nabi SAW sewajarnya memerangi riba habis-habisan di mana riba zaman sekarang lebih dahsyat diamalkan berbanding zaman Rasulullah SAW.
Berikut adalah link kepada video yg aya maksudkan, video ini dibuat oleh tv di HOLLAND, negara BUKAN MUSLIM, negara yg sama dikatakan menghina Nabi SAW tapi negara yg sama ini lah yg skrg sedar tentang riba wpun bukan Muslim:
Tajuk: Time For Change
http://www.youtube.com/watch?v=IqpVe9kNbhg
rujuk juga: Zeitgeist agar mudah memahami dari aspek global bukan local sahaja:
http://www.youtube.com/watch?v=_dmPchuXIXQ
SETELAH SAYA MEMBACA KOMEN KOMEN YANG DIBUAT SAYA DAPATI MEREKA TIDAK CUBA MENGGUNAKAN FIKIRAN YANG WARAS. SAYA DAPATI SETENGAH MEMPERCAYAI SEPENUHNYA PENULIS YANG MENGHENTAM KERAJAAN KELANTAN. OLEH ITU SAYA SYOR/CUBA ANDA SENDIRI BERHUBUNG PIHAK BERWAJIB BARU TAHU KEDUDUKAN SEBENARNYA DINAR EMAS YANG TELAH DILANCARKAN OLEH KERAJAAN KELANTAN
dalam wang kertas ada unsur riba'. masih bersekongkol. ayat pertama Quran berkenaan dgn 'membaca' dan antara ayat terakhir Quran adalah berknaan riba'. saudara tahu apa balasan kpd riba'?
2 tahun kemudian semenjak pelancaran dinar kelantan, harga dinar emas melonjak dari RM450 lebih dari RM850 (Ogos). nampaknya pengeluaran yang berlebihan telah 'jatuh' nilai spt yg penulis jangkakan. Berapa tinggi ya nilai dollar sekarang?
Sy sokong gn idea saudara..
Sy de soalan..
Dinar adalah emas.. Jka saudara kata ia tidak beharga spertimana duit monopoly, ini bermaksud emas tiada nilai la nnti ya? Hehe
Mcmmane ye emas tu jd xnilai?
Emas kot, bkn nye kertas..
Ye mmg mungkin kalo tuk beli brang xde nilai, tp kalo dijual mcm leh dpt duit je kn..
Mcm pelekkn bunyi mende yg de value, leh jd xbeharge, tlg jwb.
Post a Comment