Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Sunday, August 15, 2010

Menantu Hantu


Aku meletakkkan gelas teo-o panas di atas meja. Kerusi plastik berwarna merah itu aku tarik. Punggung kulabuhkan.

"Elok bana la wak-ang ka ken  (ke mari)" Bongok menoleh ke arah aku.

"Apa pula halnya, Ngok?"

"Wak-ang koba an kek si Boba ni," Rungut si Bongok.

"Bedal. Bukan Bebal." Aku membetulkan.

"Samo yo. Kok urang awak kecek ee BOBA (Bebal)."

Aku menoleh ke arah Bedal. "Apa halnya, Dal?"

"Maleh den nak ceghito. Paneh!" Bedal merenyuk.

"Kau sajalah yang cerita, Ngok. Bunyi cakap korang berdua lebih kurang sama gak."

"Paja ko gaduh yo mentuo. Pasal anak."

"Laa.. Kan anak dia duduk dengan mak mertua dia."

"Memang laa. Tapi den nak bolo anak den yo. Bini baru den suruh amik." Bedal bersuara.

"Takkan mak mertua kau tak bagi? Apa masaalah?"

"Takuit cucu ee di doro maktiri."

Aku mengelengkan kepala.

"Tu teh. Wak-den dah koba an dulu. Mentuo nak dijago bak bundo. Daghie! Bilo dah camni mano mentuo nak pacayo."

"Kau tak tuntut mahkamah ke?"

"Dah undang-undang ngatokan hak nenek sebolah omak. Den nak buek camno?"

Aku mengelengkan kepala. "Kau dulu macam mana, Ngok?"

"Wak-den samo yo. Bacarai mati. Tapi lapeh tu mentuo kawinkanwak-den ngan warih arwah bini."

"Untunglah kau."

"Iyolah. Tu pasa wak-den suroh Si Boba ni elok laku." Bongok memandang ke arah Bedal. "Mak mentuo cando bundo sendiri. Samo yo doso kok dahako. Bilo dah menikah yo anak ee, putuih tanggungjawab si pidausi. Tanggungan mentuo talotak kek kepalo kito."

Aku termenung. Aku sendiri sering lalai menjalankan tanggungjawabku kepada mertuaku.

"Tu pasa kok kek tampek wak-den, selalu ganti tika."

"Ganti Tikar?" Dahiku berkerut.

"Menikah yo adik ipar." Bongok menerangkan. "Bilo bini meninggal, mentuo nikah an yo adik ee. Sayang lak nanti menantu dapek yo urang lain. Harto dituntuit urang. Anak tak terjago.  Tu pun kalau jadi menantu yang elok la. Kut nak menikah duo pun mentuo tak marah. 'Memang handa menantu den' kato nyo."

"Kenapa kau tak kawin dengan adik ipar kau?"

"Nak menikah camano? Arwah bini wak-den dulu  anak bungsu. Kakak ee dah lisuit." Bongok menyeringai.

Aku ketawa. Si Bedal yang tengah bengang hanya tersengih.

"Apa kau dah buat dengan mertua kau, Dal? Takkan sampai begitu sekali marah dia sampai kau nak bela anak kau sendiri pun dia tak bagi."

"Takdo apo-apo pun. Tu yang den marah ni."

"Memangla. Takdo doso wak-ang kek mentuo tapi doso kek arwah bini camno?" Bongok menyampuk.

"Dosa kat arwah bini kau?"

Bedal mendiamkan diri. Aku menoleh ke arah Bongok untuk mencari pengertian.

"Maso arwah tu idup laie si Boba ni dok ngendeng jando lamo beranak ampek. Ghumah ee tak jauh dari ghumah mentuo."

"Laaaa.. Kalau nak menggatal pun carilah jauh sikit. Yang sekampung dengan arwah tu gak yang kau cari."

Bedal bersuara perlahan sambil menundukkan kepalanya. "Nak buek camno? Cinto lamo tak buleh lupo."

"Wak-ang tu yang boba." Bongok mengutuk.

Aku hanya sengih. "Memanglah kau ni menantu hantu!"

Moral:
Ibu mertua adalah mahram bagi kita. Tidak batal air sembahyang. Jadi, jagalah ibu mertua kerana sebagaimana kita berdosa kepada ibu sendiri begitulah kita berdosa kepada ibu mertua. Semoga hidup kita ini diberkati Allah SWT.

5 comments:

Admin CCZ said...

Aduh B&B...gue ngak faham dong...

Bingai @ Bangang said...

mak aiii... lajunya masuk sini CCZ.
hehehehe..
kene baca slo slo baru faham.

1Malaysia 1KedaiKopi

Unknown said...

Salam,
Mana dapat foto tu? Kesian tengok yang si lelaki tu? Silap-silap boleh patah tengkok. Baru menyesal tak habis si isteri nanti !

Cerita fasal mak mertua je. Ayah mertua tak timbul masalah ke ? Kita kena jaga dan hormat kita ni. Macam mak ayah kita sendiri. Kalau mereka berduit, sonang kita !

nurmisnan said...

salam sengeh..
senyum panjang aku baca post ni
memng menantu hantu.. huhuhuhu

Bingai @ Bangang said...

Wsalam LF,
Foto tu? Google je hehehe
Tang cerita pakmentua tu teringatlah kata-kata Ahmad nisfu pada p ramlee selepas beliau menikah lagi sorang.

Nur,
Jangan senyum panjang, Senyum lebar tak pe. Saja nak rehat fikiran sket.

Terima kasih pada semua yang hadir.

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun