Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Saturday, August 21, 2010

Cina Mulakan Perdagangan Dengan Yuan Berbanding Ringgit

Dagangan terus dengan Cina tanpa bersandarkan kepada Dollar Amerika. Tahukah anda apa maknanya?

Semua urusniaga di antara Negara Cina dan Malaysia bagaikan anda membeli terus dengan harga yang lebih murah. Jika selama ini Malaysia dan Cina perlu bergantung kepada nilai Dollar Amerika yang tidak menentu, sekarang tidak lagi.

Bayangkan jika anda membeli sesuatu barang itu hari ini sebanyak 1000 unit pada harga USD100.00/RM350.00 setiap satu dengan pembayarannya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh inbois dihantar. Anda membayarnya pada bulan kedua di mana ketika itu nilai ringgit jatuh pada harga RM375.00 untuk setiap USD100.00 yang kian mengukuh. Ini bermakna anda kerugian ketika belian seperti berikut:
  • 1000 unit x USD100.00/RM350.00 = USD100,000.00/RM350,000.00
  • 1000 unit x USD100/00/RM375.00 = USD100,000.00/RM375,000.00
  • Kerugian berdasarkan susutnilai ringgit = RM25,000.00
Dengan kemudahan seperti ini anda akan lebih yakin pada harga bayaran kerana nilai ringgit akan berdasarkan terus kepada Yuan dengan pergerakan yang lebih kukuh dan meyakinkan. Nilai yang diberi pada ketika ini ialah 0.46204 Ringgit (46 sen) untuk setiap satu Yuan dan perubahan nilai tidak perlu menunggu turun naik Dollar berbanding Ringgit atau Yuan.

Bagaimanakah DINAR EMAS dinilaikan berbanding RINGGIT sekiranya Bank Negara Malaysia tidak mengiktirafkannya dan berapakah nilai pertukaran setiap 1 Dinar Emas berbanding Ringgit atau nilai RM1.00 berbanding Dinar Emas?

Berita selanjutnya DI SINI

The Channel News Asia
 SHANGHAI : China began trading the Malaysian ringgit against the Chinese yuan on the domestic foreign exchange market Thursday in the latest step towards making the yuan an international currency.

The People's Bank of China, the nation's central bank, set a central parity rate, to be published daily before trading starts, of 0.46204 ringgit per yuan, according to the website of the China Foreign Exchange Trading Centre (CFETC).

The yuan is allowed to move a maximum of five per cent up or down against the ringgit from the central parity rate.

The band is wider than the 0.5 per cent range set for the yuan and the dollar, and the three per cent band for four other major currencies currently traded on the onshore market.

The move is aimed to "promote bilateral trade between China and Malaysia and facilitate using the yuan to settle cross-border trade", the CFETC said in a statement late Wednesday.

Beijing has been taking steps including promoting the use of the yuan to settle international trade and forging currency swap agreements in a bid to make the yuan a major global currency.

The central bank said earlier this week it would allow foreign financial institutions that participate in the yuan settlement programme to invest their yuan proceeds in China's interbank bond market, giving those receiving yuan as payments an investment channel.

- AFP/wk

5 comments:

nurmisnan said...

salam brother
kalau tidak silap aku jika dinar diiktirafkan
maka Dollar akan jatuh. itu sbb
US marah. Ringgit juga akan jatuh

Tetapi jika dinar dibenarkan atau diluluskan
maka kerajaan Kelantan Kaya raya..

p.s. Euro turun teruk.. aku rugi banyak tapi Alhamdullilah2.. tetap bersyukur rezeki masih ada

Bingai @ Bangang said...

Nur,
Saya faham maksud yang anda tetapi Dinar Emas yang diperkenalkan oleh Negeri Kelantan dibuat dalam bentuk yang berbeda.

Soalan pokoknya ialah bagaimana Dinar Emas dinilai berbanding ringgit/dollar untuk diiktrifkan oleh Bank Negara/Bank Dunia?

Kelantan tidak perlu menggunakan emas 22k itu sendiri untuk dijadikan matawang tetapi menggunakan emas 22k sebagai simpanan penilaian Dinar. Emas fizikal akan susut nilai apabila digunakan seharian kerana ianya telah menjadi EMAS TERPAKAI.

Sila rujuk artikel di bawah ini mengenai beberapa persoalan.

1. Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir?

Sekiranya Kelantan ingin menggunakan Dinar Emas boleh merujuk kepada ID (Islamic Dinar) yang telah diiktirafkan oleh IMF dan Bank Dunia.

1. Pak Arab Pun Bagi Respon Dinar Emas

Ali Abdullah said...

salam bro,

ada persamaan dengan penggunaan dinar bagi negara islam dalam perdagangan. Jika Yuan kukuh tidak dipengaruhi impak ekonomi global,negara boleh menggunakan kaedah ini. Tetapi jika ekonomi China runtuh,kita juga ikut runtuh bersama-sama... negara mana lain yang sanggup nak terima matawang Yuan sebagai perantaraan menggantikan US jika ini berlaku? Penggunaan dinar lebih selamat jika direalisasikan, negara islam yang bersetuju dengan penggunaannya tentunya tidak akan dipengaruhi nilai turun naik ekonomi dunia yang banyak dipengaruhi USdollar.

Bingai @ Bangang said...

Sdr Apai Ngelai,
Di sini letaknya kelebihan apabila kita berdagang dengan sesuatu negara itu bersandarkan matawang masing-masing. Sekiranya ekonomi Cina runtuh kita tidak akan terlibat secara keseluruhan kerana yang terlibat hanyalah dagangan dengan negera tersebut. Ini bermakna ianya tidak akan melibatkan dagangan kita dengan negara-negara lain.

Sekiranya kita bersandarkan kepada satu matawang dunia seperti Dollar sekarang risikonya lebih tinggi.

Kerana itu Tun M mengajak negara timur tengah menggunakan Dinar Emas untuk transaksi negara Islam tanpa melibatkan barat ataupun Yen kerana Tun tidak mahu apabila berlaku keruntuhan ekonomi di Asia Timur terutama disebabkan perang saudara maka kita akan terjejas.

Di samping itu juga Tun M pernah mencadangkan pengunaan matawang negara masing-masing apabila melakukan dagangan dua hala.

Dan yang TERAKHIR cadangan Tun ialah supaya kembali menilai matawang berdasarkan SIMPANAN EMAS di Bank Dunia. Bukannya menyerahkannya untuk dinilai oleh pasaran matawang (komoditi) yang boleh dimanupulasi oleh penyangak matawang.

Walau macam mana pun seperti yang aku sebelum ini ialah prinsip penggunaan dinar tersebut yang mengelirukan. Sila baca semula artikel yang aku nyatakan di dalam komen aku kepada Nur di atas dan bersama kita memahaminya.

Penggunaan dinar telah direalisasikan dengan kewujudan Islamic Dinar (ID) sejak 1975 yang diiktiraf oleh IMF. Penggunaan dinar ini berdasarkan Istilah. Bukannya dalam bentuk fizikal. Penilaiannya berdasarkan jumlah simpanan emas sesebuah negara. Sekiranya negara itu mempunyai sedikit simpanan emas bermakna negara tersebut layak mengeluarkan (memiliki) jumlah dinar yang terhad. Prinsip asasnya sama seperti yang sedia ada. Sekiranya ringgit anda hilang atau terbakar maka kerajaan akan kehilangan RM1 ringgit dari kelayakan memiliki kerana nombor siri ringgit tersebut tidak boleh dibatalkan tanpa bukti dan kerajaan tidak boleh mencetak yang baru. Kerana itulah wang yang rosak boleh ditukar untuk membatalkan nombor siri tersebut dan digantikan dengan yang baru.

nurmisnan said...

salam pagi..
setuju dgn pandangan

terima kasih dgn itu.. =)

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun