Klik Di sini untuk berita lanjut - Sumber Utusan Malaysia!
Semakin hari aku tengok gelagak Paduka Tuanku Sultan Johor semakin banyak aku berfikir.
Bermula dari tindakan beliau memandu kepala lokomotif untuk melihat keadaan belakang rumah rakyat berbanding dengan melihat hadapan rumah yang sentiasa dihias kalau melintasinya dengan memandu kereta. Dan semalam baginda berkeringat memandu jentera menuai padi di dalam panas terik tengahari yang menggigit kulit untuk merasakan penat jerih rakyat jelata. Selepas itu baginda mencemar duli duduk bersila untuk menikmati jamuan yang dihidangkan oleh penduduk.
Aku tak peduli apa cerita orang mengenai baginda sebelum baginda bertakta kerana apa jua yang pernah beliau lakukan sebelum ini telah dinafikan oleh tingkahlaku baginda dalam Kembara Mahkota Johor.
Apa yang ingin aku perkatakan di sini ialah sikap yang baginda tunjukkan apabila menduduki takhta yang digelar sebagai Raja Berjiwa Rakyat. Berbanding dengan politik, aku lihat ramai yang apabila menang semakin lupa tugas dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat walaupun mereka bukan raja kepada rakyat kerana mereka HANYA wakil rakyat. Ada di kalangan mereka ini berlagak seperti RAKYAT BERJIWA PEMERINTAH.
Jadi cukup-cukuplah disindir oleh Paduka Tuanku Sultan.
Sedarlah bahwa negeri diPERINTAH oleh Sultan/Raja (walaupun dengan kuasa terhad) dan parti politik pula adalah PENTADBIR negeri/negara untuk TEMPOH TERHAD. Sekiranya Paduka Tuanku Sultan boleh berubah sikap ke arah kebaikan untuk disayangi rakyat mengapakah ahli-ahli politik terus berubah untuk dibenci oleh pengundi?
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
5 comments:
A'kum...mereka tahu mereka disindir tetapi mereka buat pekak badak jer...biasalah...YB!
..mengapakah ahli-ahli politik terus berubah untuk dibenci oleh pengundi?..
errr.. Najib, Hishamuddin, KJ...boleh tolong jawab?
Ada di kalangan mereka ini berlagak seperti RAKYAT BERJIWA PEMERINTAH.
Rakyat yang di undi ke dalam jawatan-jaatan pengurus harta negara ke? Tak layak kot rakyat jenis di gelar pemerintah sebab perangai mengalahkan perompak!
ai..
mereka memang pekak badak..tak faham-faham sindiran Tuanku.
Semoga sempena bulan Rmadhan yang mulia ini mereka diberi hidayah untuk memguruskan kuasa yang diberi dengan penuh berintergriti.
Selamat berpuasa kpd tuan bingai@bangang !
mana mana wakil rakyat yang gila tu wajib dibelasah je oleh penduduk dikawasan dia..baru dia sedar.
Post a Comment