Penglibatan artis dengan dadah sebenarnya bukan perkara baru tetapi ianya menjadi isu besar apabila artis yang terlibat itu mempunyai nama besar. Sebelum zaman Jamal Abdillah dahulu pun telah ada artis-artis picisan yang terlibat dengan dadah. Ketika itu RTM mempunyai garis panduan yang ketat begitu juga dengan FINAS, Penapis Filem dan berbagai-bagai lagi. Artis-artis tersebut akan diGAM menyertai sebarang program RTM. Penglibatan mereka dengan syarikat swasta juga menjadikan syarikat tersebut bermasaalah untuk memasarkan produk sehingga menjejaskan artis lain yang tidak berdosa tetapi terlibat di dalam sesuatu produksi bersama artis tersebut menjadi mangsa.
Bermula daripada zaman Jamal Abdillah, kumpulan rock dan sebagainya terdapat terlalu banyak rayuan yang dikemukakan sehingga pihak kerajaan memberikan kelonggaran. Alasan mereka hanya kerana seorang artis yang membawa masaalah mengapa kerajaan menghukum artis-artis lain? Filem, drama dan sebagainya di BAN dari penyiaran RTM menyebabkan masaalah promosi dan pemasaran.
Demi menjaga hati dan mata pencarian artis lain dan syarikat maka kelonggaran demi kelonggaran diberikan dan menganggap masaalah artis tersebut adalah masaalah peribadi. Akhirnya, apakah yang berlaku?
Lebih banyak syarikat-syarikat terlupa tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Ada di kalangan syarikat yang menganggap bahawa isu seseorang artis tersebut akan mempromosikan produk itu sendiri. Mereka tidak mengambil kira masaalah moral seseorang artis itu dengan alasan bahawa setiap artis mesti profesional dalam tugas dan kontrak mereka. Asalkan artis tersebut mampu memberikan produk yang diinginkan berdasarkan kontrak maka pihak syarikat sudah berpuashati. Isu-isu peribadi lebih merupakan bonus PROMOSI PERCUMA!
Pihak syarikat banyak yang terlupa dengan etika seorang majikan hanya untuk mengaut keuntungan. Sebagai majikan seharusnya mereka mempertimbangkan perilaku dan moral seorang pekerja kerana sikap pekerja itu akan mempengaruhi pekerja-pekerja lain dan juga boleh melibatkan kredibiliti syarikat itu sendiri. Walaupun produk dunia hiburan berlainan dari produk-produk lain tetapi prinsip penggajian adalah sama.
Pernahkah kita terfikir bahawa golongan ini lebih merupakan biawak hidup yang tidak mahu berubah selagi hukuman yang lebih tegas dikenakan ke atas mereka? Lebih popular seseorang artis itu maka lebih banyak tawaran yang diberikan. Lebih banyak pendapatan yang mereka perolehi maka lebih ramai yang menjadikan mereka IKON. Lebih ramai pengikut maka lebih rancak barua-barua najis dadah akan mengelilingi mereka.
Apakah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang hiburan hanya kerana sikap artis yang tidak mahu berubah dan syarikat yang tidak mahu ambil peduli?
- Bagaimana kalau sekiranya produk-produk dari artis tersebut digantung dari penyiaran untuk sesuatu tempoh?
- Bagaimana sekiranya peminat memboikot produk-produk artis tersebut untuk sesuatu tempoh?
- Syarikat akan lebih berhati-hati ketika memilih artis untuk produk mereka.
- Artis sendiri akan lebih berhati-hati di dalam memilih jalan hidup mereka
- Artis akan TERPAKSA berubah untuk kesinambungan kerjaya mereka
- Artis-artis lain akan berhati-hati untuk koloborasi dengan artis-artis bermasaalah tersebut.
- Peminat akan lebih berhati-hati dalam memberikan perhatian kepada artis kesayangan mereka
- Malahan peminat sendiri akan merayu dan memberikan nasihat kepada artis-artis tersebut untuk berubah kerana mereka akan rindu.
9 comments:
Bro serious pulak ko hari ni...
Jadi tuan penasihat...
Selalu X habis2 dengan bingai....
:)
Salam,
Bila sudah dikenali, ada yg lupa diri. Terlibat pula dgn perkara2 yg tidak baik . Ada pula yg tak serik. Buat lagi. Kepada anak-anak muda, Rasulullah saw yang seharusnya dijadikan idola .
salam ziarah..
Artis malaysia ni hipokrit je lebih. sbb tu wak jarang menonton filem2 made in malaysia, bukan sebab mutu filem tu tak bagus, tapi perangai artis tu sendiri yg buat wak naik menyampah nk menonton..kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..
Kita terlalu baik sehingga memberi satu green light kepada atris untuk menjadi apa saja..Sama juga dengan politik..
Salam Perjuangan,
Blog ini adalah kesinambungan perjuangan dari blog KALAM TIMUR yang telah disabotaj oleh blogger fuckatan!
Mohon link dari blog tuan. Saya sudah linkkan ke blog saya dan followww….
Ayuh, kita humban fuckatan ke lubang jamban!
http://gerakantimur.blogspot.com
bila wardina keluar pendapat yang artis malaysia ni tak boleh dijadikan contoh..wahhh...melenting semua artis-artis malaysia...
sesiapa yang melenting tu senaraikan la contoh-contoh artis yang layak dicontohi?..berapa kerat je..
artis malaysia la yang paling banyak terlibat dengan masalah sosial...perangai macam tu nak dijadikan contoh?
Menteri penerangan,
GAM SAJA MEREKA NI. habis crita.
IMAM TUA
Terimakasih geng. Besar hati aku korang sudi menyibuk di blog aku. hehehe
ISAC
Sesekali nak serious gak. Asik tersengih jer bukan lawa pun kalau dah takde gigi. Tang Bingai tu memang dah trademark no 2. kih kihkih
luahfikiran
Masaalahnya ialah orang seperti ini masih diberikan Peluang, Sokongan dan DIHARGAI. Bila mereka nak sedar diri kalau perangai macam ni pun boleh dapat AWARD?
Wak Jengkol
Tang hipokrit tu memang le sebab dah dinamakan artis. Tapi aku setuju dengan pendapat ko. Produk Melayu memang bermutu tapi peribadi artis yang meloyakan.
CCZ
Sikap ini yang perlu kita kikis bermula dari rumah kita sendiri. Boikot je produk artis begini.
Gerakan Timur
Terimakasih kerana link kan blog Tendang Terajang dengan blog anda yang juga telah tersenarai di dalam Blog Follower 2 di sini.
ayiz mazlan
Sebilangan artis Malaysia tidak boleh menerima kenyataan kerana menganggap diri mereka sangat hebat sedangkan populariti mereka didokong oleh sambutan peminat atas sebab-sebab lain selain daripada bakat dan kemampuan.
Anon 11:06
Yang ini memang aku setuju dari dulu lagi. Biar semua orang merasa tempiasnya apabila terlibat dengan isu-isu moral.
TETAPI,
Letak le nama tu. jangan memalu. Bukan nama betul pon. Sepuloh ANON yang masuk nanti tak kenal pula yang mana satu. hehehehe
hahaha artis malaysia tak best langsung
Post a Comment