Makin hari makin buat kemarahan orang je aku ni. Aku harap Pena Minang tak ban blog aku lepas ni. hehehe
Isu ni dah lama aku dengar malah sering diperkatakan terutama apabila menghampiri pilihanraya. Pihak-pihak pembangkang akan mula memainkan isu ini di IPT-IPT untuk membangkitkan semangat remaja yang sedang bergelora pada ketika itu untuk mendapatkan sokongan (bukannya undi).
Bagi mereka yang pernah melihat kebangkitan reformasi yang diterajui oleh DSAI akan melihat penglibatan siswazah-siswazah dan remaja-remaja di dalam demontrasi-demontrasi mereka. Tuntutan mereka ialah mahu usia mengundi dibenarkan bermula dari 18 tahun.
Aku mengakui ramai siswa/siswi yang mampu membuat pertimbangan yang wajar dalam membuat keputusan yang begitu besar. Walaupun tugasnya hanyalah menconteng di atas sekeping kertas dan menghumbannya ke dalam peti (kaca sekarang ini) tetapi natijah daripada keputusan itu adalah berpanjangan dan aku yakin kebanyakan siswa/siswi mampu melakukannya. Hanya terdapat segelintir sahaja yang hilang pertimbangan akal tetapi ini tidak mencerminkan jumlah sebenar mewakili warga IPT.
TETAPI, perlu diingatkan bahawa apabila usia mengundi diturunkan kepada 18 tahun ia melibatkan jumlah yang begitu besar selain daripada siswa/siswi di menara gading. Bayangkan jumlah remaja yang berusia 18 hingga 20 tahun yang tidak berada di IPT dan akan mendapat kelayakan ini berbanding dengan yang berada di IPT? Dan berapa ramai yang akan membuat keputusan yang silap ketika menjalankan tugas tersebut sedangkan mereka yang mereka yang berada di IPT atau baru bergelar graduan sendiri pun pernah melakukan kesilapan ini.
Kita ambil contoh Saudara Ezam sendiri. Aku begitu terharu mendengar penjelasan-penjelasan beliau yang mula cergas ketika DSAI pertama kali menemui beliau ketika berada di UIAM (aku tidak pasti samada ketika itu beliau masih menuntut atau bekerja di sana). Semangat dan prinsip KEADILAN yang dihayatinya begitu tinggi tetapi sayang telah dimanupulasikan oleh mereka yang berkepentingan. Lihatlah pengorbanan yang telah beliau lakukan demi satu perjuangan yang beliau yakini sehingga sekarang iaitu memperjuangkan KEADILAN dan HAK-HAK orang Melayu. Akhirnya beliau TERPAKSA memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tersilap LALUAN dalam satu perjuangan yang BENAR dan JUJUR.
Sekiranya seseorang seperti Saudara Ezam sendiri boleh terpedaya, bayangkanlah berapa ramai lagi remaja-remaja yang akan mengikuti jejak langkah beliau?
Bukan niat aku menidakkan kemampuan siswa/siswi membuat keputusan tetapi lesen yang diberikan nanti bukan HANYA untuk kumpulan mahasiswa sahaja tetapi melibatkan SELURUH warga remaja berusia 18-20 tahun. Apakah kumpulan mereka lebih kecil dari kumpulan siswa/siswi?
Mungkin ramai yang terlepas pandang dalam isu umur ini. Sekiranya usia mengundi di mulakan daripada usia 18 tahun bermakna mereka telah ditakrifkan sebagai seorang dewasa yang dipercayai mampu membuat keputusan yang matang dan wajar. Ini bermakna beberapa perkara di dalam undang-undang lain juga perlu dipinda seperti Kanun Acara Jenayah kerana mereka tidak lagi dilindungi sebagai kanak-kanak dan remaja lagi.
- Berapa ramaikah di antara mereka yang akan menghadapi hukuman gantung sampai mati sekirannya di dapati bersalah kerana membunuh?
- Had umur memasuki premis hiburan 21 satu tahun ke atas juga akan turun kepada 18 tahun ke atas
- Had umur 18 tahun ke atas akan turun ke 15 tahun ke atas?
Bagi aku, umur di antara 18 tahun hingga 21 tahun merupakan umur peralihan dari zaman remaja ke arah dewasa. Dalam tempoh peralihan inilah banyak berlaku "Trial and Error" dan mereka-mereka yang membuat kesalahan di dalam tempoh peralihan ini perlu diberikan peluang kedua untuk memperbaiki diri. Mereka-mereka yang di dalam zaman peralihan ini perlu diberikan perhatian, tunjuk ajar dan denda. BUKANNYA HUKUMAN seperti yang dilalui oleh orang dewasa.
Oleh itu, aku berharap kepada warga-warga menara gading yang intelek dan lebih matang dalam masyarakat remaja ini bersabar dahulu demi melindungi kumpulan yang lebih besar yang tidak berpeluang ke menara gading, menganggur, mencari pekerjaan, sudah mula bekerja atau sedang bertukar-tukar pekerjaan. Cabaran yang mereka hadapi lebih besar dalam menghadapi kehidupan yang sebenar. Anda tidak perlu menunggu hingga tamat pengajian untuk mengundi. Anda hanya perlu mencapai usia 21 tahun sahaja untuk layak ditakrifkan sebagai SEORANG DEWASA!
Masih banyak lagi isu-isu yang boleh diperjuangkan oleh Persatuan-Persatuan Mahasiswa bukan sahaja untuk kepentingan siswa/siswi tetapi untuk remaja-remaja yang berada di luar kampus. Kedudukan anda di menara gading memberikan anda kelebihan untuk menembusi pintu-pintu menteri, Perdana Menteri malahan Istana Negara sekalipun. Idea dan bakti anda akan lebih tersanjung dalam satu pengorbanan yang begitu kecil.
Sila baca posting aku di bawah ini yang mungkin dijadikan panduan:
Buruh Intelek Bergaji Murah
11 comments:
Layak atau tidak layak pelajar-pelajar ini mengundi ada kaitan besar dengan Sistem Pendidikan kita.
Kalau sistem itu hanya menghasilkan para pelajar yang tidak jati diri, otak separuh maka saya rasa tidak layaklah mengundi walaupun usianya mungkin sudah akan menjangkau 30an. Agak susah nak adakan satu cara utk menapis pengundi yang dianggap "layak".
Mengundi adalah perkara besar yang menentukan halatuju negara. Kita tidak boleh biarkan kepada "budak-budak otak separuh". Ini berbalik juga kepada sistem pendidikan yang kita ada.
Oped kata:-
..pelaburan asing menurun dengan mendadak kerana sistem pelajaran yang sampai sekarang pincang - pelajar universiti dan IPTS/IPTA bukan yang dikehendaki industri..
Agak susahnya apabila pemimpin sendiri buat acuh tak acuh dengan sistem/dasar pendidikan negara yang dilihat jauh terkebelakang di samping tidak menyumbang kepada semangat patriotisma, yakni, tidak menyumbang ke arah pembinaan sebuah negara yang bersatu teguh.
salam semua
hanya pendapat saya sahaja
saya pernah bersekolah di sekolah harian dan juga di sekolah asrama
dengan sistem pendidikan pendidikan yang sama tapi cara penyampaian yang berbeza, saya boleh katakan tiada masalah dengan sistem pendidikan negara kita tapi kita ada masalah dengan cara pendidikan tu disampaikan
ini berbalik juga kepada teknologi pendidikan di negara kita serta keikhlasan guru tu mendidik
guru yang betul semnagat memamjukan muridnya akan ada inisiatif sendiri dalam menarik minat pelajarnya untuk belajar
selain tu, bagi saya juga pembinaan jati diri di kalangan remaja pun sudaha da pogram yang dilaksanakan iaitu pogram khidmat negara, cuma terus terang saya katakan pogram khidmat negara kita masih lemah dibandingkan negara lain
khidmat negara di negara lain aktivitinya leboh lasak dan tegas dibandingkan dengan kita tetapi hasilnya adalah rakyat-rakyat yang mempunyai semangat nasionalisma serta cintakan negara yang tinggi
tapi apakan daya, pogram khidmat negara yang selembik sekarang ni pun da banyak ibu bapa serta remaja yang merungut kononya terlampau keras la...terseksa la..
jadi hal ini berbalik kepada diri sendiri juga
sekiranya pelbagai sistem yang hebat dirancang pun tapi empunya diri masih tidak ada keazaman untuk berubah tidak guna juga
berbalik kepada topik
saya merasakan remaja kita sekarang pada umur 18 sebenanrnya masih belum layak untuk mengundi
sangat jauh level kematangan remaja berusia 18 dan 21
cuba kita nilai balik diri kita semasa berusia 18 dan semasa 21 maka kita sendiri tahu betapa membesarnya kita dalam jangka masa 3 tahun tersebut
seseorang yang berumur 18 tahun mungkin hanya dapat melihat kejadian yang berlaku di depan matanya
tetapi seseorang yang berusia 21 tahun akan dapat melihat kejadian yang berlaku di depannya serta dapat berfikir lanjutan kepada kejadian itu
namun begitu, saya berpendapat adalah perlu untuk remaja 18 tahun ini didedahkan dengan senario politik malaysia dahulu serta semasa agar mereka dapat menilai sikap sebenar setiap pemimpin di malaysia ini...
-remaja 21 tahun-
Assalamualaikum,
Salam ziarah,
LIPISLADY,
Wa'alaikum salam dan terimakasih kerana menziarah Tendang Terajang
Kenn dan Anon,
Setiap kali kita berbincang mengenai isu Mahasiswa mengundi maka dasar pendidikan akan menjadi pertaruhan sedangkan kita terlupa pada kelompok yang lebih besar berada di luar kampus yang tidak terlibat lagi di dalam dasar pendidikan. Dasar pendidikan boleh berubah dari masa ke semasa namun ianya tidak memberi kesan kepada mereka yang sudah tidak belajar lagi.
Apa yang aku cuba huraikan di sini ialah sikap segelintir pemimpin parti yang membangkitkan semangat golongan siswa/siswi untuk menuntut hak mengundi bermula dari usia 18 tahun sedangkan kelompok 18-20 BUKAN HANYA melibatkan mereka yang berada di menara gading.
Di samping itu apakah apabila mereka dibenarkan mengundi maka mereka telah dianggap dewasa. Sekiranya ini berlaku maka secara otomatik Akta Perlindungan Wanita, Kanak-Kanak dan Remaja tidak akan melindungi mereka lagi kecuali pengundi wanita. Mereka akan diadili sebagai orang dewasa dalam sesuatu kes selepas ini.
Adakah mereka juga layak untuk HILANG PERLINDUNGAN INI?
Salam,
Hapuskan PMR, awalkan SPM kepada 15 tahun,
hapuskan khidmat negara, wajibkan kerahan tenaga bg setiap remaja menjangkau usia 16,
buktikan patriotisme dan semangat cinta negara selama dua tahun,
baru tmbangkan kelayakan mengundi seawal 18 tahun.
barulah berlaku give n take.
saudara bingai...
siswa siswi ni wlaaupun di menara gading tetap remaja
dan sedia maklum tahap 18-20 tahun ni la darah mereka sedang membuak
mereka mula melihat dunia luar dan senang terpengaruh
maka terdapat lah pihak2 yang cuba mempengaruhi minda mereka ni dengan mangadakan pendekatan ekstrim
mereka takkan terfiikir pasal hak2 mereka yang lain
mesti la pihak yang pengaruh mereka tu takkan sentuh hak yang tak menungtungkan mereka
mereka hanya mahukan sokokngan-sokongan pengundi muda yang mentah ni sahaja..yang lain mereka tak amik peduli
kepada saudara junah
kalaulah semua tu dapat dilaksanakan memang tahap pendidikan negara kita akan berada di tahap tertinggi
tapi masalahnya ianya kelihatan seakan mustahil
kerajaan takkan dapat mengubah kepada kebaikan kalau rakyat sendiri yang tak mahu berubah
sedangkan baru buat khidmat negara pon da banyak bantahan
baru nak buat math dan sains dalam bi pon da sampai berarak sakan
ada hati nak buat kerahan tenaga tu semua..alahai bangsaku...
-remaja 21 tahun-
Salam.
Sebenarnya hari ini sistem pendidikkan itu sendiri sudah diabaikan oleh kita, berbanding sistem pembelajaran dimana guru dan ibu bapa lebih banyak menekan tentang pencapai akedemik anak2 berbanding pencapaian pendidikkan.
Sistem pembelajaran dan pendidikkan dua sistem yang berbeda,penekan terhadap dua sistem ini tidak seimbang lagi.
Salam.
Bagi aku, seharusnya sistem yang sedia ada dikekalkan. Ini kerana byk perkara yang harus diambilkira. Contohnya, macam kata Junah, PLKN. Bagi aku, PLKN mmg perlu di Malaysia. Untuk semangat patriotisme. Tapi aku tak pasti keberkesanannya.
Lihat sahaja jumlah yg masih belum mendaftar sebagai pengundi. Jika faktor umur direndahkan ke 18, aku percaya bilangan ini semakin meningkat, dan masalah ini tidak selesai. Kesedaran politik lebih penting.
Untuk di menara gading, seharusnya Mahasiswa fokus kepada pembelajaran. Itu lebih penting. Mereka boleh berpersatuan di dalam universiti, ataupun bergerak dalam ngo spt belia 4b, D5, rakan muda dsb. Ini sebenarnya akan membentuk jatidiri juga, dan kesedaran politik akan hadir sedikit demi sedikit. Tapi, adakah remaja kita minat berpersatuan?
Seperkara lagi, budaya membaca yang kurang dikalangan orang kita membuatkan kesedaran politik, ekonomi dsb kurang. Sebab itu, fitnah lebih mudah menyusup.
layak atau tidak..bagi aku tak layak..sebab umur 18 pemikiran masih belum matang..sedangkan kita yang dah berjanggut atas bawahpun kadang kadang buat keputusan ikut orang, inikan pula remaja yang hanya tahu bersuka ria sahaja.
lagipun lebih elok mereka tumpukan perhatian pada pelajaran.malah di ipta pun sepatutnya tidak perlu pilihanraya..mereka hanya perlu belajar, bukan berpolitik.
lagipun politik bukanlah sesuatu yang kita buat setiap hari melainkan yb saja sebab itu dah kerja dia.
kita rakyat biasa hanya berpolitik time pilihanraya saja. itupun hanya mendengar, bukannya menjadi pemimpin parti.
so pelajar tak perlulah join politik politik ni. mengarut je.
Assalamualaikum,
Nak komen gak, bagi saya bahaya besar kalau remaja yang berumur 18 tahun dibenarkan mengundi kerana dari pemerhatiaan saya yang sentiasa bergaul dengan remaja yang berumur dari 18 hingga 21 tahun ni memang mereka belum boleh membuat keputusan yang tepat waima pun untuk diri sendiri..kalau ada pun yang boleh 1 dalam 100.
Kalau diberi juga mereka ini kebenaran mengundi rasanya terlingkup negara kita sebab mereka cenderung membuat pilihan berdasarkan kata nafsu bukan kata akal, dan mudah terikut-ikut dengan kata2 yang bunyinya menarik dan baik tapi sebenarnya hanya untuk memerangkap mereka. Senang cakap mereka belum matang dalam usia 18 tahun. Tidak macam orang dulu2.
Jadi tak usahlah dilibatkan mereka dalam bab2 mengundi ni, tunggu hingga mereka berumur 21lah.
Terima kasih kerana memberi ruang untuk mengomen...Wassalam
Seperti yang aku nyatakan sebelum ini ternyata kita sering menimbulkan isu pendidikan sedangkan isu yang sebenarnya di sini ialah isu umur. Kebanyakan siswa-siswi dihasut untuk menuntut kelayakan 18 tahun mengundi sedangkan kumpulan 18-20 tahun bukan semuanya berada di kampus lebih banyak berada di luar.
LIPISLADY ternyata melihat permasaalahan yang cuba aku sampaikan di sini.
Untuk memudahkannya aku rengkaskan persoalan. Sekiranya seseorang itu layak mengundi bermakna orang tersebut juga layak berTANDING.
Adakah kita ingin lihat perkara seperti ini berlaku? hehehehe
Post a Comment