Pelik tetapi benar!
Apa yang ingin aku perkatakan ialah nasib mahasiswa-mahasiswi, pelajar-pelajar kelas kemahiran yang perlu menjalani sessi Latihan Praktikal di hujung kursus mereka yang merupakan satu kemestian/subjek wajib.
Terdapat beberapa kesukaran yang dilalui oleh individu-individu ini untuk menghadirkan diri mereka di dalam sessi praktikal ini seperti:

- Mendapatkan tempat/syarikat untuk menjalani sessi
- Mendapatkan penginapan yang berhampiran dengan tempat praktikal
- Kos penginapan/saradiri/pengangkutan ke tempat praktikal
Tahukah kita status sebenar pelajar-pelajar ini?
Hampir semua institusi pengajian tinggi/kemahiran mengadakan sessi Latihan Praktikal/Latihan Industri di hujung kursus yang ditawarkan. Ini bermakna pelajar-pelajar tersebut telah 75%-90% bersedia untuk bekerja. Latihan Praktikal hanyalah sessi mengenalkan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar sebagai persediaan penyesuaian. Ini bermakna pelajar-pelajar tersebut sudah boleh dianggap profesional walaupun belum memperolehi sijil/ijazah masing-masing kerana biasanya sekembalinya mereka dari latihan praktikal, mereka hanya perlu menunggu tarikh graduasi sahaja.
Apakah nilai pelajar-pelajar ini?
Kalau seorang lepasan SPM yang terus bekerja dibayar antara RM600.00 ke RM1000.00 sebulan dengan faedah-faedah sampingan tetapi pelajar-pelajar ini menerima nasib yang begitu malang. Ada di antaranya yang dibayar antara RM300.00 ke RM500.00 sebulan tanpa faedah-faedah sampingan kerana mereka bekerja 3 bulan ke 6 bulan sahaja. Ada di antara mereka tidak menerima sebarang ganjaran langsung dengan alasan majikan "Kami telah menyediakan tempat untuk anda menjalani pembelajaran praktikal anda secara PERCUMA!" Ada juga di antara pelajar-pelajar ini diberikan tugas yang tidak bersangkut-paut dengan kursus yang mereka ambil. Pernah terjadi seorang pelajar universiti diberikan tugas sebagai pembancuh minuman atau menjaga mesin penyalin (photostat machine).
Aku pernah mengambil beberapa pelajar dari sebuah institusi kemahiran ketika melakukan kerja-kerja pendawaian dalam satu projek. Berbanding dengan pekerja-pekerja yang pernah aku latih dari KOSONG, pelajar-pelajar ini hanya perlu diberikan pengawasan dan penyeliaan sahaja kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan dan separuh mahir. Pelajar-pelajar tersebut pernah bekerja dengan rakan kongsi aku dengan elaun RM10.00 sehari sebagai DUIT MAKAN SAHAJA sedangkan aku membayar pekerja aku yang tidak mahir sebanyak RM30.00 sehari. Bayangkanlah betapa murahnya tenaga mahir yang boleh dimanupulasikan untuk tempoh-tempoh terhad! Dan bayangkan berapa banyak syarikat yang mahu mengambil mereka (bukan menggajikan mereka sebagai pekerja sementara!) untuk membantu syarikat dengan alasan memberikan peluang untuk tempat praktikal!
Nilai sebenar!
Sekiranya kita menilai dari segi sijil/pengiktirafan, pelajar-pelajar ini boleh dianggap sebagai pekerja mahir tanpa sijil. Nilai mereka boleh mencapai tahap 75% daripada imbuhan sesuatu jawatan yang berpadanan jawatan kelayakan mereka. Atau, sekurang-kurangnya menganggap mereka pekerja separuh mahir yang memberikan nilai 50% dari nilai imbuhan jawatan yang berpadanan.
Contoh:
Cadangan:

Jawatan | Status Pelajar | Imbuhan (RM-Anggaran) | Nilai Elaun (RM-75%) |
Pengurus Pentadbiran | Ijazah | 1,200.00 | 900.00 |
Pengaturcara | Diploma | 1,000.00 | 750.00 |
Pendawai Eletrik | Sijil Kemahiran PW2 | 800.00 | 600.00 |
Cadangan:
- Garis panduan pengambilan pelajar-pelajar untuk latihan praktikal/Industri untuk syarikat-syarikat
- Insentif seperti pengecualian cukai untuk syarikat terhadap kos pembiayaan pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal/industri
- Insentif seperti Sijil Pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang mengambil pelajar-pelajar latihan praktikal/industri
- Biro pengaduan pelajar-pelajar yang teraniya oleh syarikat-syarikat yang memanupulasi pelajar-pelajar berkenaan.
1 comment:
sy sehari RM10 je =_____=
Post a Comment