Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Monday, April 5, 2010

Siapa Tertindas Siapa Menindas 1


Kisah 1-Seorang pekerja bekerja di sebuah kilang membuat terompah(?)

Dia seorang yang sungguh taat dan mengikut peraturan. Mengikut kebiasaan, bagi seseorang yang telah menyiapkan kerjanya (10 pasang sehari), mereka pulang walaupun waktu kerja sebenar ialah dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Kerana kemahiran dan ketekunannya, beliau sering menyiapkan kerjanya pada jam 12.00 tengahari. Selepas makan beliau akan duduk di tempat kerjanya sehingga jam 4.00 petang sambil mengemas-ngemas sehingga mesin yang digunakan sentiasa berkilat dan tidak pernah memberikan masaalah.

Pada suatu hari, atas desakan kawan-kawan yang lain beliau pun pulang ke rumah ketika makan tengahari selepas semua kerjanya selesai. Ketika sampai di rumah didapati pintu hadapan rumahnya tidak berkunci. Beliau masuk dan cuma mencari isterinya di ruangtamu dan dapur tetapi gagal. Perlahan-lahan beliau menaiki tangga ke tingkat atas dan menuju ke pintu bilik tidornya. Dari celah pintu bilik yang renggang beliau dapat melihat isterinya sedang bercengkarama dengan seorang lelaki.

Dengan badan yang menggigil, beliau berlari semula ke tempat kerja dan duduk di sebelah mesinnya. Mesin itu dibersih dan digosok kembali.

Teman sebelahnya bertanya, "Mengapa kau balik sini? Bukankah kerja kau dah habis?"
Dia menjawab, "Nasib aku baik hari ini."

"Kenapa?" Temannya bertanya kembali.

"Hampir aku tertangkap oleh penyelia kerana pulang awal hari ini!"

Rupanya lelaki yang dilihat bercengkarama dengan isterinya ialah penyelianya sendiri! hehehehe

(akan disambung)

No comments:

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun