Kisah 2 - Pindah kilang
Seorang pekerja pengeluaran bertemu dengan aku dan menceritakan masaalahnya. Katanya dia sudah bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya selama 10 tahun. setahun yang lalu dia telah mengalami kemalangan jalanraya yang menyebabkan kakinya patah. Oleh kerana dia seorang duda, maka dia pun berpindah duduk dengan anaknya di Kajang. Rumahnya di Petaling Jaya disewakannya.
Selepas tiga bulan bercuti maka diapun terpaksa bekerja semula. Memandangkan kecederaan yang dialami dan dia menggunakan kederaan awam (bas), pihak syarikat telah memberikannya kerja ringan dan bekerja pada waktu pejabat berdasarkan rayuannya.
Setelah enam bulan melakukan benda yang sama pekerja ini mula rasa tertekan. Dia tidak dapat menikmati elaun-elaun shift yang pernah diperolehinya sebelum ini. Kos pengangkutan juga menambahkan tekanan dan kehadirannya yang selalu lewat dari masa kerja juga selalu ditegur.
Dia melahirkan rasa tidak puashatinya kepada aku. Dia bertanya bolehkan dia menuntut gantirugi kehilangan elaut shift di samping kos pengangkutan kerana katanya walaupun dia tidak sihat sepenuhnya tetapi dia sudah bekerja maka dia rasa dia layak menikmati kemudahan tersebut.
Ini jawapan aku:
- Elaun kerja shift adalah elaun gangguan untuk mereka yang bekerja shift seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Bersama.
- Cuti hospital yang dibayar ialah selama dua bulan. Selepas itu dia boleh terus bercuti tanpa gaji dan majikan tidak seharusnya memberhentikan beliau. Pemberian tugas yang lebih ringan tanpa menurunkan gaji atau pangkat pekerja adalah ehsan syarikat.
- Daripada minta kos pengangkutan mengapa tidak meminta syarikat memindahkan terus kilang berhampiran dengan rumahnya kerana untuk menghadirkan diri tepat pada waktunya adalah tanggungjawab pekerja. Di mana mereka tinggal bukan urusan syarikat. Elaun perjalanan adalah untuk pekerja yang melakukan urusan majikan dari tempat kerja ke tempat urusan itu berlaku sekiranya pekerja tersebut terlibat dengan kerja-kerja luar.
1 comment:
Salam bro, terima kasih sudi melawat blog kawan....selamat berkenalan.. dan selamat menulis blog.. tealah disenaraikan dlm blog list kawan..
Post a Comment