Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Tuesday, August 10, 2010

Sultan Johor Murka Kerana Poster Bingai?

Sumber Gambar : Utusan Malaysia
Sumber Berita:
1. Utusan Malaysia
2. Sinar Harian

Bila aku cakap bingai nanti ramai yang marah kata aku ni macam pandai sangat. Tapi semakin hari semakin bingai malah lebih bingai daripada aku.

Baru semalam pagi aku buat posting pasal sindiran dan tauladan yang ditunjukkan oleh DYMM Sultan Johor. (Rujuk DI SINI) Malamnya pula aku dapat berita DYMM Sultan Johor murka sebab gambar baginda terpampang di dalam poster kempen politik siap dengan lambang lagi.

"Jui Meng mendakwa ‘kerja’ itu dilakukan UMNO negeri bagi mencetuskan kemurkaan Baginda Tuanku." (Sila rujuk Sinar Harian)

Kalau rasa ada orang lain yang buat "kerja" tu buatlah lapuran Polis tak kiralah samada ada UMNO ke atau sesape saja. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab menjaga kemuliaan institusi istana walaupun gelaran telah ditarik balik maka Jui Meng harus melakukan sesuatu. Di samping itu, insiden ini melibatkan parti yang beliau sendiri wakili maka adalah tanggungjawab beliau untuk menjaga nama parti daripada dituduh menghina Sultan. Jangan setakat menunding jari.

Kalau sekiranya memang ianya adalah perbuatan ahli parti sendiri aku mungkin boleh faham. Mungkin ianya tidak bermaksud untuk menghina DYMM tetapi hanya untuk memeriahkan poster seperti yang biasa kita lihat poster dengan bendera negeri masing-masing. Cuma perlu diingat bahawa adalah menjadi kesalahan untuk menggunakan lambang istana dan gambar Sultan untuk tujuan politik kerana INSTITUSI RAJA BERADA DI ATAS POLITIK.

Jadi, sekiranya memang kesilapan ini yang berlaku maka adalah tanggungjawab mereka yang berkenaan mohon mengadap untuk meminta maaf.

Kesimpulannya mudah:
  1. Kalau bukan sendiri yang buat tetapi tindakan orang lain - REPORT POLIS!
  2. Kalau memang kesilapan sendiri yang tidak disengajakan - MINTA MAAF!
Tak kan benda-benda macam tu pun orang bingai macam aku nak ajar?

YB - Yang Bingai @ Bangang

9 comments:

WakJ Zoner said...

Salam..

wak setuju dengan apa yg hang tulis ni. mereka ni bukan bingai atau bangang tapi dah sampai tahap DUNGU..bikin panas hati org johor je Pakatan dajjal ni

Anonymous said...

betul! betul! betul!

Dapat darjah kebesaran pun kerana UMNO. Kena tarik gelaran pun kerana UMNO. Masuk BN pun kerana UMNO. Keluar kepada PR pun kerana UMNO. Dia bernafas tu pun kerana UMNO juga? Eloklah, mampus pun nanti kerana UMNO.

Chua Jui Meng ni dah bangang meroyan tersalah langkah join Anwar.. hehehehe..

Anonymous said...

jui meng dah takut kena penampar jepun TUANKU SULTAN. tuduh UMNO pulak. HAHAHAA siap la kau jui meng..penampar jepun akan singgah dipipi yang gebu tapi berkurap tu..jangan balik JOhor..siap kau..askar2 Timbalan Setia Di Raja tengah cari kau JUI MENG...hahahahaha padan ngan muka ko

ISAC said...

Dengar cerita Al-Marhum mantan sultan Johor mangkat hari tu pun dia X datang melawat...

Asyik sibukkan politik aje... Patutpun kalau "gelaran"kena tarik balik...

Anonymous said...

AMK Johor dah p saman dah...

Unknown said...

Salam,
Apa sahaja alasan, perkara seperti ini tidak harus berlaku. Baginda Sultan berhak menyatakan perasaan tak puashati baginda.

Bingai @ Bangang said...

Terima kasih kepada semua yang melemparkan komen, cuma aku harap sesiapa yang menggunakan nama ANONYMOUS itu silalah gunakan nama sebenar terutama yang mempunyai blog sendiri supaya aku boleh juga memberikan sambutan kepada blog anda:

Wak Jengkol
Siapa yang bingai kita belum tahu lagi kerana polis sedang siasat tapi tanggungjawab rakyat melaporkan adalah penting. Apabila kemungkinan sabotaj dibuat terhadap PKR maka adalah tanggungjawab PKR membersihkan nama mereka dengan melaporkan kepada polis terlebih dahulu sebelum menunding jari.

Anon - August 10, 2010 3:54 PM
Chua Jui Meng mungkin tidak tersilap langkah berpindah parti kerana mungkin dia merasakan bahawa masa depan dia dah tiada dalam MCA atau MCA itu sendiri mungkin dah tiada masa depan.

Anon - August 10, 2010 4:25 PM
Kisah Sultan tampar rakyat seharusnya tidak berulang lagi tetapi janganlah naikkan darah Sultan sehingga baginda menampar rakyat. Nanti salahkan Sultan juga. Betul tak?

Isac
Bab dia tak datang masa kemangkatan Almarhum Sultan Johor terdahulu tu aku tak tau tetapi kalau benar sememangnya tak harus berlaku. Sebagai seorang yang dianggap pembesar terutamanya ketika itu dia membawa gelaran yang diberikan oleh Sultan, dia seharusnya hadir. Walaupun ketika itu dia berada di luarnegara kerana sedangkan berada di penjara sekalipun dia masih berhak untuk menghadiri upacara tersebut sebagai penghormatan terakhir kepada Sultannya sendiri. Kecualilah kalau dia sendiri sedang menanti ajal ketika itu.

Anon - August 11, 2010 1:51 AM
Terimakasih kerana maklumat tersebut dan aku harap sekiranya benar apa yang anda katakan dapatlah anda berikan sumber maklumat itu sekali. Apabila melibatkan raja-raja Melayu aku tak penduli UMNO, PKR, PAS atau sesiapa sahaja memang aku bingaikan.

Luahfikiran
Aku setuju dan terimakasih kerana menyokong Kesultanan Melayu yang tidak mahu diperalatkan lagi oleh sesiapa jua.

pacat said...

Dengar cerita pkr dah wat report polis dan kata semua nie dilakukan umno. diaorang kata la.. diorang tak bodoh dan tahu undang2 johor yg bangsa lain tk leh MB Johor. Umno saja nak melagakan pkr dgn institusi raja melayu....
aku yakin diorang berani buat n nak test market.. kat Perak dah test hari tu oleh DAP dan tk berjaya.. la nie test kat Johor lak...

melayu said...

Anonymous said...

jui meng dah takut kena penampar jepun TUANKU SULTAN. tuduh UMNO pulak. HAHAHAA siap la kau jui meng..penampar jepun akan singgah dipipi yang gebu tapi berkurap tu..jangan balik JOhor..siap kau..askar2 Timbalan Setia Di Raja tengah cari kau JUI MENG...hahahahaha padan ngan muka ko
August 10, 2010 4:25 PM

haha, bile lak sultan still ade askar2 timbalan setia di raja nih?? bkn ke dah kena bubar ke time mahathir dulu???

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun