Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Thursday, July 22, 2010

IKYS - INPENS tak ada tauliah?

Klik gambar untuk paparan jelas
Dr. Halimah tak datang pada 22/07/2010. Yang datang hanya Setiausaha Executive Pejabat Menteri Besar. Hanya nak bagi maklumat bagaimana penyerapan pelajar IKYS ke INPENS akan dilakukan.

1. Pelajar-pelajar yang baru daftar dan telah melalui orientasi minggu sudah MESTI pindah hari Ahad ini.
2. Pelajar-pelajar semester 2/3 akan diatur
3. Pelajar-pelajar semester 4 - belum tahun nasib mereka samada berpindah atau menamatkan pengajian di IKYS

Apa yang mengejutkan aku ialah, definasi penyerapan. Mengikut seorang AJK Penasihat Kementerian Sumber Manusia mengatakan mereka baru menerima permohonan penyerapan pelajar ke INPENS. Ini bermakna pelajar tersebut akan menjadi pelajar INPENS yang baru dalam proses memohon PENTAULIAHAN Suruhanjaya Tenaga (ST).

Ini bermakna INPENS menawarkan kursus PW2/PW4 kepada pelajar-pelajar sedangkan mereka belum mempunyai pentauliahan tersebut. Proses untuk mendapat pentauliahan tersebut biasanya memakan masa yang panjang kerana pihak ST perlu membuat penelitian seperti yang terdapat di dalam

Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2005:

8.2 Pusat Bertauliah yang diluluskan juga dikehendaki mematuhi semua Syarat Pentauliahan berikut (hanya peruntukan yang penting sahaja):-
  • (a) Menjalani latihan di premis yang dipersetujui sahaja. Pengunaan premis lain perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah MLVK secara bertulis terlebih dahulu;
  • (c) Telah melantik personnel pentauliahan yang terdiri daripada PPB, PPD dan PP daripada mereka yang memenuhi kriteria yang ditetapkan sahaja;
  • (k)(iii) hasrat untuk perpindahan premis latihan, dan hanya berbuat demikian setelah mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah MLVK

Di samping itu pelajar juga tidak boleh dipindahkan sesuka hati seperti yang terkandung di dalam perkara 9 Permohonan Pindaan Butiran Pentauliahan


9.3 Bagi tujuan perpindahan alamat dan premis, Pusat Bertauliah dikehendaki;-
  • (a) memastikan segala urusan latihan dan persijilan calon yang telah mendaftar di premis lama selesai;
  • (c) pengambilan kumpulan calon baru dipremis baru hanya boleh dibuat setelah mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah MLVK

Kalau dilihat daripada apa yang berlaku sekarang ternyata Kerajaan Negeri bertindak tergesa-gesa untuk mengosongkan IKYS Bagan Terap tanpa memperdulikan nasib pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar Semester 4. Sekiranya pentauliahan tersebut lambat diperolehi maka pelajar-pelajar tersebut terpaksa menunggu untuk menduduki peperiksaan dan pendapatkan pentauliahan mereka.

Kebanyakan ibubapa dan pelajar-pelajar terutama yang baru mendaftar meminta supaya perpindahan tersebut dilakukan selepas 2 tahun supaya anak-anak mereka dapat menghabiskan pelajaran mereka terlebih dahulu di IKYS Bagan Terap. Di samping itu mereka juga mahu supaya di dalam sijil mereka tertera sebagai pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan bukannya Kolej Antarabangsa INPENS kerana dari segi penjenamaan, sijil kemahiran daripada IKYS lebih diperakui.

Adakah tempoh dua tahun terlalu lama sebelum kerajaan negeri mula mengutip keuntungan daripada kemudahan yang ada di IKYS selepas ianya di KOSONGKAN?

Topik sama:
IKYS - INPENS tak ada tauliah?

IKYS Bagan Terap jadi PLKN tiruan?
IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?

5 comments:

ISAC said...

Salam bro,

Engkau selalu silap coment, masuk blog aku tapi tinggal pesan dekat GAP...

C L J said...

Masaalah sebenar nampaknya dikalutkan oleh kucar kacir politik yang tidak menentu. Payahlah kalau macam tu. Anak anak yang akan berterusan menjadi mangsa dari silap undi mak bapak mereka. Yang inilah yang kena diperbetulkan 2012 nanti.

Belum lagi tanya wang bantuan RM1000 seperti dijanjikan dalam menifesto pilihanraya dahulu tu dapat ke tidak.

Bingai @ Bangang said...

ISAC,
sori bro. aritu dok copy and paste lupa nak tuka nama. hehehehe

CLJ,
Isu ini tak boleh tunggu PRU13. Harap semua yang bersimpati memberikan sokongan kerana pihak ibubapa dan penjaga masih berusaha untuk mempertahankan IKYS.

bagi aku, aku masih berusaha mempertahankan IKYS untuk jangkamasa panjang kerana dengan menggabungkan kedua-duanya maka jumlah pelajar di INPENS akan menjadi kecil yang bermakna semakin kurang peluang pendidikan untuk anak bangsa.

luahfikiran said...

Salam,
Kecoh sangat nampaknya. Mengapa ? Sebab politik atau apa ? LF kesian dgn pelajar2 tu. Kalau anak kita sendiri terlibat, macam mana rasanya ?

Bingai @ Bangang said...

LF,
Apa yang aku nampak di sini ialah cara kerajaan negeri berusaha mendapatkan hasil pendapatan cara pantas dengan mengabaikan tanggungjawab sosial.

IKYS bukannya satu pelaburan jangka pendek yang menguntungkan. Ianya lebih kepada pelaburan modal insan jangka panjang dan menyeluruh. Dengan kemampuan untuk menampung lebih kurang 1000 pelajar tetapi baru 300 orang yang ada sekarang sudah pasti kita lihat berlakunya pembaziran. Tetapi kalau kita melihat jangkamasa 5 tahun dari sekarang, kita akan lihat peningkatannya. Bukan dalam tempoh 2 tahun.

Dari segi politik kalau pada pandangan aku:

1. Sekiranya kemudahan IKYS disewakan kepada jabatan, pertubuhan atau pihak swasta untuk pembangunan insan, "team building" dan sebagainya mungkin menguntungkan terutama sekiranya aset tersebut diserahkan pajakan kepada syarikat pengurusan dengan tempoh pajakan 10 ke 15 tahun. Sekiranya PR rakyat tewas dalam PRU13 maka kerajaan negeri yang baru tidak boleh membatalkan kontrak tersebut kecuali dengan membayar gantirugi.

2. Menjual aset tersebut pada harga semasa yang mungkin bernilai lebih daripada RM20juta

MUNGKIN disebabkan berita angin yang mengatakan PRU13 akan diadakan pada awal tahun depan menyebabkan kerajaan negeri begitu terdesak sehingga melakukannya dalam keadaan tergesa-gesa. Ini hanya pendapat aku.

aku yang bingai

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun