Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Monday, July 19, 2010

IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?



IKYS sepatutnya untung dalam tempoh 2 tahun? Mana punya punahsihat ekonomi yang bagi cadangan bingai macam aku? Atau hanya ingin menjual aset Yayasan Selangor bernilai lebih RM20 juta tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan aset masa depan negeri?

Sebagai salah seorang bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS, aku merasa terkilan dengan keputusan kerajaan Selangor.

Untuk pengetahuan anda semua, Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menyewa bekas Bangunan Balai Polis Kuala Selangor. Selepas itu IKYS berpindah di kampus sementara di Kuala Selangor (kampus tersebut diambil-alih oleh Kolej Antarabangsa INPENS) sebelum berpindah ke kampus tetap di Bagan Terap, Sg. Besar, Sabak Bernam pada tahun 2009.

Tahukah anda bahawa kelayakan minima untuk memasuki IKYS ialah seperti berikut:
  1. Tamat Tingkatan Lima
  2. Tahu membaca
  3. Tahu menulis dan
  4. Tahu mengira
Berbanding dengan INPENS yang memerlukan kelayakan minima SPM/SPVM, IKYS menerima anak anda walaupun mereka TIDAK PERNAH BERSEKOLAH sebelum ini. (Maaf! Silap Tafsiran 20/07/2010) hanya tamat Tingkatan Lima.

Anih? Inilah kehebatan IKYS yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar tercicir bukan sahaja untuk anak Selangor tetapi dibuka kepada pelajar-pelajar negeri lain (walaupun rakyat Selangor diberikan keutamaan) tanpa mengira fahaman politik.

Selain daripada menawarkan pinjaman pembelajaran, IKYS juga menawarkan kursus pendawaian elektrik tahap kompeten yang diiktirafkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (sila rujuk laman sesawang STM di sini) bermakna pelajar-pelajar tersebut berpeluang memperolehi Sijil PW2, PW4 dan Sijil Chargeman yang diiktirafkan yang membolehkan mereka meneruskan pengajian ketahap diploma dan ijazah.

Bayangkan seorang yang tidak pernah bersekolah masih berpeluang menjadi seorang Jurutera Elektrik!

Keujudan IKYS juga mampu mengurangkan kadar jenayah remaja. Tanggungjawab tenaga pengajar IKYS terlalu berat. Bayangkan sendiri jenis remaja yang belajar di sana sekiranya mereka diambil dari golongan yang berhenti sekolah, lari sekolah, dibuang sekolah dan sebagainya. Pendidikan moral yang khusus diberikan tekanan supaya apabila mereka tamat belajar akan menjadi rakyat yang berguna.

Bukankah ini satu aset kepada kerajaan negeri khususnya dan negara amnya?

Apakah kita ingin menambah peruntukan membina lebih banyak sekolah pemulihan budak-budak nakal seperti Henry Gurney's Boys School di Melaka? Sedangkan sekolah-sekolah tersebut langsung tidak memberikan keuntungan kewangan malah lebih banyak memerlukan peruntukan kerajaan?

Menyerapkan operasi IKYS ke dalam INPENS juga bermakna mengecilkan peluang pendidikan. Kampus yang dibina sebenarnya untuk menambah peluang pendidikan supaya IKYS akan terus berkembang bukannya terus menguncup.

Apabila kita membicarakan tentang untung-rugi di dalam sesuatu operasi, kita perlu melihat secara menyeluruh operasi tersebut. Walaupun IKYS ditubuhkan sejak tahun 2000 tetapi penempatan pelajar di kampus tetap baru bermula dari tahun 2009 yakni baru berusia 2 tahun. Pelaburan RM20 juta bukan dibuat berdasarkan pulangan modal dan keuntungan dalam tempoh itu tetapi untuk jangka panjang. Ianya juga merupakan tanggungjawab sosial yang digerakan oleh kerajaan sebelum ini untuk membantu rakyat mencapai kemajuan dan menikmati kemakmuran negeri secara rakyat yang bermaruah bukannya sebagai peminta sedekah dengan elaun bulanan atau subsidi.

Ambil contoh KTMB yang beroperasi di Kelantan. Walaupun KTMB mengalami kerugian di sana namun KTMB masih terus beroperasi untuk kemudahaan rakyat.
  • Pelajar-pelajar masih boleh berulang-alik ke sekolah kerana mereka merupakan aset masa depan negara.
  • Guru-guru masih boleh menjalankan tugas mereka mendidik anak bangsa
  • Penduduk-penduduk masih boleh membawa hasil pertanian mereka untuk dipasarkan
  • Pekerja-pekerja masih boleh berulang-alik memberikan sumbangan tenaga
  • Penceramah-penceramah dan pendengar ceramah juga masih boleh menggunakannya untuk meluaskan minda masyarakat
Sekiranya keuntungan diambilkira, KTMB sepatutnya telah lama menamatkan perkhidmatan di kawasan-kawasan pendalaman.

Apa yang aku nampak di sini bukannya masaalah kerugian yang dihadapi oleh IKYS tetapi kurang pelajar kerana masih belum terkenal. Walaupun kebanyakan pelajar datang dari golongan miskin tetapi mereka bukannya belajar di sana secara percuma tetapi dibantu dengan pinjaman bersyarat. Anak saudara aku sendiri memerlukan lebih RM13,000.00 dalam bentuk pinjaman untuk dua tahun di sana.

Apakah mungkin dengan menyingkirkan pelajar-pelajar tersebut memberi peluang untuk kerajaan negeri meraih keuntungan melalui penjualan aset IKYS yang bernilai lebih daripada RM20 juta tersebut? Sekiranya ini adalah tujuan sebenar kerajaan negeri, maka aku menganggap ianya adalah satu jenayah terancang dan dihalalkan. Prasarana IKYS walaupun terpencil tetapi lebih merupakan seperti satu taman perumahan kos rendah dengan kemudahan seperti berikut:
  • Dewan
  • Taman Selera
  • Surau
  • Blog Kedai
  • Blog Bengkel/industri kecil
  • Rumah berkembar tiga bilik (kos rendah)
  • Taman permainan
  • Kolam ikan
  • Kawasan berpagar dengan Menara Tangki Air sendiri
Bayangkanlah nilainya kalau dijual dipasaran terbuka (atau kepada mereka-mereka yang tertentu sahaja?)

Sepatutnya kerajaan negeri membantu membina lebih banyak lagi cawangan IKYS di seluruh negeri Selangor terutama di kawasan-kawasan terpencil untuk kemudahan rakyat jelata. Sekiranya kerajaan negeri yang ada sekarang berusaha untuk memajukan IKYS maka kredibiliti pentadbiran kerajaan sedia ada akan lebih terserlah dalam membangunkan modal insan di Negeri Selangor.

Oleh itu, aku mengharapkan semua rakyat khususnya di negeri Selangor dan Malaysia amnya menyokong perjuangan pelajar-pelajar IKYS kerana perjuangan tersebut bukan sahaja untuk masa depan meraka tetapi untuk generasi akan datang. Anak saudara aku telah menamatkan latihan praktikalnya dan akan meninggalkan IKYS tidak lama lagi tetapi beliau telah berjanj akan membantu memberikan gambar-gambar prasarana IKYS tidak lama lagi. InsyaAllah, aku akan muatnaik gambar-gambar tersebut apabila aku memperolehinya secepat mungkin.

Kepada bloggers, dapatlah kiranya terus memperjuangkan IKYS di blog-blog anda terutama yang pandai menyediakan grafik untuk diletakkan diblog-blog.

Topik sama:
IKYS - INPENS tak ada tauliah?

IKYS Bagan Terap jadi PLKN tiruan?
IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?

Petikan Tajuk-tajuk akhbar/Forum:

  1. Utusan Online - : 300 bantah penutupan IKYS
  2. Utusan Online - : Selangor tak hirau nasib pelajar miskin
  3. Utusan Online - : Pelajar adakan demo bantah penutupan IKYS
  4. Berita Harian Online 18/07/2010 - : IKYS kena tutup
  5. Berita Harian Online 18/07/2010 - : 500 berkumpul bantah penutupan IKYS
  6. Berita Harian Online 19/07/2010 - : Lebih 500 sertai bantahan aman penutupan IKYS
  7. My Metro Online 19/07/2010 - : Tarik balik penutupan
  8. Kosmo! 19/07/2010 - : Selangor dicabar serah IKYS
  9. The Star 19/07/2010 - : Protest over closure of technical institute
  10. Mforum.cari.com 19/07/2010 - : Pelajaran anak bangsa Kerajaan Selangor nafikan, IKYS ditutup
  11. UMNO Online 19/07/2010 - : Jangan Tutup IKYS, Serahkan Kepada BN Untuk Diuruskan – Dr Khir Toyo
  12. Bernama 18/07/2010 - : Students Fear About Their Future Following Closure Of IKYS
  13. New Sabah Times 19/07/2010 - : Students' future in limbo with IKYS closure
  14. Yahoo! News 19/07/2010 - : STUDENTS FEAR ABOUT THEIR FUTURE FOLLOWING CLOSURE OF IKYS
  15. Malaysia-Instinct dot com - : Protest over closure of technical institute
  16. Malaysia Zoom - : 300 bantah penutupan IKYS
  17. Brunei Forum - : KEMPEN GANYANG MELAYU DI SELANGOR !
  18. N9 Kini - : Kerajaan PKR Zalim

15 comments:

Anonymous said...

ini menunjukkan kerajaan Selangor dah hampir kearah muflis kot, silap-silap 2 tahun lagi terus mengalami difisit.

so apa yang boleh jual-jual boleh bagi bonus kat exco.

Jeepers Creepers said...

ini antara kerja cina dapig dalam usaha menghancurkan orang melayu.

ISAC said...

Salam bro,

Nak larik dari topik. Ko linkkan lah ID ko "Yang Bingai" dengan blog ko ni... Jadi kalau org klik ID ko, orang boleh terus ke blog engkau.... Mungkin jadikan "Yang Bingai" sebagai "co" writter.

ISAC said...

Ko punya posting agak emosional sikit lah bro,

Kalau X pernah bersekolah, mcm mana nak amik sampai Degree Engineering...Untuk jadi Engineer Elektrik. Payah bro, X mustahil tapi belum jumpa lagi siapa yang berjaya...

Nak jadi engineer, math kena strong, selain Fizik & Kimia.

Math pulak banyak, Math Asas, Satistik, Statik, Dinamik, Kalkulus 1, 2 & 3, Kaedah Berangka 1 & 2.

Anatara penyebab budak-budak Melayu gagal ataupun kena extend di universiti-universiti tempatan adalah angkara subject maths ni... Bila bekerja, X pakai pun...

Itulah dilema jadi student engineering kat Malaysia...

Bingai @ Bangang said...

Anon,
Tentang muflis 2 tahun lagi satu perkara yang sukar kerana masih banyak lagi kekayaan Selangor yang masih boleh digunakan. Tetapi yg aku timbulkan di sini, nasib pelajar-pelajar tercicir yang boleh menambahkan jenayah dan terus diwarisi oleh generasi Selangor akan datang.

YB Raz,
Pasal unsur kaum sukar hendak dicakap kerana dalam orang Melayu pun ada berpuak-puak. Cuma kemungkinan tersebut itu masih ada kalau dikirakan berapa ramai orang Melayu yang mempunyai Sijil Kompeten PW2/PW4/Chargeman berbanding dengan kaum lain.

Isac,
Maaf sebab link yang pertama sebenarnya tak lengkap. Aku dah buat link baru macam ini:

[blockquote]http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html[/blockquote]

Mengenai emosional itu tak dapat aku nafikan kerana anak saudara yang aku katakan itu telah aku pelihara sejak lahir. Tetapi yang menjadi masaalahnya ialah rayuan dan rintihan kawan-kawan yang senasib yang dihantar melalui SMS kepadanya.

Dan kemungkinan untuk menjadi Jurutera Elektrik BERKOMPETEN adalah besar sekiranya "Usaha tangga kejayaan." Contohnya;

Walaupun tidak pernah bersekolah tetapi tahu menulis dan membaca boleh ikuti langkah-langkah dibawah ini:

1. Ikuti Kursus Sijil PW2 - 2 tahun
2. Selepas tamat kursus dan bekerja, ikuti kelas-kelas bahasa Inggeris dan Matematik selama 1-2 tahun sebelum memasuki peperiksaan PW4 (Sijil Kompeten Juruletrik)
3. Ambil peperiksaan PW4 - 6 bulan (bersama buku log selama 1-2 tahun bekerja sebelumnya)
4. Ikuti kursus Diploma Elektrik 3 tahun.
5. Sambil bekerja sambung kelas-kelas bahasa Inggeris dan matematik tahap tinggi 2 tahun.
6. Sambung belajar di peringkat Ijazah.

Apakah kemungkinan tersebut sukar dicapai sekiranya ada usaha?

Bagaimanapun terimakasih atas keperihatinan anda semua yang melawati blog aku dan memberikan komen.

aku yang bingai

Anonymous said...

Kalau kerajaan pusat [BN] berasa Selangor masih bersama dalam Malaysia, dan pelajar-pelajar yayasan itu masih rakyat Malaysia, tanggungjawab KL ialah ambil alih saja yayasan itu, tidak perlu main tarik-tali dan merayu kpd kerajaan Selangor utk menyerahkannya. Tentu kalau Selangor minta pampasan, boleh dirundingkan. Istana RM840 juta yg tak akan melahirkan apa-apa kemahiran kepada rakyat pun boleh dibuat, tak 'kan RM20 juta utk anak-anak rakyat miskin mencari ilmu sebagai asas kehidupan masa depan pun nak berkira. Ambik kira nasib anak-anak rakyat yg miskin itu, bukan mengisukanna semata-mata utk mencari kelemahan Selangor atau membalas dendam kpd Khalid Ibrahim.

PEMERHATI said...

salam B@B...

kepada anon July 19,2010 3:42am...
ITULAH KOMEN YG PALING BODOH YG PERNAH AKU BACA SETAKAT INI!!!!!
kalau dah dasar pembangkang,cakap pun mesti pelik mcm YB LOlok...
Cubalah berfikir atas pagar sikit
pelik 800000x&^%$..

Anonymous said...

SLM ZIARAH BRO..MUDAH2AN ADA JLN PENYELESAIAN. UMNO KENA BERTINDAK PANTAS!

Bingai @ Bangang said...

w'salam PEMERHATI & Jeffry,
Aku tak kisah kalau ko panggil aku Bingai tanpa perlu B&B. hehehehe. Terimakasih kerana sudi berkunjung dan memberikan komen serta kata semangat.

Untuk anon July 19,2010 3:42am...
Mungkin terdapat kekeliruan dari segi tafsiran blog aku atau anda cuma merujuk kepada komen-komen bloggers.

Aku lebih menekan kepada tanggungjawab pemerintah apabila mentadbir sesebuah negeri. Kebajikan rakyat sesebuah negeri adalah tanggungjawab pentadbir negeri sendiri. Ini bukan isu samada Selangor di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. Isu menyerahkan IKYS kepada kerajaan pusat bukan urusan kita dibawah tetapi itu urusan pemimpim. Mahukah PR menjualnya pada harga RM20 juta?

IKYS ditubuhkan oleh Yayasan Selangor di bawah pentadbiran kerajaan negeri bukannya Yayasan Malaysia. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mengendalikannya. Sekiranya tidak mampu menanggung beban rakyat dengan menyerahkannya kepada orang lain itu bukanlah sifat pemerintah yang baik.

Aku hanya mahu IKYS dikekalkan malah diperluaskan supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati kemakmuran negeri (Merakyatkan ekonomi Selangor?). Kalau nak penuhkan IKYS dengan anak-anak ahli PAS, PKR ataupun DAP pun aku tak kisah kerana mereka masih lagi aset masa depan negeri. Aku bukan berjuang untuk anak saudara aku kerana dia akan tamat belajar tidak lama lagi tetapi aku mahukan peluang tersebut diberikan kepada semua rakyat Selangor terutama dari keluarga yang tidak mampu.

Seperti apabila seseorang lelaki itu berkahwin, ibumertua adalah ibu mereka kerana tidak batal air sembahyang di antara keduanya. Jadi adalah menjadi tanggungjawab si lelaki menggalas tanggungjawab isterinya terhadap ibubapanya termasuk anak-anak tiri sekiranya anda berkahwin dengan janda. Bukannya "Mak kau mak kau. Mak aku mak aku." Sekiranya berkahwin perlu menjadi seorang Lelaki, menjadi pemimpin juga hendaklah menjadi seorang yang berani bertanggungjawab.

Terima kasih Jeffry kerana doa dan sokongan tetapi ini bukan HANYA tugas UMNO tetapi tugas seluruh rakyat Selangor untuk bertindak pantas. Jangan kerana pentadbir negeri adalah pemimpin parti yang kita sokong maka setiap tindak tanduknya yang tidak sesuai juga harus kita sokong. Barulah dinamakan kerajaan berjiwa rakyat.

C L J said...

Menganyanya orang susah. Memusnahkan peluang untuk yang daif. Tak dapat nak bayangkan nilainya.

Anonymous said...

salam perjuangan,

inilah ciri kepimpinan kalid gagap. Kemudahan untuk orang miskin dirampas, yg miskin dan tak mampu, ramai dari orang melayu. dari YBK sampailah IKYS. Lebih baik sarankan pbt gempur rumah urut, atau isu pasir habis-habisan.

kalid sial...

Anonymous said...

salam sejahtera kepada smua, saya sebagai salah seorang staf ikys mengucapkan terima kasih kepada yg memihak kepada ikys walaupun sekadar di dlam blog. kepada yg tidak memihak, saya sekadar menyatakan anda tidak berada 'disituasi' saya ketika ini. ada sedikit pembetulan yang ingin saya nyatakan disini. utk ambilan pelajar ikys kami mengenakan syarat pelajar2 yang lepas spm, dan ada kelebihan sekiranya mereka itu lulus math/sains. ini kerana subjek yg dipelajari utk kompetan ikys banyak berkaitan math/teknologi. terdapat peperiksaan akhir penentuan di semester 4 di mana itu ada penentuan lulus atau gagal selama mereka menuntut di ikys. sebenarnya byk lagi klausa2 berkaitan dgn syarat dan kaedah pelajaran dan pembelajaran ikys, tetapi ada baiknya sy mengisukan hal besar yang sedang dibincangkan ini. berkaitan permindahan ikys kepada inpens, yg dicanangkan sebagai proses 'penyerapan'. di sini sy akan menyatakan beberapa info dan pembaca menilai kembali. ikys ditubuhkan dengan pentauliahan suruhanjaya tenaga malaysia bagi menjalankan kursus kompetansi PW2/PW4 (no pendaftaran JBE (IP)KP/2/40). ini bermakna ikys mendapat kebenaran sebagai pusat bertauliah (kolej) bagi mengendalikan kursus kompetan daripada suruhanjaya tenaga bermula proses P&P sehinggalah peperiksaan akhir. untuk pengetahuan juga, suruhanjaya tenaga (ST) tidak mengeluarkan pentauliahan seperti di atas kepada mana2 kolej swasta termasuk inpens. ST hanya mengeluarkan pentauliahan pusat latihan kepada institusi kerajaan dan separa kerajaan seperti IlP, IKM, IKBN dsb termasuk IKYS (separa kerajaan). sekiranya apa yg inpens nyatakan mereka mempunyai pentauliahan seperti ikys itu sebenarnya sekadar surat kebenaran mengadakan kelas persediaan utk calon2 kompetan yg sedang bekerja utk menduduki peperiksaan kompetan mereka secara persendirian (calon persendirian). ini bermakna kolej2 yang mendapat "surat kebenaran" tersebut cuma boleh menjalankan kelas seumpama "tiusyen" kepada calon2 tersebut. sekiranya mereka berkeras menyatakan mereka juga mempuyai pentauliahan tersebut, buktikan kepada semua apakah nombor siri/pendaftaran ST seperti ikys (JBE (IP)KP/2/40) sekiranya benar mereka memiliki pentauliahan tesebut. ST tidak semudah-mudah memberi pentauliahan kepada mana2 institusi, dan sebagai bukti ikys memerlukan tempoh yg agak lama utk memperolehi pentauliahan tersebut pada 2001. terdapat prosedur ketat yg perlu dipatuhi. dan utk makluman juga ikys di didaftarkan dgn no.siri "K" yg merujuk kepada institusi kerajaan/separa. manakala inpens didaftarkan no.siri "L" yg merujuk kepada institusi swasta. utk masalah pelajar pula; kebiasaannya pelajar tahun akhir semesta 4 akan akan didaftarkan calon peperiksaan akhir kepada ST, di mana staf ikys sendiri akan ke ST (KL) utk "key in" data pelajar2 semester 4 ini. sudah nyata dan jelas ST "mengenali" institusi2 yg ditauliahkannya termasuklah IKYS. oleh itu cuba pembaca2 fikir sejenak apakah yg akan berlaku jika pelajar ikys ini berpindah ke inpens dan pada masa yg sama ikys dibubarkan? sudah tentu pelajar2 ini tidak akan layak menduduki peperiksaan kompetan mereka. dan utk makluman akhir saya, inpens menawarkan program SKM sahaja bukan komopetan, oleh itu sudah terang lagi bersuluh program ikys dan inpens adalah amat berbeza walaupun ada yg akan menyatakan "alah elektrik jgk sama". dengan itu sama2 la fikr sejenak bagi kebaikan semua. tkasih

dino.yp@gmail.com said...

Next to target : Pusat Giat Mara ...

jiwakita said...

salam.....


habislah tergadai institusi orang
melayu dan miskin!!!

MB nak untung atas angin jer...
dengan menggadai apa yg telah ada!!

Anonymous said...

Redha je laaa Asalkan Bukan Umno memerintah.

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun