Besok 21/07/2010 jam 10.00 pagi - Dr. Halimah Exco Kerajaan Negeri akan berada di IKYS Bagan Terap.
Sinar Harian Online menyatakan Keputusan pindahkan pelajar IKYS kekal: Abdul Khalid kerana IKYS akan digunakan sebagai pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah dalam masa terdekat.
Sinar Harian bercetak 20/07/2010 pula menyatakan IKYS juga akan dijadikan Pusat Latihan Khidmat Nasional (PLKN).
Makin biol kepala aku yang bingai ini. Nasional atau Negara?
Kalau Negara maka ianya Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah tanggungjawab kerajaan pusat dengan peruntukan dari kerajaan pusat. Kenapa perlu digadaikan IKYS? Atau sememangnya kerajaan negeri berhasrat menjual aset tersebut kepada kerajaan pusat?
Kalau Pusat Latihan Khidmat Nasional ingin dianjurkan oleh kerajaan negeri maka seharusnya PR berusaha ke arah Putrajaya. Perbanyakan INPENS dan IKYS supaya lebih ramai generasi baru akan menyokong PR. Setelah menjadi kerajaan pusat secara otomatik PLKN akan menjadi hak PR.
Lagi pun kalau benar kerajaan negeri ingin mengadakan pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah tidak lama lagi (tak tahulah berapa lama lagi) mengapa tidak dimulakan dengan tempat yang lebih kecil sepertimana IKYS bermula? Bukankah kerajaan negeri telah mengutip hasil yang banyak selama memerintah sehingga di peringatkan oleh YB Azmin Ali supaya berhemah ketika berbelanja? Gunakan wang tersebut untuk membina pusat yang baru apabila sesuai. Mengapa pusat pendidikan anak negeri juga yang menjadi mangsa?
Penyerapan pelajar IKYS ke INPENS akan mengurangkan kemampuan INPENS itu sendiri berkembang (atau sememangnya INPENS sudah tidak mampu berkembang?) atau penyerapan itu akan membolehkan INPENS menumpang pengiktirafan Suruhanjaya Tenaga yang diberikan kepada IKYS? Kalau pengiktirafan itu yang diinginkan maka INPENS sendiri seharusnya memohon dengan mengadakan tenaga pengajar yang bertauliah.
Mengasingkan kedua-duanya membolehkan kedua-duanya berkembang sendiri dengan bantuan kerajaan negeri. Lebih banyak pusat pendidikan sebegini diadakan maka lebih banyak peluang untuk rakyat menikmatinya.
Sekiranya kerajaan pusat telah menarik beberapa subsidi untuk penjimatan, mengapa tidak dituntut subsidi tersebut disalurkan kepada sektor pendidikan?
Topik sama:
IKYS - INPENS tak ada tauliah?
IKYS Bagan Terap jadi PLKN tiruan?
IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
1 comment:
Salam kembali
Terima kasih link kan blog wak.. blog hang pun wak dah link kat wak punya blog list..
Selamat Berjuang ...
Post a Comment