Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Wednesday, July 28, 2010

Harga Sebuah Perjuangan

Gambar Hiasan
Aku ni bukan suka buat posting pasal politik dalam blog aku tapi melihat kepada perkembangan yang berlaku di Selangor sekarang nak test gak tulis pasal politik. Mana tau kot-kot ada habuan sket dari RM15juta. hehehe.

Ada dua cerita yang berlaku di tempat yang sama pada dua masa berlainan:

Cerita 1:
Cerita ni masa baru-baru PR mentadbir Negeri Perak. Bini tua..... oooopppssss silap tersasul lak. Bini aku orang Batu Gajah Perak. Pada satu ketika aku pun baliklah ke kampung dan singgah di rumah adik ipar aku yang merupakan penyokong tegar PAS. Masa tu sepupu dia yang aku rasa orang PKR pun ada. Lalu dengan megahnya sepupu adikipar aku tu memulakan kisah

"Abang tengok sendiri. Baru beberapa bulan PR perintah masaalah kuil Hindu dah selesai. Dah pindah pun." Kembang kempis hidung dia bercerita.

"Betul tu, bang. Selama BN perintah dah banyak kali bagitau tapi tak buat apa-apa." Adik ipar aku pula menyampuk.

Memang masaalah kuil Hindu tu dah lama aku dengar. Kuil tu dulu sebenarnya kedai kayu yang dah tutup perniagaan berada lebih kurang 30 langkah je di seberang jalan berhadapan masjid Batu Gajah. Bukanlah besar sangat. Kalau buat kedai makan pun boleh letak 4 meja je. Tetapi cukuplah untuk umat Hindu beribadat.

"Isu kuil kat seksyen 23 shah alam tak selesai lagi kan?" Dia bertanya pada ku pula.

"Haah" Jawabku dengan rasa tak selesa.

"Buat macam kami. Tunjukkan kuasa pengundi." Memang bersemangat sepupu adik ipar aku tu. (kalau dengan aku nak panggil apa ek? hehehehe)

"Memang hebat." Aku memuji. Entah macam mana terkeluar ler soalan bingai aku, "Kau dapat tanah kat mana pulak?"

"Tanah apa pula?" Dahinya berkerut.

"Ialah. Korang dah berjuang untuk dapatkan kuil Hindu sebidang tanah PERCUMA, tak kan kau pun tak dapat tanah. Tak kan cukup dengan menumpang di tanah makbapak?" Aku beralih memandang adikipar aku. "Kamu pula takkan asik nak dok menyewa je. Abang dengar PR bagi tanah pajakan 999 tahun."

"Yang tu untuk kampung baru Cina, Bang. Masih dalam peringkat cadangan pun."

"Ooooooo"

Sepupu adik ipar aku tadi cuba mengalihkan cerita, "Tu tengok tu. Pindah je kuil terus buat masjid baru."

"Eh. Bukan ke buat mesjid tu peruntukan kerajaan Pusat?"

"Mana ada? Kalau tak usaha PR sembahyang raya kat parking kereta ler jawabnya." Dia mencemek kan muka.

"Tak tau lak aku. Tapi masa aku lalu tadi ada aku baca papan kenyataan kat mesjid tu." Aku sengih. "Dia tulis SATU LAGI PROJEK OLEH BARISAN NASIONAL"

Sepupu adik ipar aku minta diri kerana nak amik bini dia kat rumah orang kawin. heheheh

Cerita 2:
Selepas BN merampas balik pentadbiran Negeri Perak.

"Apa cerita tanah mak tu?" Aku bertanya pada adik ipar aku.

Sebelum ini rumah mak mertua aku dibina di atas tanah KTMB. Apabila KTMB menambah landasan, mak mertua aku diberikan sebidang tanah lot rumah PERCUMA.

"Inilah masaalahnya bang" keluh adik ipar aku

"Kenapa? Kau tak tukar nama mak ke nama engkau lagi ke?"

"Pejabat Tanah tak bagi bang."

"Kenapa pula? Kan tanah tu dah letak nama mak. Tukar je ke nama engkau apa yang susah? Adik beradik yang lain semuanya dah setuju sebab kau pun tak de harta lagi."

"Dah cuba, bang. Tapi tak boleh."

"Kenapa pulak?"

"Sebab tanah tu belum ada bangunan lagi. Kena dirikan rumah dulu baru boleh tukar nama."

"Ooooo"

Dalam hati aku berkata Nasib baik.  Kalau tak dah tentu kena jual ler tanah tu. Untung atas angin sebab tanah tu betul betul sebelah stesyen baru KTMB Batu Gajah.

Cuba bayangkan bila di Selangor dah tak de lagi Discount untuk Bumiputra. Baca DI SINI!

Lu pikir laaa sendiri. hehehehe

8 comments:

Admin CCZ said...

Tahniah!High class story!!!!melayu PR asyik kena bodoh dengan Yb mereka saja...

Kenn said...

Apa pula cerita politik bini muda? ha! ha! jangan mare!

Bingai @ Bangang said...
This comment has been removed by the author.
Bingai @ Bangang said...

CCZ,
TQTQ. Saje je test skill dari KISAH BENAR!. hehehe

Kenn,
Mangkuk ayun tul. Jumpa kat kedai kopi aa cerita pasal tu. Nanti CCZ ban Blog aku ni kang!
hehehehe

1. Harga Sebuah Perjuangan di Tendang Terajang
2. e-DirektoriBloggers Malaysia

azlishukri said...

saya link blog tuan

Bingai @ Bangang said...

Saudara Ali Shukri
Terima kasih kerana link Blog saya ke blog anda. Ianya satu penghormatan bagi si Bingai ni.

hehehehe

1. Harga Sebuah Perjuangan di Tendang Terajang
2. e-DirektoriBloggers Malaysia

ISAC said...

Salam bro,

Bila saudara2 tuan tu nak pindah dari Perak ke Selangor?

Bingai @ Bangang said...

W'salam ISAC,
Nak pindah ke Selangor? hehehe nak duduk mane? Bawah Terowong Smart atau buat rumah rakit di Lombong Pasir Dengkil? hehhe

Aku penah offer dia keja penyelia kat Damansara Utama. Jaga orang aku buat wiring appartment 26 tingkat selama dua tahun sebab dia ada Sijil PW2. Kau tau apa dia tanya aku?

"Boleh, bang. Bumbong dah ada ke?"

Perghhh... kalau nak tunggu bumbung ada baik tunggu bangunan tu siap sampai tingkat 26. Datang tengok tengok kejap je. Melawat

hgehehehehhehe

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun