Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Thursday, July 8, 2010

Berapa banyak gol daaaaa???

Keadaan tenang. Mata masing-masing tertumpu ke arah skrin besar yang aku bentangkan di tepi gerai. OHP yang baru aku beli begitu memberikan kepuasan kepada pelanggan-pelanggan aku.

Sempena musim piala dunia aku keluarkan modal untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan. Ramai yang datang menonton bukan kerana di rumah mereka tak ada TV atau ASTRO tetapi kerana ingin merasakan keriuhan. Kalau di rumah pasti kena baling dengan tudung saji sebab terjerit terpukau pagi-pagi buta.

Aku memandang dengan rasa bangga.

"Gooooooooollllllllll"

Riuh rendah di gerai aku dengan sorakan pelanggan. Suasana yang tenang sebelumnya tiba-tiba bergema dengan suara sorakan. Dan suara sorakan itu reda kembali.

"Gooooolllllll" Satu suara bersorak.

Pelanggan-pelangganku yang lain terkedu dan menoleh ke arah suara yang menjerit tadi.

"Gol lagi?" Suara tadi bersorak lagi.

Pelanggan-pelangganku yang lain mula tersenyum.

Tiba-tiba lelaki yang bersorak tadi menghentak meja dengan penumbuknya. "Bangang!!! Tendang slow camtu pun tak boleh tangkap?"

Aku menghampiri meja pelanggan itu dan bertanya, "Kenapa, bang?"

"Aku bertaruh dia boleh jaringkan dua gol sahaja. Sekarang dah tiga. Lesap dua ratus ringgit duit aku."

Aku tersengih. "Yang lagi dua tu ulangtayang je, bang."

Matanya terkebil-kebil memandangku. "Iye ke?"

Moral: Jangan memperbodohkan diri bila mendengar ceramah yang sama berulangkali. Nilai dulu ceritanya. hehehehe

3 comments:

Admin CCZ said...

Sure yang jerit tu ahli PAS..hahahaha...

Bingai @ Bangang said...

aku tak nak letak loghat dia tapi sendiri mahu paham sudahlah. hehehe

Sitie BUm BUm said...

hahaha.. =p

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun