Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Tuesday, April 27, 2010

Siapa Tertindas Siapa Menindas 3


Di warong yang sama.....

Aku duduk di kerusi plastik sambil mencuit peha Si Paroh. "Pehal si Bus tu ari nie? Moyok jer."

"Kau tak tau ke, Ngai?"

"Kalau tau takkan aku tanye."

"Ya tak ya jugak." Si Paroh menggaru kepala sambil tersengih sambil menunjukkan giginya yang yang tinggal empat batang.

Cis! Menang juga dia. Aku punya tinggal sebatang jer.
"Kau nak cerita panjang ke atau dipendekkan cerita?"

"Janji aku paham," jawabku sambil menoleh ke arah Busung yang masih lagi menung dengan muka masam.

"Kalau camtu kene cerita panjang la. Kalau yang dipendekan nanti kau tak paham." Paroh menyindir aku.

"Tak kisah lah."

"Ceritanya camni." Paroh memulakan hikayat. "Setahun dulu si Busung mintak bos dia pasangkan kipas kat tempat kerja dia. Bos dia pasangkanlah." Paroh berhenti sambil meneguk air teh yang dah mula berkepala.

Aku masih menunggu sambungan cerita. Si Busung masih dengan muka masam mencukanya.

"Lepas tiga bulan dia komplen dengan bos dia. Dia kata walaupun ada kipas angin tetapi angin yang dikipas tu masih angin panas dalam tempat dia bekerja. Jadi, hawa di situ tetap panas juga la."

"Tak kan nak mintak ekon kat setor tu. Tak kan bos dia bagi pun."

"Ini yang hebat ni, Ngai." Si Paroh tersengih balik. "Dua minggu kontraktor siap buat dinding cermin dan pasang ekon. Hebat tak?"

"Fuyoooo... Hebat tu.." Aku membeliakan mata dan terlopong sekejap. "Kerja kuli stor pun dapat bilik ekon. Dah baguslah tu. Apa masaalah lagi?"

"Di sinilah bermulanya kisah kemoncongan si Busung tu."

"Ha. Kau sambung."

"Minggu sudah budak-budak kerja stor bilik beku tu dapat jaket. Pegi keje, balik keje pun pakai jeket tu. Lawa lak jaket yang kompeni beli. Aku pun berkenan."

"Apa kene mengena dengan si Busung lak? Bebudak tu memang patutlah dapat jaket. Masuk stor bilik beku tu tak merokok pun berasap mulut."

"Ni yang best ni, Ngai." Paroh meneguk lagi air tehnya. "Busung mintak jaket gak kat bos dia. Alasannya, bila malam sejuk. Badan dah makin tua."

"Bos dia bagi gak ke? Aku rasa dia bagi. Bos dia tu kan baik." Aku mencelah.

"Mana ada. Bos dia kata kalau sejuk masa malam tu tutuplah ekon tu. Kalau ekon tu yang jadi masaalah, nanti dia bukak kan. Tak payah pakai ekon tak adalah masaalah."

Aku dan Paroh ketawa.

Si Busung menghentak meja dengan tangannya dan berdiri. Dia berlalu tanpa mengucapkan sepatah kata.

Aku tercengang-cengang. "Marah betul si Busung tu. Tak kan sikit punya hal nak mengamuk."

"Ceritanya tak abis lagi."

"Ha? Ada lagi?"

"Ada."

"Ceritalah."

Paroh memandang keliling. "Dia balik kerja tadi terus duduk kat sejadah. Lepas maghrib dia wirid panjang sampai Isyak. Nak tegangkan fikiran."

"Alhamdulillah. Baguslah tu."

"Lepas je makan malam tadi dia terus je ke rumah aku ajak aku ke sini."

"Tu yang aku heran tu. Selalunya dia tak ke sini sebab wirid panjang di rumah kalau malam Jumaat. "

"Nak wirid apa ke benda?"

"Kenapa lak?"

"Lepas makan malam tadi dia duduk kat pintu. Hisap rokok sambil tunggu bini dia mengemas dapur."

Aku menunggu. Makin suspen cerita si Paroh.

"Dia tengok tiga helai telekong bini dia bersidai kat laman."

Laaaaaaaaaa......... hehehehehe

3 comments:

ISAC said...

Ko ni Ngai, tahun depan masuk Raja Lawak pun bagus.

Kawan kapada kawan ko yang taji awek dalam kereta kawan ko tu, ko ke Ngai?

Jangan mare....


Bro ko nye "comment's box" ini ada masalah lah...Susah nak kebawah untuk buat varifivation.

ISAC said...

Varification

Bingai @ Bangang said...

oit ISAC,
rajin ko datang sini ek? hehehe... tima kacih. tima kacih.

cerita kawan pinjam keta kawan tu kisah benar. pecah cermin depan keta budak kelantan tu. bukan akula.. kaki aku panjang. tak cukup ruang kat situ.

cerita pasal tempat keje tu aku amik masa aku keje kilang dulu. Bos department tu citer kat aku.

tang comments box tu aku tak leh buat apa sebab kat skrin aku nie ok je. ko buang laa benda-benda kat browser ko tu atau schroll ke atas dulu sebelum Post Comment.

Tang pasal masuk Raja Lawak tu aku dah try. Juri gelak sampai lupa nak letak nama aku masuk final (yang ni memang cerita lawak jer. kah kah kah)

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun