Ari ni aku nak cerita pasal politik. Sebenarnya aku tertarik dengan ulasan
Aris Awang dan
Cenangau yang mengulang-ulas ulasan Aris Awang sambil merujuk kepada lapuran
The Edge. Cuma ulasannya lebih tertumpu kepada prestasi parti-parti dalam PR. Aku nak ulas pula parti-parti yang ada dalam BN seulas, dua-ulas, tiga-ulas dan opppsss.... cukup aa tu.
Tersentak juga aku tengok angka-angka tu. Macam nak pecaya je (memang pecaya pun. hihihi). Apa sebenarnya keje parti komponen BN yang lain selama ini? Dok gayut jer ke seluar orang UMNO? Padanlah asik terlondeh je sampai nak ditelanjangkan.
Mana tak terkejut? Kalau dicampurkan kutipan pendaftaran pengundi baru ketiga-tiga parti tersebut (1467+355+322=2144) tak mampu untuk menandingi parti PKR (3331) yang merupakan parti paling pemalas mencari undi baru di kalangan PR. Apa dah jadi? Tak kan masaalah pemimpin-pemimpin besar membuatkan pemimpin-pemimpin kecil tak reti nak jalan tugas. Semua nak dapat approve orang atas ke? PKR juga mempunyai masaalah kepemimpinan juga.
Kalau digabungkan MCA, MIC dan Gerakan sepatutnya setanding dengan DAP yang berbilang kaum tetapi, fuhh!! Jauh panggang dari api. Sekurang-kurangnya hanya satu parti yang menjadi liabiliti di dalam PR bukannya 3 parti yang dianggap besar di dalam BN (tidak termasuk parti-parti kecil yang lain). Janganlah asik sibuk berpolitik di dalam parti. Sibuk menuntut kerusi. Sibuk mengugut. Sibuk merajuk. Sibukkan sikit dengan bende-bende berpekdah. Tak menang PRU pun boleh lantik jadi Senator/Timbalan Menteri/Menteri. Tak payah nak berebut-rebut kerana memang selama ini UMNO bersedia berkongsi kuasa untuk kemajuan semua.
Cuba bayangkan kalau UMNO dan PAS menubuhkan satu PAKATAN Ketuanan Melayu. Apa akan jadi? Bagaimana MIC ingin memperjuangkan nasib orang-orang berketurunan India? Bagaimana MCA ingin memperjuangkan kaum Cina sedangkan DAP (walaupun parti berbilang kaum) berada di pihak pembangkang? Dan siapa pula akan memperjuangkan hak kaum-kaum yang lebih kecil?
Kepada pemimpin-pemimpin besar di dalam BN tu tolonglah nasihat sikit yang lain-lain tu. Aku hanya boleh bagi pandangan seperti berikut:
MCA - Dengan kepimpinan yang baru dilantik perlu buat kerja lebih keras bukan setakat nak bagi keras.
MIC - DS Samy kalau dah kata nak letak jawatan tu letaklah cepat supaya senang penggantinya mengorak langkah untuk bersedia dalam PRU13. Mungkin dengan ketiadaan beliau akan menyatukan semula kaum India yang berpecah kepada parti-parti serpihan di dalam satu parti. MIC boleh melantik beliau sebagai penasihat macam Mursidul Am. Maksud aku betul-betul jadi sami. Mungkin dengan cara ini masyarakat India akan lebih menghormati beliau.
Gerakan - Kejatuhan PPinang bukan tanda dunia nak kiamat. Orang UMNO di sana masih bersedia membantu untuk menubuhkan kerajaan negeri BN semula. Pengalaman pentadbiran yang dimiliki oleh Dr Koh masih boleh memberikan munafaat kepada rakyat setempat.
PRK Hulu Selangor membuktikan bahawa BN hanya mampu meraih undi dari penggundi yang merajuk (undi protes) dalam PRU12 ditambah dengan sedikit undi baru tetapi undi PR masih bertambah walau sedikit. Ini bermakna PR masih menerima sokongan yang diterima sebelum ini.
Oleh itu UMNO tak boleh leka dengan kemenangan tersebut. Masih banyak yang perlu dilakukan walaupun yang lain tu tak boleh diharapkan sangat. YB Kamal yang baru tu rasanya boleh bawa banyak perubahan dan mampu memuaskan semua pihak.
Mungkin dalam PRU akan datang YB Kamal dapat bertanding di DUN supaya dia boleh berkhidmat terus dengan masyarakat setempat. MP tak menjamin seseorang itu boleh menjadi menteri. Kalau memang berkemampuan sesiapa saja boleh dilantik menjadi menteri melalui tiket senator. Tak payah nak rebut-rebut kerusi macam pegi parti harijadi. (hehehe.... seronok gak kalau rebut kerusi dengan pompuan.)
Bingai @ Bangang (betul ke apa yang aku tulih ni? aku ni kan bingai?)
No comments:
Post a Comment