Aku tak peduli.
Apabila sesuatu kebenaran itu perlu ditegakkan maka kita harus memberikan sokongan bukannya sindiran. Bermula dengan konsert Elton John yang dijangka akan diadakan di Genting Highland, kini Pemuda PAS menyuarakan bantahan mereka terhadap Seksualiti Merdeka 2011. Walaupun pemimpin-pemimpin mereka di peringkat pusat menyokong Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga yang akan merasmikannya minggu depan tetapi keberanian Pemuda PAS meluahkan bantahan perlu diberi pujian. Sila Rujuk Sinar Harian Online di SINI.
Tidak kiralah samada bantahan tersebut hanyalah gimik politik atau ikhlas, pihak-pihak yang lain seperti UMNO dan NGO-NGO Islam harus memberikan sokongan dan mengambil kesempatan untuk menggabungkan kekuatan menunjukkan penentangan. Nak harapkan PKR tu bukannya parti Islam pun.
Sepanjang pengetahuan aku, tiada mana-mana agama UTAMA dunia yang membenarkan hubungan sejenis termasuk Kristian, Buddha dan Hindu malahan adat yang diamalkan oleh masyarakat dunia seperti di China, Afrika, Hawaii, Jepun, Russia dan sebagainya. Amalan hubungan sejenis ini diamalkan oleh mereka-mereka yang tidak mempunyai pegangan agama dan ini bermakna mereka tidak layak untuk menjadi rakyat Malaysia kerana gagal mematuhi peruntukan Rukunegara Yang Pertama!
Mungkinkah kita akan dapat melihat gabungan dua Pahlawan Muda Islam kita berganding bahu memerangi budaya songsang yang cuba dibawa ke dalam negara ini?
Mungkinkah kita dapat melihat pendekar-pendekar yang akan mengiringi mereka seperti Pengerusi GAPS, ABIM, Pertubuhan Agama Kristian, Buddha, Hindu dan ramai lagi!
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
3 comments:
sapa yg organize konsert tu?
salam singgah dari blog kakcik..kenal2, mulakan ukhuwah blogger di sini.
Tunjuk belang ok.Jangan tunjuk konek.Nanti homo cun ni teruja.
Post a Comment