- Arief Faizal UMNO dah buka pintu rundingan untuk mengubal perlembagaan bagi PAS melaksanakan Hudud di Kelantan... Apa cerita Hudud PAS? Sampai hari ni Haji Hadi x pi berunding pon? Hudud Modal Politik ja ka PAS?
- Sabri Yaacob Erm... UMNO tunggu 50 tahun untuk "memulakan rundingan"? Apa UMNO tak ada ulama dah nak terus laksanakan?
Hudud dalam versi PAS bukan hududullah... uqubat Islam terpakai kepada seluruh manusia, bukan hanya umat Islam sahaja. Macam mana kita faham uqubat sekular hari ni terpakai untuk seluruh rakyat, masakan hukum Allah pula kita boleh pecah-pecahkan?
- Sabri Yaacob Uqubat terdiri dari empat jenis iaitu hudud, jinayat, ta’zir dan mukhalafat. Hudud adalah hukuman atas kemaksiatan yang telah ditetapkan had/kadarnya oleh syara’ dan terdapat hak Allah di dalamnya manakala jinayat adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas tindakan pembunuhan atau kecederaan terhadap badan yang mewajibkan qisas atau diyat dan terdapat hak manusia di dalamnya. Ta’zir pula adalah hukuman yang ditetapkan atas tindakan kemaksiatan yang di dalamnya tidak ada had (kadar) dan kifarat. Manakala mukhalafat adalah hukuman yang dijatuhkan kerana mengerjakan perkara yang dilarang oleh pemerintah (Negara) atau meninggalkan perkara yang diperintahkan oleh negara. ‘Pemerintah’ yang dimaksudkan adalah pemerintah yang memerintah berdasarkan Islam. Perlu difahami di sini bahawa hudud hanyalah merupakan salah satu (bukan satu-satunya) uqubat di dalam Islam. Kesemua jenis uqubat di dalam Islam, baik hudud, jinayat, ta’zir dan mukhalafat adalah wajib untuk dilaksanakan kesemuanya, bukannya hudud sahaja!!!
- Arief Faizal UMNO melaksanakan Undang2 Syariah di Negara ni, dah lama dah ada Undang2 Syariah di Malaysia ni... Hudud x digunakan kerana ianya bukan perkara mudah untuk di laksanakan... Dlm negara Islam yg di bina Rasulullah S.A.W, Hudud adalah perkara terakhir sekali yg dilaksanakan oleh Beliau... Segala pintu maksia perlu di tutup, Disco, Pusat Urut, Karaoke dan sebagainya... Akidah Umat perlu dipulihkan terlebih dahulu dan umat perlu bersedia dari segi mental & fizikal barulah boleh buat Hudud ni... Bukan boleh main terus buat je... Sekarang ni pun PAS dah bersekongkol dgn DAP, mcm mana nk tutup segala pintu2 maksiat & laksanakan hudud? Negara ni berbilang Kaum, Bangsa & Agama, bukan senang untuk melaksanakanya... Apa2 pun Agama Islam adalah Agama rasmi Negara dan Islam tidak di sama tarafkan dengan mana2 Agama lain... Nik Aziz bagi penganut agama lain guna pakai Kalimah Allah korang x bising pulak ye? KUFUR jika benarkan penganut Agama lain gunakan Kalimah Allah S.W.T... Bukan aku yg kata KUFUR tu, Harun Din yg kata, bukan dia main sedap je nak kata, dia rujuk pada Al-Quran & Hadis......
- Sabri Yaacob Maksud arif uqubat Islam tak "realitik untuk dilaksanakan di Malaysia? Atau bahasa lainnya Allah itu salah sebab buat hukum yang tak sesuai dengan zaman?
Letak tepi dulu bab PAS ke UMNO, dedua tak boleh pakai... kita bincang hukum Islam dulu...
- Sabri Yaacob Hudud merupakan salah satu dan bukan satu-satunya uqubat di dalam Islam. Amat salah dan keliru sekiranya umat Islam itu hanya memperjuangkan hudud semata-mata tanpa berjuang untuk menegakkan uqubat lainnya seperti jinayat, takzir dan mukhalafat. Juga, adalah salah dan berdosa sekiranya umat Islam meninggalkan perjuangan Islam yang lain seperti kewajipan menerapkan sistem ekonomi Islam (Nidzamul Iqtisadi Fil Islam), sitem pergaulan Islam (Nizamul Ijtima’ie Fil Islam), polisi pendidikan Islam (Siyasah at-Ta’limiyyah Fil Islam), dasar luar negeri Islam (Siyasah al-Kharijiyah Fil Islam) dan sistem pemerintahan Islam (Nidzamul Hukmi Fil Islam) yakni sistem Khilafah. Sesungguhnya Islam itu merupakan sebuah ideologi (cara hidup) yang sempurna yang mengandungi semua sistem untuk mengatur kehidupan manusia. Pemerintah sekular pada hari ini sudah jelas lagi nyata tidak mahu kembali kepada Islam dengan memberikan pelbagai dalih dan alasan untuk tidak menerapkan sistem Islam. Manakala banyak gerakan Islam pula terperangkap dengan sistem demokrasi dan terkeliru di dalam perjuangan sehingga memperjuangkan aspek-aspek tertentu dari Islam dengan meninggalkan sebahagian besar aspek yang lain. Allah SWT mengingatkan kita,
“Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari Al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang melakukan demikian itu di antara kamu, kecuali kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang amat berat” [TMQ al-Baqarah (2):85].
- Sabri Yaacob Kata putus tidak mungkin dicapat kalau kita berbahas perkara ini sekadar menurut logik akal, atau emosi atau lebih teruk lagi politik kepartian.
Hukum Allah tetap wajib dilaksanakan dari hukum berkenaan basuh kencing dan berak, sampailah hukum untuk mengatur pemerintahan sebuah negara. Menggunakan hukum selainnya merupakan maksiat terhadap Allah.
- Sabri Yaacob Realiti hari ini, umat Islam sendiri yang sekalipun bergelar ulama, masih mencari-cari dalih (bukan dalil) untuk tidak melaksanakan segala syariat Islam dan bukannya berusaha melaksanakannya.
Hari ini, umat Islam mengutuk Amerika kerana perbuatan membunuh saudara2 kita di Iraq dan Afghan atas nama demokrasi tetapi umat Islam juga yang bermati-matian mempertahankan demokrasi seolah-olah ia dari Islam!!!
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
1 comment:
good post! Thanks for the info.
Drive Your Traffic Here
Post a Comment