Berita terbaru! Tiket untuk peminat Negeri Sembilan hanya RM30.00 sahaja!
Nak story-story sikit kisah main bola supaya menjadi pedoman kepada mereka yang berminat memandangkan pertandingan akhir Piala Malaysia akan berlangsung hujung minggu ini:
Kisah ini berlaku ketika aku masih bekerja di sebuah kilang di Sg. Besi. Seperti tahun-tahun sebelum, Kelab Sukan syarikat kami mengadakan pertandingan bolasepak antara jabatan. Gelanggangnya di Jalan Selatan off Imbi Road, Kuala Lumpur.
Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, pertandingan itu berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi dan KEKASARAN. Al-maklumlah kerana kebanyakkan pemain-pemainnya terdiri di kalangan pekerja buruh. Maka acara tendang terajang pun bermulalah dengan gelak ketawa.
Kisah tragis ini bermula ketika seorang pemain yang sedang menyerang dibentes dengan keras oleh seorang pemain pertahanan. Pemain tersebut terjatuh berguling-guling dan tidak dapat bangun lagi menyebabkan beliau terpaksa diusung keluar. Memandangkan kecederaannya ditakuti serius setelah diperiksa oleh petugas kecemasan, maka beliau dihantar ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.
Lebih kurang tiga jam selepas itu, pemain tersebut dengan kaki yang berbalut kembali di tepi padang sebagai penonton. Memandangkan pertandingan tersebut merupaka karnival maka, masih banyak lagi perlawanan yang perlu diadakan.
Mengikut keterangan doktor selepas di x-ray, kedudukan tulang lututnya telah beralih. Selepas dibetulkan dan disimen, beliau terus meminta untuk keluar hospital.
Pemain pertahanan yang menerjah kaki beliau datang menghampiri dan memohon maaf. Dan dengan ketawa beliau memaafkan dengan janji pada perlawanan tahun depan beliau pula akan menerjah kaki pemain pertahanan tersebut. Dan ketawa berderai.
Petang itu pula selepas pertandingan, si mangsa dibawa oleh keluarganya untuk berubah dikuil (kerana beliau seorang Hindu). Mungkin untuk membuang sial mengikut kepercayaan mereka. Tetapi sayang, sekembalinya mereka dari kuil, si mangsa jatuh pengsan dengan buih keluar dari mulutnya.
Dengan kadar segera, si mangsa dikejarkan ke HKL semula tetapi mati dalam perjalanan. Mengikut autopsi, terdapat bengkak di kepala dan gumpalan darah di bahagian otaknya. Mungkin terhantuk dengan objek keras seperti batu.
Jadi, ini adalah peringatan kepada mereka yang bersukan. Pastikan anda mendapat pemeriksaan menyeluruh sekiranya berlaku kemalangan terutama di bahagian kepala. JANGAN AMBIL RINGAN!!!
Yang aku lalui, aku pandang, aku dengar dan aku fikirkan. Semoga ianya dapat memberikan munafaat bersama. (Wallahualam)
| ||
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
- Bingai @ Bangang
- Aku hanyalah seorang insan yang telah melewati setengah abad sedangkan setiap detik dan ketika adalah saat terakhir dalam hidup kita. Jangan diukur umur dengan angka tetapi ukurlah umur dengan waspada! Kalau diukur berapa banyak amal dan ibadat yang telah kita kumpulkan, mampukan mengimbangi dosa dan maksiat yang telah kita lakukan?





1 komen yang singgah:
tp syg nyer ramai yg careless psl benda2 mcm ni
Post a Comment