Hannah bukan tak tahu tidak ada bangsa bernama bangsa Malaysia. Malaysia adalah nama sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Sebarang rujukan kepada rakyat sesebuah negara disebut "warganegara", bukannya bangsa. Adakah Hannah mahu anaknya dilabel sebagai bangsa keturunan "Anak Tanah Melayu?" Dan Malaysia terdiri daripada gabungan etnik besar bangsa Melayu-Cina-India-Iban-Dayak-Kadazan dan banyak lagi. Jadi kalau Hannah nak main wayang kata anaknya "anak Malaysia" juga tidak boleh - kerana tidak cukup syarat. Campuran benih India dan Cina sahaja tidak cukup untuk melayakkan anaknya dipanggil "anak Malaysia". Kalau betul mahukan anaknya dilabel dengan label "anak Malaysia", maka Hannah perlu dapatkan benih semua bangsa yang ada dalam Malaysia, dan setelah disahkan campuran DNA semua bangsa itu, barulah boleh dipertimbangkan samada layak atau tidak anak Hannah dilabel "anak Malaysia". Atau lebih canggih lagi, teman boleh cadangkan kepada Parlimen anak campuran benih semua kaum dan bangsa ini dilabel sebagai keturunan "Anak 1-Malaysia"!!! Kalau setakat campuran benih "Cina-India", bolehlah Hannah memohon untuk melabelkan anaknya sebagai "anak Cindia". Itupun kalau mahu. Mungkin boleh minta wakil rakyat biaDAP yang ada untuk usulkan dalam Parlimen untuk label baru "Cindia" tersebut. Satu persoalan besar yang timbul daripada keengganan Hannah meletakkan label keturunan anaknya itu ialah adakah Hannah ini sendiri bersikap cauvinis, prejudis dan rasis: sebab kalau mengikut amalan pendaftaran anak negara ini anak tersebut wajar mengikut keturunan bapanya - iaitu Tamil, atau India. Adakah Hannah tidak mahu anaknya dikenali sebagai keturunan Tamil atau India? Kalau ini benar, maka sikap Hannah Yeoh ini sudah pasti memberi persepsi yang sangat rasis dan cauvinis!!! Apatah lagi didalam amalan masyarakat Cina, nama keluarga sang isteri akan hilang sebaik sahaja berkahwin. Bukankah ini juga satu bentuk diskrimanasi? |
Teringat pula nama blogger CINDIA. sori bro. hehehe
Selanjutnya korang baca sendiri kat blog YB Zul. Baca slow-slow dan fahamkan setiap satu ayat yang diungkapkannya kat SINI
1 comment:
la tu pun nk pening2 kn kepala?
Yang best tentang Julai 2011
Post a Comment