Kumpulan Entri-Entri Menarik





Daftar Pengikut Blog Ini!

Friday, January 7, 2011

Wahai Anak Selangor! Cukup-cukuplah Sultan dihina!

Menitik airmata aku membaca artikel ini. Kepada rakyat Selangor: Jangan dibela kaduk kerana ia tidak memberi makna kecuali merosakkan junjung. Jangan dibela dedalu kerana dedalu merosakkan pokok. Jangan biarkan payung negeri disiat-rabak oleh orang yang datang menumpang. Adat orang bertamu, bila cukup masa dia akan berlalu bukan mengangkang dirumah orang tanpa tau malu.

Aku ambil entry ini dari blog Melayu Pasir Gudang yang memuatkan artikel yang di tulis oleh Dr.Sharifudin Lubis - Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Daulat Tuanku,
Inilah yang berlaku bila Ke bawah Duli berjiwa rakyat, maka ada pula rakyat (yang bukan berasal dari negeri ini pula patik dengar) yang berjiwa raja. Siapakah yang zalim sekarang?

Inilah tulisan Dr. Sharifudin.


Daulat Tuanku! Patik mohon berbicara dengan pacal-pacal anak Selangor. Masih adakah Melayu di Selangor ini?

Buat kesekian kalinya daulat Tuanku dicabar. Sudah acap kali waadat Sang Sapurba dengan Deman Lebar Daun dimungkiri. Walaupun kononnya rakyat metropolitan ini tidak sangat percaya kepada sumpah tetapi Penasihat Ekonomi Negeri sendiri nampaknya takut untuk membalas sumpah Saiful.

Justeru, adalah diyakini bahawa segelintir rakyat derhaka itu yang kononnya tidak percaya dengan waadat, ternyata masih takut untuk melanggarnya! Jika benar demikian, bermakna masih ada Melayu di Selangor. Namun begitu, jika kenyataan sedemikian itu dianggap terlalu subjektif untuk dijadikan ukuran Melayu atau tidak, gunakanlah perisian "HB Melayu - Sejauh Mana Anda Melayu" yang dihasilkan oleh Profesor Hashim Musa dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Rakyat Selangor memang intelektual, canggih, dan makmur. Orang Melayu Selangor amat perlu sedarkan diri secepat mungkin. Jangan masih leka dibuai kemakmuran dan kesenangan kerana kenyataannya jika dicabut bangunan-bangunan tinggi milik kaum lain di Selangor, hampir tidak ada yang tinggal milik Melayu kecuali beberapa termasuklah bangunan Syabas yang megah di tepi lebuh raya berhampiran Stadium Shah Alam. Itu pun sedang digoncang hebat oleh kerajaan negeri sendiri!

Panjang lebar Cuit Saudara Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia semalam. Masihkah Melayu Selangor rela terus diludah-ludah? Waadat purba itu menyatakan jika tuanku berlaku zalim, rakyat boleh menderhaka. Tetapi tanyalah diri sendiri, adakah mana-mana rakyat Selangor diperlakukan sedemikian?

Zaman telah berubah. Kuasa Tuanku hanya bersifat eksekutif. Jika benar ada rakyat yang terzalim, itu adalah akibat perbuatan pembesar-pembesar yang cuba 'beraja di mata dan bersultan di hati' seperti Shuhaimi Shafiei. Anak Selangorkah beliau?

Rakyat Selangor bertuah memiliki Sultan yang amat luas pengalaman, malah dengan hebatnya pernah menguji diri dicabar gelombang dan gelora samudera lautan yang luas.

Dengan penuh tawaduk, Tuanku masih mampu menahan kesabaran dan bertindak dengan sungguh bijaksana. Jika tidak, sudah lama kurniaan yang dianugerahkan kepada penderhaka-penderhaka itu dilucutkan kalaupun tidak dihukum sula, dibongkar tapak rumah dan dibuang ke laut, atau seringan-ringannya diharamkan memijak tanah Selangor.

Sungguh tidak malu segelintir rakyat itu 'membuang najis dipinggan'! Barangkali mereka tidak faham dengan sindiran Allah, "kalau tak malu, buatlah."

Bagi kalangan juak-juak penderhaka Melayu itu juga sedarlah segera bahawa 'di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung'. Saudara Zaini telah mencatatkan bahawa perkara yang sama telah dilakukan di Republik Rakyat China, India dan Yahudi Israel. Janganlah tunggu sehingga ketika 'cacing akan berpatah balik melawan naga apabila sampai di hujung lubang' (memetik perumpamaan Cina).

Sabar Melayu ada batasnya, dan percayalah 'Melayu itu hebat amuknya'!
Tidak bolehkah pembesar-pembesar Selangor yang berpelajaran tinggi, kaya-raya, dan berminda rakyat negeri maju itu bersikap sporting dalam urusan mentadbir negeri.
Janganlah merendahkan mentaliti setaraf dengan rakyat yang emosi semasa memilih tuan-tuan dahulu. Jadikanlah sempadan. Tadbirlah lubuk emas ini dengan berhemah. Janganlah terikut-ikut dengan emosi rakyat sehinggakan tuan-tuan dilihat seperti 'tidak guna satu sen pun'!

Sudah dinasihatkan tentang tertib masuk surau dan masjid, tetapi masih tidak faham dan tidak sensitif. Perbuatan sedemikian itu pun menderhaka juga namanya. Tidakkah teringin untuk terus bergelar Yang Berhormat (YB) pada pilihan raya akan datang?

Rakyat Selangor faham sangat-sangat bahawa keadaan 'berebut harta rampasan perang' sedang berlaku. Masing-masing mengambil kesempatan sehingga ada yang 'mabuk kuasa' dan melatah hendak meminda Undang-undang Tubuh Negeri. 'Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongkit'.

Mahukah Melayu Selangor nanti dilihat sepertui 'Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai'? Di mana kelas Melayu Selangor, negeri termaju di Malaysia?

Datuk Mohammed Khusrin, bacalah "Wal 'Asri" banyak-banyak kerana hanya masa yang sebenarnya akan menentukan 'siapa benar, siapa salah'. Jadilah setiausaha yang 'setia dan terus berusaha'.

Jangan pedulikan sepak terajang mereka. Rakyat Selangor yakin tuan mampu melakukannya seperti yang telah dibuktikan semasa menjawat Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dahulu.

Ampun Tuanku! Semoga Allah memberkati kesabaran dan hikmah Tuanku.

Sekiranya ada limpah kurnia Tuanku, patik bersedia menyinsing lengan menghalau penderhaka dari bumi Selangor yang bertuah ini walau dengan tenaga tua ini. Hanya titah tuanku yang patik tunggu. Tiada apa lagi yang ingin patik lakukan di hujung usia selain daripada berbakti kepada ini dan ke bawah duli. Ampun Tuanku!

Jom baca seloka Melayu di SINI

2 comments:

YANG GAMBI said...

Melayu perlu hindarkan dakyah-dakyah songsang dari juak-juak Melayu pengkhianat dalam PKR dan PAS yang keterlaluan mabuk jawatan sehingga sanggup mencemar maruah kedaulatan Raja-Raja Melayu serta hak-hak Melayu-Bumiputera.....

Admin CCZ said...

Melayu jenis ini takkan hidup jika 500 tahun yang lalu. Adab Melayu masih sama kecuali mereka-mereka yang berasa menjadi Melayu itu memalukan..

Klik Penaja Saya

Sokong Penaja Saya Di Bawah INI!
widgeo.net

Saje-saje

Blog Bukan Politik

Blog Pelbagai

Komen Terbaru Kengkawan

Get Recent Comments Widget

Dari Portal Berita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Ruang Iklan Untuk disewa!
1. 100px x 100px = RM10 sebulan/RM60 setahun
2. 200px x 100px = RM20 sebulan/RM120 setahun
3. 200px x 200px = RM30 sebulan/RM180 setahun