Sumber:
Forum Carigold Dot Com
Topik: Telco & Post Program Penipu Terbaru Daripada FaraTech!
Faratech sepertimana yg korang kenal adalah syarikat Melayu penipu yg telah menipu ramai orang melayu melalui program2 ciptaannya sebelum ini seperti Program Khas Usahawan Telekomunikasi (PKUT), International Telecommunication Business Programme (ITBP), Telekm Malaysia Business Programme (TMBP), Techteleca & Inteleca.
Sekarang Faratech telah buat program baru dengan nama Telco & Post. Modus operandinya sama, pegi dengor taklimat kat Menara TM KL setiap sabtu pukul 10 pagi, wajib bayar RM500.00 lepas taklimat dan bayar RM53 ribu utk join Telco & Post. Lepas dapat duit RM53 ribu tu, Faratech dgn kepala penipunya bernama Azlan Rosmera pun lesap dan iklankan lagi di akhbar utk pengambilan mangsa tipu baru.
Maklumat pasal penipuan Faratech dgn Telco & Post ni dah terlalu banyak tapi masih ramai lagi melayu yg bo*oh tak reti2 bahasa dok join jugak program penipu macam ni.
Cuba rajin2 rujuk kat mana2 sumber, kongsi maklumat di internet. Jangan la tertutup sangat fikiran tu, buka minda tu!
http://ayares151.blogspot.com/2009/0...-and-post.html
http://ayares151.blogspot.com/2009/1...post-lagi.html
Maklumat terkini yg lain akan menyusul dan diminta sesapa yg ada maklumat kongsikan di sini.
Abang Sado 1
-
T-Shirt Sempoi = Pesan baju ayah dan anak untuk hari raya ini. Jimatkan kos
penghantaran.
Dewasa
Kanak-kanak
*Harga*
*Jenis T-Shirt*
*Warna*
*Saiz Si...
7 years ago
4 comments:
Aku sedang hubungi kawan aku yg telah menjalankan business ini.Modal dan sewa kedai tinggi juga tu.Kalau betul kesian pada dia.Habis lah duit simpanannya.Rupanya tak sangka melayu tipu melayu.
Salam,
Kesian mereka yang tertipu. Mengapa tak diheret ke mahkamah syarikat berkenaan ini ? Yang buat tak betul, tak boleh dibiarkan !
Assalamualaikum,
Maaf mencelah, pada pandangan ana Telco & Post ni bukan program menipu...mereka adalah sebahagian kepa pelengkap dan pemudah cara bagi segelintir masyarakat yang mungkin gemar berurusan di kaunter. Maksud Ana kaunter post atau kaunter utility. T & P adalah egen kepada agensi-agensi mahupun perbadanan atau syarikat2 yang menjadikan T & P sebagai pusat sehenti. Cuba anta sekelian rujuk kepada konsep syarikat francais MBE (Mailbox EXT.) mereka ini malah menyediakan kemudahan petisurat sepusat untuk disewakan. Di situlah ideanya datang. Yang menjadi masalah di masa akan datang hanyalah sekiranya masyarakat tidak terus di fahamkan atau di maklumkan tentang keujudan dan fungsi T & P. Dan tidak salah kalau ana katakan T & P adalah pesaing kepada MBE (MAILBOX EXT)
Assalamualaikum sekali lagi,
Maaf mencelah lagi....nampaknya ana kena reserve kembali pendapat ana.... atau seharusnya ana katakan begini konsep TELCO & POST memang bagus sebab menyamai konsep yang di perkenalkan oleh francais luar negara iaitu MBE....tapi nampaknya anak kena lebih selidik mengenainya sebab disini ana lihat masalah utamanya ialah pemantauan dan perlaksanaan yang kelihata seperti tidak sempurna. Apapun ana belum beri sebarang ketetapan bagaimana kesudahan dan arah tuju konsep ini....ana mohon maaf.
Post a Comment